Anak pelakon dan penerbit Datuk Ziela Jalil iaitu Dr Puteri Julia Nabilah berkongsi beberapa keping foto ketika sesi fotografi bersama anak sulungnya, Tun Alayna Zeeya.
Bertemakan animasi Inggeris seperti Snow White, The Barbie Edition, Woodling Creature Series dan Baby Series, setiap momen indah itu dikongsikan Julia di Instagram.
Ads
Memilih jurufoto terkenal Camora Arts Official, Tun Alayna Zeeya kelihatan tenang sambil menutup matanya apabila fotonya dirakam.
Ads
Sementara itu, netizen meninggalkan komen terhadap perkongsian tersebut.
Ads
Untuk rekod, Julia mendirikan rumah tangga dengan Dr Dziya Faqhran Mahmod Fauzi pada 1 Julai 2018.
Pasangan ini menerima cahaya mata sulung pada 14 Jun lalu.
Foto : Instagram Dr Puteri Julia Nabilah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menerusi posting terkini milik pengacara, Haziq Husni, bintang ini ada mengimbau kenangan saat anak keduanya bernama Chayra Auliya dilahirkan.
Menurut Haziq atau nama sebenarnya Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni rupanya berhajat anak perempuannya itu dilahirkan pada tanggal 31 Ogos.
Bagaimanapun, rezeki tidak berpihak kepada Haziq dan isteri lalu Chayra telah dilahirkan pada 30 Ogos tahun lalu.
“Masa Chayra lahir, sebenarnya daddy dah try mintak hold dkt Dr nak date 31/8. Konon nak balut baby pakai bendera Malaysia. Tp tak sempat sbb pkl 4pm 30/8 hang dah pecahkan air ketuban sape suruh? Haha.
“Dan akhirnya 534pm keluarlah seketul bakso dari perut mama. Lepas tu bermulalah episod Chayra keluar masuk hospital smp umur 6 bulan. And now Alhamdulillah.
“You’re getting better and better. Daddy doakan Chayra sihat sampai besar Chayra kuat ya. Happy birthday CHAYRA AULIYA BINTI MUHAMMAD HAZIQ IRFAN. Love you princess #PincessChayra@heidy.chayra,” tulisnya.
Usahawan sensasi, Safiey Illias sebentar tadi ada memuat naik satu posting yang dirakam bersama bapanya.
Sambil menyatakan rasa sayu, penyanyi Apa Salah Syinta ini turut memaklumkan rasa nikmat apabila dapat menunaikan solat Subuh bersama yang tersayang.
“Nikmatnya dapat pergi jumaah Subuh dengan ayah. Sedih pun ada,” tulisnya ringkas.
Difahamkan, Safiey kini berada di kampung halamannya di Pahang bagi mengisi masa curi sempena Raya Korban.
Sementara itu, apabila menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya memberikan reaksi positif selain mendoakan agar Safiey kembali dibukakan hati untuk terus melakukan kebaikan.
Foto: Instagram Safiey Illias
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas lebih dua tahun tidak muncul menerusi mana-mana naskhah filem, pelakon jelita, Nur Fazura Sharifuddin optimis mengharapkan filem terbaru lakonannya, Dendam Pontianak mendapat reaksi positif penonton apabila ditayangkan kelak.
Bakal ditayangkan 12 September depan, penerima Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27 itu membawa watak sebagai puntianak bernama Mina.
Bintang yang juga permaisuri hati kepada pelakon Fattah Amin ini menjelaskan kepada MH, watak puntianak dijayakan bukanlah tipikal sebagaimana ‘entiti’ puntianak yang sering dipertontonkan sebelum ini.
Sebaliknya, filem arahan Glen Goei dan Gavin Yap itu adalah sesuatu yang lebih segar.
“Saya tertarik dengan jalan ceritanya kerana secara tidak langsung ia menampilkan watak seorang wanita yang kuat.
“Malah ketika Glen sendiri menawarkan watak yang manakah saya mahu ambil, sama ada isteri kepada Remy Ishak atau puntianak, saya pilih puntianak kerana saya mahu tahu apa yang dia rasa dan lalui sebelum dan selepasnya,” katanya jujur.
Kongsinya lagi, elemen seorang wanita yang kuat itu sendiri mendorongnya untuk membawa watak Mina sebaiknya.
“Tidak sukar membawakan watak ini kerana filem lakonan saya sebelum ini juga lebih terarah kepada peranan wanita yang kuat.
“Tidak banyak filem yang mengetengahkan kisah wanita kuat seperti ini. Mina bukan hanya puntianak tetapi dia seorang wanita kuat dan berusaha mendapatkan semula haknya apabila janji tidak ditepati,” kata Fazura lagi.
Bahkan, jelas Fazura, dunia semasa sudah berubah dan jangan takut untuk ketengahkan wanita sebagai hero.
“Tidak salah untuk angkat golongan ini sebagai hero dan seperti filem Dendam Pontianak juga adalah kisah wanita bernama Mina dan dia adalah penggerak cerita ini dan Remy sudah tentunya hero,” maklum Fazura.
Sementara itu Fazura turut memberi reaksi selepas ditanya media jika ada yang membandingkan antara watak Mina yang dibawanya dengan watak Puntianak bernama Meriam yang dijayakan Maya Karin menerusi filem Pontianak Harum Sundal Malam.
“Saya rasa watak Puntianak yang dilakonkan Maya Karin ada kelebihannya yang tersendiri. Malah saya sendiri merupakan peminat kepada filem Pontianak Harum Sundal Malam. Saya tontonnya bersama rakan-rakan, masih ingat lagi.
“Jadi saya rasa filem tersebut ada kelebihan dan keistimewaannya sendiri. Akan tetapi, apa yang saya boleh katakan menerusi Puntianak dalam versi Mina ini, seperti yang saya beritahu tadi, ia bukan sebagaimana tipikal Puntianak yang pernah dilihat sebelum ini.
“Ia berbeza dan penonton akan dapat melihat kekuatan yang ada dalam diri seorang wanita itu dalam menuntut keadilan apa yang sepatutnya menjadi miliknya,” simpul Fazura yang turut kagumi pelakon Munafik 2 itu.
Selain Fazura dan Remy Ishak, Dendam Pontianak turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Nadia Aqilah, Namron, Wan Hanafi Su dan Nadiah M Din. Tidak hanya di Malaysia, filem ini bakal ditayangkan terlebih dulu di Singapura bermula 29 Ogos ini.
Foto: Instagram Fazura, Maya Karin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Marsha Milan mendedahkan dirinya kini sedang berdepan ujian kesihatan pada waktu yang cukup kritikal, iaitu kira-kira dua minggu sebelum berlangsungnya pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).