Rihana Oksana memaklumkan, anaknya Tengku Ismail Leon, Petra jatuh sakit. Sekalig gus, menjadi minggu menyedihkan buat ibu cantik ini.

Menurut Rihana menerusi perkongsian terkini menerusi Instagram, Leon mengalami otitis atau radang dalam telinga.

Malah, Rihana turut mengakui ia terjadi atas kesilapannya sendiri kerana gagal menyelimutkan anak kecil itu menggunakan selimut tebal sejurus mandi.

“Minggu lalu antara minggu yang sungguh menyedihkan dan memberi tekanan kepada saya.

“Buat pertama kali, anak saya Leon jatuh sakit. Leon mengalami otitis atau radang dalam telinga kerana saya tidak menyelimutkannya dengan selimut tebal selepas mandi.

“Cuaca pada waktu itu sungguh sejuk iaitu 6 darjah celcius lebih-lebih lagi kami tinggal diluar bandar Moscow.

“Walaupun perkara itu sudah berlalu namun saya rasa sangat bersalah terhadap Leon,” maklumnya.

IKLAN

Pada masa sama, Rihana juga terpaksa memberikan ubat antibiotik yang kuat pada Leon. Malah anaknya juga tidak berselera makan selain sukar untuk tidur atas masalah yang dihadapi.

“Saya terpaksa memberikannya antibiotik dengan dos yang kuat walaupun usianya baru sepuluh minggu kerana masalah telinga yang dihadapinya boleh menyebabkannya hilang daya pendengaran.

“Leon juga mengalami masalah tidur dan hilang selera makan. Bagi setiap ibubapa, perkara paling ngeri yang dihadapi adalah apabila insan tersayang jatuh sakit.

“Insya Allah, dengan izinnya, kesihatan Leon akan bertambah baik. Terima kasih atas sokongan semua. Allah mendengar setiap doa kamu kepada Leon.

IKLAN

“Kepada seluruh ibubapa diluar sana, saya harap anak-anak kamu juga sihat, ceria dan baik-baik saja.

“Keluarga saya merancang untuk pergi bercuti musim panas ke Sepanyol namun doktor tidak membenarkan Leon menaiki pesawat dalam tempoh 3 hingga 4 bulan sehingga dia benar-benar sembuh.

“Menurut doktor, tekanan dari pesawat boleh menyebabkan komplikasi serius kepada Leon.

“Buat ibubapa diluar sana, boleh tak kongsikan kepada saya, jika anak-anak kamu pernah mengalami penyakit sama seperti Leon dan berapa lama tempoh mereka tidak dibenarkan menaiki kapal terbang?

IKLAN

“Selain itu, umur berapakah waktu yang sesuai dan selamat untuk anak kecil menaiki pesawat?,” tanya Rihana.

View this post on Instagram

Minggu lalu antara minggu yang sungguh menyedihkan dan memberi tekanan kepada saya. Buat pertama kali, anak saya Leon jatuh sakit. Leon mengalami otitis atau radang dalam telinga kerana saya tidak menyelimutkannya dengan selimut tebal selepas mandi. Cuaca pada waktu itu sungguh sejuk iaitu 6 darjah celcius lebih-lebih lagi kami tinggal diluar bandar Moscow. Walaupun perkara itu sudah berlalu namun saya rasa sangat bersalah terhadap Leon. Saya terpaksa memberikannya antibiotik dengan dos yang kuat walaupun usianya baru sepuluh minggu kerana masalah telinga yang dihadapinya boleh menyebabkannya hilang daya pendengaran. Leon juga mengalami masalah tidur dan hilang selera makan. Bagi setiap ibubapa, perkara paling ngeri yang dihadapi adalah apabila insan tersayang jatuh sakit. Insya Allah, dengan izinnya, kesihatan Leon akan bertambah baik. Terima kasih atas sokongan semua. Allah mendengar setiap doa kamu kepada Leon. Kepada seluruh ibubapa diluar sana, saya harap anak-anak kamu juga sihat, ceria dan baik-baik saja. Keluarga saya merancang untuk pergi bercuti musim panas ke Sepanyol namun doktor tidak membenarkan Leon menaiki pesawat dalam tempoh 3 hingga 4 bulan sehingga dia benar-benar sembuh. Menurut doktor, tekanan dari pesawat boleh menyebabkan komplikasi serius kepada Leon. Buat ibubapa diluar sana, boleh tak kongsikan kepada saya, jika anak-anak kamu pernah mengalami penyakit sama seperti Leon dan berapa lama tempoh mereka tidak dibenarkan menaiki kapal terbang? Selain itu, umur berapakah waktu yang sesuai dan selamat untuk anak kecil menaiki pesawat?

A post shared by Rihana Oksana Petra (@rihanapetra) on

Sebelum ini, satu portal berita berpusat di United Kingdom, Daily Mail ada melaporkan Rihana telah memeluk agama Islam awal tahun lalu sebelum melangsungkan perkahwinan dengan Sultan Muhammad V pada 22 November.

Difahamkan, pasangan tersebut turut dikurniakan putera sulung yang diberi nama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra pada 21 Mei 2019.

Terbaru, teka-teki mengenai status perkahwinan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dengan Rihana terjawab apabila peguam Sultan Kelantan, Koh Tien Hua mengesahkan pasangan itu sah bercerai talak tiga pada 22 Jun lalu.

Foto: Instagram Rihana Oksana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI