Pelakon, Redza Minhat ada meluahkan rasa kecewa selepas tularnya berita berkaitan seorang bapa yang didakwa diminta pulang pihak surau gara-gara kekurangan wang demi menyempurnakan jenazah anaknya.
Menurut Redza, insiden menyedihkan ini seharusnya menjadi pembuka mata buat semua umat Melayu Islam di Malaysia.
Luahan tersebut diutarakan Redza menerusi laman Twitter miliknya.
“Surau reject manusia kesusahan minta tolong kebumi anak yang baru lahir should be a wake up call to Melayu Islam.
“Something is really wrong. Really really wrong,” tulisnya.
Tweet tersebut kemudiannya tular selepas mendapat hampir 10,000 retweet dan 5,000 tanda suka.
Dalam pada itu, tweet tersebut ternyata menerima rekasi pelbagai daripada netizen,
Sementara itu, Redza juga ada membalas satu tweet daripada seorang netizen.
Kalau perlu jadi AJK untuk betulkan benda basic macam ni memang dah tahap kritikal der. ??♂️ https://t.co/zmEhB0DTTY
Pelakon senior dan usahawan, Datuk Seri Shah Rezza beberapa jam lalu ada memuat naik sekeping fotonya di pusara Wan Hassan Ibrahim.
Allahyarham merupakan bekas pemain bola sepak negara sekitar 70-an dan pernah mendapat jolokan ‘Soh Chin Aun Kelantan’ pada zaman kegemilangannya.
Menerusi ruangan kapsyen, bintang tersebut ada menitipkan dedikasi dan sedekahkan al-Fatihah atas pemergian Allahyarham.
“Al Fatihah buat seorang Yang pernah menjadi Abang kepada Saya walaupun berlainan Ibubapa… Semuga Wan Hassan Ibrahim Bekas Pemain Bolasepak Negara 70’s Yang pernah digelar ‘Soh Chin Aun Kelantan’ tenang disana…,” tulisnya.
Dalam pada itu, Raden yang comel bersinglet putih dan blangkon (songkok) kelihatan tenang dan tidak banyak meragam, sebaliknya dia sentiasa tersenyum tatkla gambarnya dirakam menerusi lensa kamera.
Penyanyi, Siti Nordiana mengakui agak berat hati untuk melepaskan anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie yang bakal menyambung pengajian di sebuah institut pengajian tinggi swasta serta menetap di asrama.