Perkongsian yang cukup menyayat hati melihat mangsa pelarian perang menjalani hidup penuh daif sehingga terpaksa mencari makanan dalam tong sampah demi meneruskan hidup.

Ella dan suami, Azhar Ghazali yang kini sedang berada di Lebanon bagi misi kemanusiaan bersama mangsa pelarian perang Syria dan Palestin memohon sumbangan orang ramai agar dapat membantu mengurangkan beban dan kebuluran kritikal yang sedang melanda.

12 orang di dalam satu khemah sejak 5 tahun lepas

Perjalanan berminggu minggu merentasi pergunungan untuk selamat dari bahaya perang

Anak anak cacat kekurangan gizi dalam makanan .

Si bapa tetap bersyukur atas kunjungan dan apa yang telah ditetapkan . Salute!

#peaceloverindu #azharella #1follower1ringgit.”

Ratu Rock Malaysia ini turut memaparkan luahan hati anak Syria yang menderita akibat segala bantuan kemanusiaan yang disekat pihak tertentu.

IKLAN

Kami tidak ada makanan. Rumah kami dibom. Orang ramai sedang mencari makanan dalam tong-tong sampah.

“Kami tidak ada makanan. Kami sedang dalam kebuluran. Dua hari yang lalu, saya pengsan kerana kelaparan. Mereka menghalang sebarang bantuan daripada kami.

Kami sedang makan rumput. Kami kumpulkan rumput. Kami selongkar tong-tong sampah untuk mencari makanan. Tidak ada sesiapa yang memberikan bantuan.

“Mereka sepatutnya membuka jalan namun tidak berbuat demikian dan mereka juga sepatutnya membenarkan bantuan kemanusiaan masuk ke kem.

“Malangnya mereka tidak berbuat seperti yang mereka katakan. Tiada sesiapa yang makan di sini.

Pada zaman dahulu, warga Palestin hidup aman dan damai. Dunia luar cemburu akan kehidupan kami. Mengapa ke semua ini terjadi. Mengapa negara ini dimusnahkan?

IKLAN

“Kami berada dalam negara Islam. Negara yang kaya raya di muka bumi ini. Ini adalah kali pertama bagi kami mencari makanan dalam tong-tong sampah. Kami tidak pernah terfikir akan hal ini.

Kem di sini penuh dengan segalanya, kami ada kesemuanya.

“Sekarang, jika kami jumpa jeruk basi, kami makannya juga. Jika kami jumpa roti basi, kami makannya juga. Roti yang penuh ulat, kami sangat lapar dan tidak tahan lagi.”

Dalam pada itu, netizen turut kagum melihat pasangan ini bersama dalam membantu golongan yang memerlukan. Kata mereka #relationshipgoals.

IKLAN

[GAMBAR] “12 Orang Dalam Satu Khemah Sejak 5 Tahun,” – Makan Rumput, Roti Berulat, Ella & Suami Kongsi Pengalaman Di Bumi Bergolak

Buat mereka yang ingin menghulurkan bantuan, disertakan maklumat untuk berbuat demikian.

KEDAMAIAN KEMANUSIAAN BERHAD .

1. Maybank-5571 5731 5233

2. RHB – 26413300023705

3. Bank Islam – 14014010152198

Foto : Instagram Ella

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI