G-Dragon Bawa Teman Wanita Atas Pentas?

Penyanyi Korea, G-Dragon berjaya memukau ribuan peminatnya di Malaysia.

Bagaikan histeria, kemunculan GD pada persembahan pembukaan dimeriahkan dengan jeritan nama ‘Kwon Ji-Yong’.

Walaupun hujan, peminat masih tidak berganjak dan menyarung baju hujan untuk tidak melepaskan momen indah bersama penyanyi itu.

Bertemakan merah yang sangat meriah. Warna itu mendominasi konsert solo leader boyband BIGBANG, G-Dragon, yang bertajuk “ACT III: M.O.T.T.E” di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur semalam.

IKLAN

Hampir seluruh pakaian yang dikenakan penyanyi G-Dragon atau dikenali Kwon Ji-Yong itu sepanjang konsert berwarna merah, sama dengan warna album terbarunya.

Susunan pentas yang seperti blok sungguh menarik kerana ia memberi kelainan kepada konsert ini berbanding konsert-konsert lain.

Pada siri jelajah di Malaysia kali ini, GD membawa salah seorang penyanyi terkenal dan dikhabarkan merupakan teman wanitanya sebagai artis jemputan.

Kemunculan Sandara Park, bekas anggota kumpulan 2NE1 dengan persalinan merah disambut dengan jeritan peminat yang teruja melihat pasangan serasi itu di pentas.

IKLAN

Dalam masa sama, diputarkan juga video singkat kata-kata keluarga dan teman GD yang diputar di akhir konsert, ia sepertinya ingin memperjelas konsep album terbarunya.

Dalam video berdurasi sekitar empat minit itu, keluarga dan teman rapat GD diberi pertanyaan “Siapa G-Dragon menurut Anda?”

Ramai artis dan teman rapat berkata GD seseorang yang membawa K-pop ke dunia luas. Antara yang sempat ditemu bual ialah Lang Lang (pemain piano), Sandara Park 2NE1, PSY, Taeyang BingBang dan keluarga GD sendiri.

GD sebelum ini hadir ke Malaysia untuk konsert solo pertamanya, G-DRAGON 2013 1st World Tour: One of A Kind in Malaysia bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.