Setelah menempa nama dan mengecap pelbagai kejayaan hebat sepanjang 28 tahun penglibatan dipersada muzik tanah air, kini ramai yang merasakan sudah tiba masanya penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dikurniakan gelaran biduanita negara.
Bercakap mengenai perkara tersebut, Siti memaklumkan dirinya tidak terlalu mengejar sesuatu pengiktirafan sebaliknya dia percaya setiap gelaran itu akan hadir dengan sendiri seiring dengan usaha keras seorang anak seni.
“Dalam satu masa, saya ucapkan alhamdulillah.
“Namun, dalam sisi lain pula, saya menganggap, kalau perkara itu nak terjadi atau pengiktirafan itu ingin diberikan, sampai masanya akan dapat juga,” katanya kepada MH.
Jelas penyanyi lagu Purnama Merindu itu lagi, walau apapun yang berlaku, fokusnya hanyalah untuk menghasilkan karya terbaik selain menghiburkan para peminat yang telah menyokongnya selama ini.
“Namun, tak perlulah saya sampai terlalu berharap sangat kerana kerja-kerja yang saya lakukan ini memang minat dan kesukaan saya.
“Malah, saya juga suka melihat peminat saya gembira. Saya pun tidaklah terlalu
memikirkan sangat tentang ganjaran
bila buat sesuatu perkara.
“Saya buat semua ini kerana ia menggembirkan hati saya. Saya rasa senang dan seronok bila dapat menggembirakan hati orang lain,” ulasnya lagi.
Tedahulu, menerusi satu hantaran di laman Instagram, Siti akui teruja perjalanan seninya sudah pun meniti usia genap 28 tahun, hari ini.
Menurut ibu kepada dua orang cahaya mata ini lagi, perjalanan hampir tiga dekad ini telah mematangkan dirinya dan banyak memberikan pengajaran hidup.
Malah, dikesempatan itu juga, Siti turut merakamkan ucapan perhargaan kepada semua pihak yang telah menjadi tulang belakang dan saksi kejayaannya sepanjang 28 tahun bergelar anak seni.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit: Instagram CTDK
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Shila Amzah hanya mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap kandunganya dan belum bersedia untuk bertemu ibu serta adik-beradiknya selepas berdepan konflik keluarga sejak Oktober lalu.
Menurut Shila atau Shahila Amir Amzah, jika emosinya terganggu, situasi tersebut berkemungkinan akan memberikan kesan terhadap kandungannya itu.
“Hubungan saya dengan keluarga masih seperti sebelum ini juga. Tiada penambahbaikkan dan tidak juga berkurang.
“Kini, saya mengambil pendekatan ikut nasihat suami untuk memberikan fokus pada kehamilan. Saya tak nak stress. Bila mengandung pada usia 30-an ini, kita kena tenang dan emosi harus dijaga.
“Saya ada kawan-kawan yang punyai pengalaman bila mereka stress, kandungan tidak menjadi. Saya jadi trauma,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu, Memori Tercipta itu berkata sedemikian ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa dan Tayangan Program Raya Astro baru-baru ini.
Katanya lagi, dia juga akan menyambut ketibaan Hari Raya Aidiltri dengan keluarga kecilnya sahaja.
“Walaupun ini bulan yang baik dan kita boleh perbaiki apa yang sepatutnya, namun, suami ingatkan saya supaya jangan fikir dahulu. Nanti, kita selesaikan kemudian.
“Sejujurnya, hati saya masih belum bersedia sepenuhnya untuk berjumpa keluarga. Saya ada mesej mereka tapi jarang.
“Jadi, pada hari raya nanti, saya hanya fokus kepada kandungan dan keluarga kecil saya sahaja.
“Kalau keluarga nak datang beraya, saya tetap terbuka. Cuma untuk saya ada inisiatif sendiri, mungkin belum lagi,” ujarnya lagi.
Ditanya sama ada hubungan kekeluargaan itu akan menjadi lebih baik dengan kehadiran cahaya mata kedua nanti, Shila memohon semua pihak menitipkan doa yang baik.
“Kita doakan sahaja yang baik-baik. Saya pun tak berani cakap lebih-lebih. Yang pastinya, apa yang berlaku itu punyai hikmah tersendiri.
“Kita tengoklah apa yang berlaku. Apa yang terjadi, tetap akan terjadi,” katanya lagi.
Jelas Shila lagi, meskipun dia kini memberikan fokus terhadap diri sendiri, namun, tanggungjawab sebagai anak, tidak pernag diabaikannya.
“Alhamdulillah, saya kini jauh lebih tenang. Namun, tanggungjawab saya tetap berterusan. Saya sudah menjalankan tanggunjawab sewajarnya pada setiap bulan.
“Namun, ia semampu saya sahaja. Kalau bukan dari segi fizikal, ada cari lain,” akhirinya.
Terdahulu, kisah keluarga Shila menjadi bulan ramai sejak tahun lalu selepas dia bertindak menjual banglo yang didiami ibu serta tiga orang adik-beradik yang lain.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.