Media Hiburan kini berada di dalam aplikasi   
Media Hiburan kini berada di dalam aplikasi   
Home Berita Foto ‘Selfie’ Siti & Lee Min-ho ‘Pancing’ Perhatian Semua, Ramai Seloroh Makan...

Foto ‘Selfie’ Siti & Lee Min-ho ‘Pancing’ Perhatian Semua, Ramai Seloroh Makan Hati!

Satu hantaran yang dikongsikan penyanyi tersohor, Datuk seri Siti Nurhaliza di media sosialnya malam tadi mencuri perhatian ramai.

Menerusi posting berkenaan, penyanyi lagu Anta Permana itu memuat naik foto yang dirakam secara selfie bersama bintang Korea popular, Lee Min-ho berserta kapsyen ringkas.

“Hi semua!! Ada ni tengah selfie dengan @actorleeminho. Tq @cuckoo_official #samasamacuckoo #anniversarycuckoo,” tulis Siti.

Meninjau ke ruangan komen, para peminat masing-masing meninggalkan komen pelbagai yang mana rata-ratanya turut sama teruja melihat dua figura terkenal itu ‘berselfie’ bersama-sama.

Malah rakan selebriti juga tidak ketinggalan memberikan reaksi tersendiri terhadap perkongsian yang sudah pun menerima hampir 100,000 tanda suka itu.

“Jealoussssnyaaaa,” tulis ringkas Janna Nick.

IKLAN
Saya hanya mampu menangis di bucu katil,” seloroh pelakon Nazim Othman.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Foto istimewa duta jenama pencipta kediaman sihat, CUCKOO International, Lee Min-ho dan Datuk Seri Siti Nurhaliza itu dirakam ketika mereka sama-sama memeriahkan konsert ulang tahun kelapan jenama berkenaan yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Sabtu.

Artikel Berkaitan;

IKLAN

“Saya Tak Halang Orang Nak Nyanyi Semula Lagu Saya, Tapi…,” – Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza Kagum Keperibadian Adibah Noor ; “Sangat Disenangi, Suka Berjenaka, Tak Lokek Ilmu…”

“Boleh Dikatakan Inilah ‘Universiti’ Untuk Semua Usahawan,” – Siti Nurhaliza Secara Rasmi Ikuti Bimbingan Eksklusif RichWorks, Optimis Mahu Perkasa Jenama SimplySiti

IKLAN

Konsert ulang tahun CUCKOO ke-8 itu turut mementaskan artis terkemuka tanah air lain seperti Aina Abdul, Hael Husaini, DOLLA, Datuk Jamal Abdillah, Misha Omar, Floor 88, Naqiu, Amelina, Khai Bahar, Kmy Kmo dan Luca Sickta.

Pada awal tahun ini, CUCKOO International melantik artis Korea Selatan terkemuka, Lee Min-ho sebagai duta jenama terbaharu di samping mengekalkan Siti Nurhaliza sebagai dutanya bagi mewakili CUCKOO untuk #SAMASAMA memberi inspirasi kepada orang ramai menjalani kehidupan lebih sihat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI