Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat meluahkan rasa terharu selepas ada bebrapa pihak yang menghargai usahanya menuntut ilmu dalam bidang muzik sebelum ini.

Pemilik akaun yang bernama @nami_808 yang difahamkan seorang pemegang Ijazah Sarjana dalam bidang muzik, memberi tahu, Ayda memiliki teknik nyanyian yang bagus hasil daripada pendidikan formalnya dalam jurusan muzik.

Perkongsian itu telah dimuat naik menerusi rantaian tweet di laman Twitter miliknya.

“First Time Orang Bahas Perkara Macam Ni,”- Ayda Jebat Terharu Golongan Profesional Hargai Bakat Nyanyian

“First Time Orang Bahas Perkara Macam Ni,”- Ayda Jebat Terharu Golongan Profesional Hargai Bakat Nyanyian

IKLAN

“Ayda Jebat belajar muzik. Orang yg tak tau muzik plak lebih cakap pasal technical dia. tu ha, kalau nak tau yg tak boleh nyanyi mcm kru dgn elite.

“Dulu aku tak tau pun Ayda Jebat budak muzik. Dulu aku dengar suara dia mmg bagus, at least takde masalab teknik. Skarang baru tau dia ada formal education muzik. No wonder lah,” tulisnya.

IKLAN

Terharu dengan perkongsian tersebut, ini respon balas penyanyi lagu Mata itu;

IKLAN

“Saya baca semua. First time orang bahas perkara macam ni. Thanks a lot. Macam mana pun, saya akan terus belajar dan improve. InsyaAllah. Orang macam ni la kita mahukan. Support,” tulisnya.

Tambah Ayda, dia berterima kasih di atas pujian tersebut dan berjanji akan terus belajar untuk meningkatkan lagi skil nyanyiannya itu.

MH percaya, apa yang dikongsikan itu memberi lebih semangat buat Ayda untuk memberikan yang terbaik buat para peminatnya.

Foto: Twitter Ayda Jebat

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI