Sebelum ini tular di media sosial menceritakan tentang seorang pelakon wanita, Faye Kusairi yang sudah bernikah dengan Azmi Hatta dalam majlis tertutup dan ianya telah mengundang kontroversi.

Beralih daripada kisah kontroversi itu, kini Faye sudah pun bergelar isteri dan dia berkata, sejak dia menjadi isteri, dia lebih senang untuk bersikap low profile dan dia juga masih merancang untuk hamil.

Faye Kusairi Terima Jika Hamil

“Alhamdulillah, kehidupan semuanya baik-baik saja. Soal cahaya mata, apa yang boleh saya katakan kami masih merancang ke arah itu, mungkin tahun depan!

“Ini kerana salah seorang anak abang (panggilan kepada suami) iaitu Aqif akan menghadapi peperiksaan penting tahun ini. Justeru saya mahu dia memberi tumpuan kepada pelajaran Aqif terlebih dahulu,” katanya.

Namun Faye dan suami tidak menolak sekiranya rezeki untuk mendapat cahaya mata hadir lebih awal daripada apa yang telah mereka rancang kerana mereka percaya dengan ketentuan Allah.

IKLAN

[irp posts=”84″ name=”Dazrin Pilih Pramugari, Bakal Nikah 6 Mei”]

Rutin apabila sudah bergelar isteri, selalunya seorang isteri akan menyediakan makan dan minum suaminya. Begitu jugalah Faye yang kini semakin teruja untuk masuk ke dapur dan mencuba pelbagai menu-menu baru untuk suami dan keluarga.

Faye Kusairi Terima Jika Hamil

IKLAN

“Sejak bujang saya memang seorang yang suka memasak dan bila dah bersuami, keterujaan untuk ke dapur semakin membuak-buak apalagi dah nak puasa ni kan…

“Tapi itulah, abang pula seorang yang tidak cerewet soal makan dan kalau boleh hari-hari dia mahukan sambal kentang je dan kita yang masak ni pun rasa bosan juga dengan yang sama,” ujarnya.

Bercerita pula tentang perkembangan kariernya, Faye berkata bahawa menjelang Ramadan yang bakal tiba nanti, jadualnya sudah padat dengan beberapa aktiviti promosi

“Hari pertama Ramadan sehingga 29 Mei depan, saya sudah berada di Brunei untuk memprmosikan jenama Asha Karim Collection dan akan menyambung promosi tersebut di Shah Alam.

IKLAN

Selain itu, Faye juga berkata pada bulan Ramadan ini tiga buah drama lakonannya juga akan disiarkan iaitu drama komedi 20 episod Isteri-isteri Ayah di TV3, Inspirasi Ramadan (episod: Isteri Office Hour) dan Setia Menunggumu (Hypp TV – Salam HD).Faye Kusairi Terima Jika Hamil

Sumber: Mstar Online

https://youtu.be/8Z26kwGBcdM

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI