Penyanyi dan pelakon, Nur Fazura mengakui tidak rasa ralat apabila dia dan suaminya, aktor Fattah Amin tidak dicalonkan dalam senarai kategori Couple MeleTop di Anugerah MeleTop 2018 (AME2018) yang bakal dilangsungkan 8 April depan.

Sebaliknya, pemilik nama lengkap Nur Fazura Sharifuddin ini memberitahu, dia lebih selesa untuk memikirkan hal berkaitan kerjaya berbanding soal lain.

“Saya tak kisah pun sama ada tercalon atau tidak. Malah peminat pun tidak perlu risau kerana saya okay sahaja. Pada saya isu ini remeh-temeh.

 

“Lebih baik untuk saya fokus untuk memperbaiki lakonan dan kerjaya saya,”kata Fazura ketika ditemui MH di Sesi Pratonton Filem Televisyen Janji Zehan di GSC Signature, Kuala Lumpur.

Fazura berkata demikian sebagai mengulas isu dia dan Fattah tidak dicalonkan menerusi program anugerah hiburan tahunan itu baru -baru ini sehingga mencetuskan kekecohan di kalangan para peminat mereka berdua.

IKLAN

Terdahulu, Ketua Strategi Kandungan dan Inovasi Astro, Namanzee Haris seperti yang dipetik berkata, senarai pencalonan dibuka bermula 15 November 2016 sehingga 14 November tahun lalu dan terbuka kepada pasangan popular berkahwin sebelum tarikh akhir pencalonan.

IKLAN

Bagaimanapun, Fattzura bernikah pada 27 November lalu dan secara automatik tidak boleh dicalonkan.

IKLAN

Dalam perkembangan lain, Fazura baru selesai menjalani penggambaran filem The Legend of Pontianak di samping Remy Ishak, Hisyam Hamid, Namron dan ramai lagi.

https://www.youtube.com/watch?v=Bm0IJFPr1Kw

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI