Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon, Datin Niena Baharun yang mulai popular setelah muncul menerusi drama bersiri Jangan Benci Cintaku tak lama dulu.
Terbaru, Niena atau nama sebenarnya Amaniena Kamarul Baharun ada memuat naik beberapa keping foto di akaun Instagram miliknya.
Kongsi ibu kepada seorang cahaya mata itu, dia telah menyambut hari ulang tahun kelahiran suami tercinta.
Dalam pada itu, pelakon berusia 26 tahun ini turut menitipkan kata-kata manis buat suaminya.
“Happy birthday to the King of my heart & the love of my life @aliff_firdaus.
“Semoga selalu diberikan umur yang panjang, diberikan kesihatan yang baik, diberikan rezeki yang melimpah dan berkah. Dan semoga Allah sentiasa permudahkan urusan you dunia dan akhirat.
“Thank you for everything love! May we forever be as happy as we are today. I love you soooo much.
“Thanks to @bloominghermoso for the fast setup & deco.,” tulisnya.
Dua bulan selepas pembedahan jantung anak kedua pengacara Hunny Madu iaitu Adam Musa, hos ini sempat meluangkan masa bersama menikmati percutian di Pulau Langkawi.
Ditemani sahabat baiknya, Sazzy Falak, masing-masing membawa cahaya mata masing-masing.
Terdahulu, Adam selamat menjalani pembedahan implan jantung pada pertengahan Julai lalu.
Malah, Adam pernah dua kali menjalani pembedahan dikenali Stent PDA.
Untuk rekod, Hunny atau nama penuhnya Hani Farhana Mohd Hatim mendirikan rumah tangga dengan Khairul Azhar Abdul Wahid mempunyai dua prang anak, Eva Medina,7 tahun dan Adam Musa, 1 tahun 8 bulan.
Foto : Instagram Hunny Madu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Jenazah isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali selamat dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya, pada kira-kira jam 6.10 petang Isnin.