Penyanyi, Datin Alyah atau nama sebenarnya Hasliyah Abu Hasan telah meluahkan rasa terharu dan gembira di akaun Instagram miliknya.
Kongsi Alyah, dia bergandingan mengadakan persembahan bersama rakan penyanyi, Misha Omar dan Dayang Nurfaizah bagi sebuah program televisyen.
Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu Sesal Separuh Nyawa itu, dia berasa sangat gembira apabila berpeluang untuk membuat persembahan bersama dengan rakan penyanyi seangkatan.
“Me and my friends…Lama tak 1 stage dgn korang Terima kasih utk pengalaman yg dah lama tak dirasakan… @mishaomar @dayangsayangkamu,” tulisnya.
Dalam pada itu, peminat turut berasa gembira apabila melihat gandingan mereka bertiga yang mantap ketika membuat persembahan.
Sekadar informasi, mereka bertiga telah berganding bersama membuat persembahan untuk Konsert Kitak Nang Steady yang berlangsung di UNIMAS, Sarawak pada Ahad lalu.
Ia turut ditayangkan secara langsung di TV2.
Foto : Instagram Alyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Hanez Suraya kini jarang kelihatan dikaca televisyen bagi memberi lebih fokus tanggungjawabnya sebagai isteri, serta bisnes tudungnya yang kian maju.
Malah, Hanez juga kini merupakan juru cakap untuk satu jenama produk kecantikan wajah.
Terbaru, Hanez telah ada berkongsi momen InstaStory di akaun instagram miliknya.
Menerusi posting tersebut, pelakon berusia 34 tahun itu telah memberi satu nasihat yang bermanfaat buat peminat.
“Apa-apa yang kita nak buat, pastikan KOLAM JIWA kita kena bersih. Baru kita boleh berjaya!!!,” tulisnya ringkas.
Semoga perkongsian Hanez ini dapat dijadikan panduan hidup kepada semua agar sentiasa berjaya.
Untuk rekod, Hanez dan suaminya, Romin Razin pada 25 Mac 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.
Foto : Instagram Hanez Suraya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kehilangan orang tersayang pastinya memberi seribu satu memori yang tak kan pernah padam.
Mungkin itulah yang dilalui penyanyi, Asmidar yang pernah berdepan situasi kekasih telah pergi dijemput Illahi kira-kira 7 tahun lalu.
Meski reda dengan ketentuanNya, namun tidak dinafikan situasi yang diterima bukan suatu yang mudah, lebih-lebih lagi ketika dirinya sedang dalam proses untuk melancarkan album pertama.
“Kadang-kadang, saya ada rasa rindu dekat arwah, akan tetapi saya sudah reda atas pemergiaannya.
“Saya mengenali Allahyarham kira-kira tujuh tahun sebelum dia meninggal dunia dan kalau diikutkan, sudah 14 tahun ia berlalu.
Pada masa sama, bintang berusia 33 tahun itu juga mengakui dirinya masih sendiri, belum bertemu pengganti.
“Sejujurnya saya masih lagi solo sehingga ke hari ini dan belum bertemu jodoh.
Bukan memilih tapi masih belum berjumpa lagi dengan orang betul-betul serasi.
“Saya ada juga cuba berkenalan dengan lelaki lain sebelum ini, cuma ia hanya dalam fasa berkawan saja, belum ada yang sesuai.
“Apa yang boleh saya kongsi, selepas kehilangan arwah, boleh dikatakan saya agak cerewet bila berkongsi bab pasangan.
Berkenalan dengan arwah boleh dikatakan sebagai cinta pertama dan kami ketika itu belajar banyak benda mengenai perhubungan.
“Apapun, saya sedia maklum bahawa tiada manusia yang sempurna. Kalau ada jodoh, adalah insyaAllah,” katanya lagi.
Terdahulu, arwah kekasih Asmidar yang dikenali sebagai Izzat Amin meninggal dunia akibat nahas kemalangan jalan raya pada akhir tahun 2012.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Simpan Sedikit Rindu ini ditemui MH ketika majlis sidang media Malam Kemala Irama 2.0, baru-baru ini.
Malam Kemala Irama 2.0 merupakan sebuah persembahan kompilasi lagu-lagu tradisional Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Asmidar bakal turut serta membuat persembahan di Malam Kemala 2.0 dan bakal menyanyikan dua buah lagu balada Datuk Seri Siti Nurhaliza yang ditukarkan kepada irama tradisional Melayu.
Persembahan Malam Kemala Irama 2.0 ini telah dianjurkan oleh Pusat Seni Pentas Tradisional (PuTRA), ASWARA dan bakal menemui penonton pada 20 & 21 September 2019 di Panggung Eksperimen, ASWARA, Kuala Lumpur.
Tiket persembahan boleh didapati di laman sesawang www.aswara.edu.my dengan harga RM 30 di bahagian tengah dan RM 20 di bahagian kiri dan kanan.
Pelakon senior, Khaty Azian menerima dengan hati terbuka dan berlapang dada apabila perjalanannya dalam program nyanyian realiti, Kilauan Emas Selebriti (KES) terhenti pada saingan konsert minggu keempat, Sabtu lalu.