Pelakon versatil, Fasha Sandha enggan mengulas lanjut mengenai sekeping foto dukung bersama tunangannya, Aidil Aziz yang dimuat naik bintang berkenaan menerusi Instagram, beberapa hari lalu.

Malah, Fasha lebih selesa untuk berdiam diri dari terus memberikan kenyataan, memandangkan dia sendiri sudah memberikan reaksi kepada beberapa pengguna Instagram yang meninggalkan komen pada gambar tersebut.

“No komen, saya lebih selesa cakap no komen saja terhadap gambar ‘lambung’ itu. Bagaimanapun saya tetap dengan prinsip tidak akan padam gambar berkenaan kerana itu adalah sebahagian daripada kerja,” katanya.

IKLAN

Ditanya mengenai khabar angin yang membayangkan dirinya dikatakan menerima bayaran lumayan bagi menjayakan projek Bizzi Boddy x Fasha Sandha di bawah payung AS Legacy, ini respon Fasha;

“Saya juga tiada komen terhadap hal itu. Apa pun bagi saya itu rezeki pembuka untuk tahun ini, InsyaAllah” jawab Fasha ketika ditemui di majlis sambutan ulang tahun ke-40 Datuk Seri Siti Nurhaliza di PWTC, Kuala Lumpur pada Jumaat.

IKLAN

Dalam perkembangan lain, ibu kepada dua cahaya mata ini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama terbarunya, Patah Sayap Bertongkat Paruh di samping Datuk Aaron Aziz.

IKLAN

“Ia untuk slot mega drama di Astro, alhamdulillah sebab pihak mereka tidak putus-putus memberi peluang untuk bekerjasama. Saya bersyukur kerana rezeki tidak putus, dijangka habis penggambaran sekitar Februari.

“Selain itu, saya juga sudah menerima beberapa tawaran lakonan lainnya, tetapi sedang meneliti skrip, masih di peringkat perbincangan,” akhiri penerima Anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Skrin 2017 lalu ini optimis.

Foto: Fasha Sandha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI