“Alhamdullillah dia buat keputusan yang bagus untuk dia dan masa depan anak-anaknya. Kami mendoakan yang terbaik.”

Demikian kata adik Farid Kamil yang juga pelakon, Fadzil Zahari sejurus ditanya mengenai abangnya itu yang sudah rujuk kembali dengan bekas isteri, Diana Danielle pada 31 Ogos selepas bercerai pada 10 Ogos lalu.

Tambah Fadzil yang juga suami kepada pelakon, Yana Samsudin itu bagaimanapun memaklumkan, dia belum berpeluang berjumpa dengan abang sulung dan kakak iparnya itu susulan kesibukan masing-masing.

“Selepas mereka kembali bersama, saya belum lagi berjumpa dengan dia tapi kita sebagai adik mendoakan supaya mereka bahagia. Sememangnya ketika dia berhadapan dengan masalah itu, saya bersama dengan dia dalam tiga hingga empat bulan sebab saya tahu dia seorang.

“Bila orang yang ada masalah ini berseorangan, takut dia buat benda merepek jadi saya lepak dengan dia dalam tiga hingga empat bulan itu. Bila dia buat keputusan untuk pulang ke pangkuan isterinya, baik untuk dia. Tapi kali terakhir kami berjumpa adalah pada hujung Ogos lalu,” katanya.

Terdahulu, Diana dan Farid mengesahkan rujuk semula selepas sah bercerai talak satu 10 Ogos lalu. Selepas 11 tahun perkahwinan, Diana dan Farid bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

IKLAN

Dalam pada itu, Yana mengakui seisi keluarga mentuanya turut bersedih dalam tempoh Farid berhadapan dengan masalah tersebut.

“Semuanya bersedih. Kita tahu semua orang ada salah, dan sebagai satu keluarga pastinya semya terasa dan pastinya semua orang bersedih disebabkan kejadian itu. Tipulah kalau tiada rasa apa-apa,” katanya.

Tambah Yana, dia dan suaminya sebolehnya tidak mahu terlalu masuk campur bab perkahwinan kerana menyifatkan ia sangat peribadi.

“Kalau bab perkahwinan, tak boleh nak masuk campur sangat sebab kalau orang tua pun akan nasihat benda yang sama. Tengah bergaduh memang masam nanti bila sudah baik, takut kita pulak yang kena.

IKLAN

“Dalam ketika mereka diuji kita tolong bagi sokongan. Apa yang nak berlaku dalam hidup mereka, mereka boleh pilih sendiri,” katanya yang sedang hamil anak ketiga.

Fadzil dan Yana berkongsi perkara itu selepas acara pelancaran produk minuman susu Bagoos Oat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Farid Kamil Rujuk Semula Dengan Diana Danielle, Fadzil & Yana Tumpang Syukur Farid Kamil Rujuk Semula Dengan Diana Danielle, Fadzil & Yana Tumpang Syukur

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin)

IKLAN

Selain industri hiburan, ibu kepada dua orang anak itu yang turut aktif dalam dunia penstriman permainan video memang tidak jemu meneroka bidang baharu lalu muncul dengan produk minuman berkhasiat itu.

Susu Oat Bagoos hadir dengan lima pilihan perisa yang enak tetapi buat masa ini, hanya tiga perisa terlebih dahulu dikeluarkan iaitu  iaitu Oatmilk Drink Chocolate, Oatmilik Drink Dates dan Oatmilk Drink With Oat & Chia Seeds.

Setiap kotak mengandungi 12 sachet/peket yang boleh diminum segera dengan sekali bancuhan dan ia diperbuat daripada bahan Premium

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI