Nampaknya segala teka-teki tentang laporan polis yang dipegang oleh Datuk Farid Kamil melalui sebuah gambar telah terjawab…
Tindakan Farid yang berkongsi gambar berlatar belakangkan balai polis beserta dengan memegang laporan polis telah membuatkan ramai orang tertanya-tanya, apakah laporan yang telah dibuat.
Malah penggunaan kepsyennya juga telah membuatkan ramai terhidu sesuatu yang pelik.
Rupa-rupanya melalui Kosmo Online, mereka memberitahu ada sumbertelah mededahkan mengenai laporan tersebut.
Menurut Sumber yang boleh dipercayai itu, Farid telah membuat laporan polis beberapa minggu lalu untuk membenarkan adiknya Anis Anwar Zahari untuk memasuki rumahnya untuk mengambil barangan peribadinya yang terletak di Casa Tropicana, Damansara
Bukan itu sahaja, malah Farid turut menjelaskan di dalam laporan tersebut kedua-dua anaknya iaitu Muhammad dan Aurora berada dalam jagaannya pada malam laporan dilakukan.
Menurut sumber lagi, Farid membuat laporan tersebut sebagai langkah berjaga-jaga supaya tindakannya termasuk membenarkan adiknya memasuki rumah itu tidak di anggap ceroboh.
“Mengenai anak-anaknya pula, laporan tersebut membuktikan dia tidak melarikan mereka daripada jagaan Diana.
“Farid telah membuat laporan awal di Balai Polis pada 18 Januari lalu, namun kes itu dirujuk ke Balai Polis Damansara kerana berdekatan dengan kediamannya,” jelas sumber tersebut kepada Kosmo Online.
Bagaimanapun kenyataan sumber ini telah membuatkan ramai orang tertanya-tanya apakah yang terjadi sehinggakan Farid terpaksa membuat laporan polis semata-mata ingin memberi kebenaran dan tidak mahu adiknya dianggap ceroboh rumah sendiri untuk mengambil segala barangan peribadi.
Malah, lebih rumit apabila ia ada kaitan dengan isu rumah tangga terutamanya dalam penjagaan anak-anak.
Apapun sama-sama kita nantikan kenyataan dari kedua-dua pihak dan penjelasan mereka apakah yang terjadi sebenarnya.
SUMBER: Kosmo Online
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI