
Isu nama artis yang dipetik dan didakwa sombong kembali menjadi bualan hangat di media sosial.
Namun, penyanyi dan pelakon Fareez Fauzi berpendapat adalah tidak adil untuk melabel penggiat seni sebagai sombong hanya berdasarkan pengalaman negatif segelintir individu semata-mata.
Menurut Fareez, persepsi sedemikian mungkin timbul disebabkan status seseorang sebagai selebriti, sedangkan ia sebenarnya bergantung kepada cara pembawakan sesiapa sahaja dalam situasi tertentu.
“Bagi saya kalau nak kata ‘artis’ saja yang sombong, tidak tepat sebab yang salah ialah sikap individu yang bersikap sombong. Sebab ramai saja artis yang okay dan sempoi.
“Cuma ada segelintir mungkin tidak sombong, tapi ada yang ‘introvert’, kita tak tahu. Tapi apa yang boleh saya katakan, ia adalah sikap seseorang individu. Jadi tak wajar nak label pada golongan artis semata-mata, katanya.
Fareez yang kini aktif dalam sukan kick boxing berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka ICMA & Lit Music Awards Celebration di Shah Alam, baru-baru ini.


Turut hadir memeriahkan majlis bersama penyanyi JessC ialah rakan artis lain seperti Syafeek Ikhwan, Kelly Azmandan Zaki Yamani yang menyampaikan beberapa buah lagu.
Mengulas lanjut isu tular di platform Threads itu lagi, Fareez menegaskan tidak adil untuk melabel mana-mana artis sebagai sombong, contohnya hanya berdasarkan pertemuan singkat.
JessC Terus Cipta Sukses
Dalam perkembangan lain, JessC pula terus mencipta gelombang tersendiri di pentas antarabangsa apabila berjaya menembusi pasaran global menerusi karya muzik yang dibawa.
Kejayaan tersebut bukan sahaja mengangkat namanya, malah membuka peluang lebih luas kepada muzik Malaysia untuk dikenali di peringkat dunia.
Menurut JessC, fokus utamanya bukan sekadar menghasilkan lagu, tetapi memastikan muziknya mampu merentas sempadan.
“Saya percaya muzik adalah bahasa universal. Saya mahu karya saya bukan sahaja didengar, tetapi dirasai oleh pendengar dari pelbagai latar belakang dan budaya,” katanya.
Kini, hasil usahanya mula membuahkan hasil apabila muziknya berjaya menembusi pasaran seperti China, Amerika Syarikat, Eropah, Indonesia dan Australia.
Malah, beberapa lagunya turut memasuki carta radio di China.


Anda mungkin berminat dengan
Lebih membanggakan, JessC turut menerima pengiktirafan antarabangsa apabila dinamakan sebagai antara “New Artists to Watch” oleh Rolling Stone edisi Australia dan UK.
Dalam masa sama, dia juga mencipta pencapaian tersendiri apabila memenangi LIT Music Awards menerusi empat karya dalam tiga bahasa berbeza.
“Saya sentiasa mahu membawa identiti Malaysia dalam setiap karya saya. Walaupun kita kecil, itu bukan halangan untuk kita pergi jauh,” ujarnya lagi.
Antara lagu yang mendapat perhatian termasuk “Mari Menari Raya”, “Expose”, “My Style” dan “One Chance”, yang masing-masing menampilkan identiti tersendiri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
View this post on Instagram
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

