Disebabkan masih ada rakyat Malaysia yang ditahan oleh tentera Isr@el, pempengaruh dan aktivis kemanusiaan, Farah Lee mengakui agak segan untuk hadir dan diraikan dalam acara Himpunan Solidariti Bersama Gaza yang berlangsung di Axiata Arena malam tadi.
Farah, yang juga salah seorang sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) yang selamat pulang ke tanah air, menyifatkan perjuangan sebenar bukan sekadar pelayaran mereka, tetapi usaha besar untuk menekan kuasa dunia agar P@lestin dapat dimerdekakan.
Bagaimanapun, dia tetap memilih untuk hadir bagi meraikan rakyat Malaysia yang tidak pernah berhenti menunjukkan sokongan sepanjang misi mereka ke Gaz@.
“Saya sebenarnya segan untuk datang ke sini. Segan untuk diraikan dan diangkat-angkat. Saya tahu ketika ini, masih ada beberapa rakyat Malaysia yang telah dipintas pagi tadi (Rabu) dan masih di dalam tahanan tentera Isr@el.
“Pada masa sama, saya tahu kerajaan Malaysia sedang bekerja keras untuk membebaskan mereka secepat mungkin.
“Kedua, saya segan kerana misi ini bukan tentang kami tapi tentang merobohkan kepungan di G@za dan memberi tekanan kepada dunia yang menyokong pembersihan etnik di P@lestin.
“Namun, saya putus untuk datang juga ke sini untuk meraikan kalian yang sentiasa bersama-sama dengan kami. Tanpa suara kalian, suara kami tidak akan didengari,” katanya ketika sesi pidato malam tadi.
Farah turut berharap semangat solidariti rakyat Malaysia dapat diteruskan demi menolak kekejaman yang berlaku terhadap penduduk P@lestin.
Ads
“Saya harap dengan kesatuan daripada pelbagai bangsa, agama dan personaliti, kebangkitan ini rapat diteruskan untuk kita menolak kekejaman dan terus bersuara sehingga Palestin dimerdekakan satu hari nanti.
“Semoga nama kita tertulis dalam golongan mereka yang membebaskan Palestin,” ujarnya.
Kongsi Detik Cemas Dalam Tahanan
Berkongsi pengalamannya sewaktu berada dalam tahanan, Farah mendedahkan dia antara individu yang berani melancarkan protes menuntut bekalan air bersih selepas empat hari tidak diberi minum.
“Saya sendiri tidak tahu bagaimana datangnya kekuatan dan keberanian untuk saya tenung setiap mata askar-askar Isr@el.
“Ketika itu, saya dan beberapa kawan dari Eropah sedang mengadakan protes kerana kami tidak diberikan air minum selama empat hari. Kami protes untuk tidak mahu masuk ke sel jika mereka tidak memberikan kami air.
Ads
“Mereka sangat marah dan protes itu berlanjutan dalam masa satu jam. Kami bertekak dan saya dapat keberanian untuk perjuangkan hak asas kami untuk dapatkan air putih.
“Kapten mereka datang dan mengugut jika kami tidak pulang ke sel dengan sukarela, mereka akan gunakan kekerasan. Saya bertegas untuk terus berada di situ kerana saya tahu saya benar.
“Saya dipaksa masuk ke sel dalam keadaan ditolak, ditarik dan dihumbankan ke sel. Namun, saya masih berani untuk tenung mata-mata askar Isr@el ini. Setiap tenungan saya tidak dibalas kerana mereka takut,” akhirinya.
Malam tadi, Himpunan Solidariti Bersama Gaza diadakan bagi menyambut kepulangan 23 sukarelawan GSF yang selamat kembali ke tanah air selepas ditahan tentera Isr@el.
Majlis tersebut turut menjadi wadah untuk menyatakan solidariti terhadap P@lestin dan meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia mengenai perjuangan yang sedang berlangsung di bumi Gaz@.
Turut tampil sebagai pemidato ialah beberapa aktivis GSF Malaysia lain seperti PU Rahmat (Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan), Ustaz Mad Kecik (Muhamad Abdullah) dan Nadir Al-Nuri.
Ads
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Keyakinan Bermula Dari Dalam
Rasai kebaikan vitamin & probiotik dalam KITSUI Whitie Snow, bantu kulit tampak lebih sihat & berseri.
Usai pernikahan antara pereka terkenal, Rizman Nordin bersama pasangan Nurida Suraya pagi tadi, primadona tanah air, Hajjah Erra Fazira ada menitipkan ucapan istimewa buat kedua mempelai.
Titipan dan harapan berharga dari rakan baik itu dikongsikan bintang ini menerusi Instagram.
Herion Hingga Hujung Nyawa ini memaklumkan, bahtera rumah tangga pasti akan ada pasang surutnya, namun hadapinya dengan tenang.
“Ya Allahhhh.. menitis airmataku dipagi hari yg penuh baraqah ini.. betapa terharu dan bahagianya melihat seorang lagi adikku @rizman.n mengakhiri zaman bujangnya.. segala doa dan hajatmu dik, kini termakbul.
“Layarilah bahtera rumahtangga kalian dengan penuh kasih sayang dan manja tawa, pasti akan ada pasang surut tika sedang mengemudi bahtera namun itu hanyalah sebahagian dari perjalanan hidup, dlm pahit ada manis, dalam tangis ada tawa.. tiada yg indah selamanya.. tiada juga yg pahit selamanya.. yang kekal selamanya.. HANYALAH DISANA KELAK,” tulisnya.
Pengacara Mingguan Wanita ini turut menyifatkan perjalanan jejaka ini cukup jauh sebelum menemui destinasi bahagia di depan mata.
“Adikku.. jauh pengembaraanmu untuk menemui destinasi ini.. bertahun mengatur langkah dgn sejuta doa dan harapan.. maka nikmatilah bersama destinasi ini dengan penuh rasa syukur dan hargai setiap detik dan waktu didunia ini hingga pertemuan kalian seterusnya InsyaAlah disyurga kelak.
Rizman dan Nurida Suraya bertunang pada Jun lalu selepas setahun lebih mengenali hati budi.
Pasangan ini sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz. Antara rakan selebriti yang turut menjadi saksi ijab kabul mereka termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain dan Fazura.
Foto : Instagram Erra Fazira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tular di media sosial rakaman video sejak beberapa hari lalu yang merakamkan insiden seorang rider sebuah jenama penghantar makanan bermotor telah disamun dua lelaki di Phileo Damansara.
Berlaku detik mencemaskan apabila mangsa dilihat bertelagah dan berlaku pergelutan apabila suspek dilihat cuba merampas dan melarikan motosikal milik mangsa.
Kejadian tersebut telah dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran tempat kejadian.
Lalu, masyarakat menempelak aksi dua individu terlibat termasuk rakan selebriti, Shuib Sepahtu.
“Mohon semua utk lebih berhati2!!! Jenayah dimana2!!!! Ape ni???? Hati panas btol la,,,orang nak carik rezeki pon ko pegi samun!!! TOTALLY NO RESPECT BRO!!!
“Semua riders mohon lebih alert pd persekitaran dan jage keselamatan walau dimana berada… Semoga yg melakukan jenayah akan diberi pengajaran yg sepatutnya,” tulis Shuib menerusi perkongsian video dari @team_y15zr_malaya itu.
Menerusi sisi komen di entri berkenaan pula, rata-ratanya meluahkan rasa kesal terhadap pelaku terbabit dan ramai yang bersimpati terhadap situasi malang yang menimpa rider makanan berkenaan.
Foto: Instagram Shuib
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan yang juga ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukur iaitu Rozita Ibrahim memaklumkan dia tidak sabar meraikan kedatangan Syawal tahun ini di tanah air selepas mengerjakan umrah, baru-baru ini.
Malah menurutnya lagi, dia kini menjadi individu paling tua dalam keluarga selepas ibunya telah pergi mengadap Illahi.
“Kita manusia akhir zaman, manusia yang rosak agamanya. Kita memasuki dunia yang penuh fitnah. Berhati-hatilah dalam apa juga perbuatan, “jagalah agama & maruah”.
“Bersahabatlah dengan orang yang baik-baik, yang menyayangi agama, keluarga. Jadilah manusia yang takut mengecewakan Tuhan, Nabi & Agama.
“Kedamaian keluarga yang rukun itu adalah lebih baik dari segalanya. Nenek Ami kasihkan kamu kerana agama ..!! (anak Kri panggil saya Nenek Ami).
“Saya nak balik dah ni, InsyaAllah pertama kali raya tak ada Mak. Saya lah ganti arwah Mak, saya paling tua sekarang dalam keluarga kami. Saya nak sambut raya kat Malaysia dengan anak cucu,” jelasnya.
Rozita yang sinonim disapa Bonda Rozita memuat naik perkara itu di dalam satu hantaran terkininya di Instagram.
Pada masa sama, Rozita turut memohon maaf atas khilasnya seisi keluarga.
“Hati ni sangat rindu kat rumah hutan juga. Ya Allah berkati negara kami, aman dijauhkan musibah, suburkan rezeki rakyat Malaysia semuanya dengan rukun & damai.
“Sekali lagi saya minta dimaafkan kekurangan, khilaf bonda pada anda semua yang kenal saya ya. Ramdhan malam 29 ni kita mengharapkan lailatul qadar.
“Saya sudah sampaikan semua infak anda semua ” semoga gandaan pahala anda dapat dibumi yang penuh keberkahan,” tulisnya lagi.