
Dengan hanya dua minggu lagi sebelum pentas akhir, penyanyi Fairuz Selamat reda dan menerima keputusan para juri apabila namanya diumumkan sebagai peserta tersingkir pada saingan suku akhir Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) dengan hati terbuka.
Berlapang dada, Fairuz menyifatkan ia sebagai situasi yang lumrah di dalam sesebuah pertandingan dan sentiasa percaya kepada rezeki Allah SWT.
Percaya Rezeki
“Sesiapa yang tersingkir, itu bukan menandakan anda tidak hebat. Program TV ini bermain dengan banyak perkara yang kita tidak nampak. Bakat itu sudah jatuh ke nombor dua.
“Saya anggap rezeki saya sampai di sini sahaja. Mungkin Allah ingin beri ruang kepada peserta lain untuk terus bertanding. Mungkin mereka lebih memerlukan ruang itu berbanding saya.
“Saya sudah punyai kerja tetap dan mungkin ada orang lain adalah sebaliknya. Sudah tentu saya sedih bila tersingkir tapi saya terima keputusan ini dengan hati terbuka,” katanya kepada MH.
Bekas vokalis kumpulan Q-Face itu berkata sedemikian ketika ditemui sejurus konsert suku akhir GV11 di Auditorium MBSA, Shah Alam, malam tadi.
Hargai Sokongan Peminat
Fairuz pada masa sama tidak dapat menahan sebak mengenangkan sokongan tidak berbelah bahagi yang ditunjukkan peminat sepanjang bersaing di GV11.
“Saya tidak pernah mendapat sokongan hebat seperti ini selama 24 tahun bergelar anak seni. Mereka sanggup datang pada setiap Sabtu dan Ahad.
“Ada diantara mereka yang sudah berkeluarga tapi tetap luangkan masa untuk menyokong saya. Mereka ada jadual dan shift untuk mengundi saya.
“Mereka masakkan saya makanan dan belikan bermacam-macam benda. Saya agak ralat kerana kecewakan mereka. Setiap peminat pasti mahu artis mereka ke final.
“Mereka sudah ada jadual untuk menyokong saya hingga ke final. Jadi, dua minggu ke depan ini mereka nak buat apa?,” katanya lagi.
Sementara itu, Fairuz memberitahu dia dan pasukannya ada merancang untuk mengajurkan sesi percutian bersama peminat sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka selama ini.
“Saya memang ada merancang untuk pergi bercuti bersama peminat. Segalanya telah disusun. Namun, kita akan buat selepas selesai GV11,” katanya ringkas.
Rancang Hasilkan Lagu Baharu
Ditanya soal perancangan selepas ini, Fairuz akui dia kini dalam perancangan untuk menghasilkan single terbaharu.
“Alhamdulillah, team saya sudah pun mencari material lagu. Kita sudah pun menerima beberapa material daripada Malaysia, Singapura dan Indonesia.
“Saya rancang untuk melancarkan lagu tersebut selepas tamat GV11. Jadi, saya ada beberapa minggu lagi untuk membuat persiapan,” katanya lagi.
Terdahulu, Fairuz tersingkir selepas meraih markah terendah sebanyak 64.04%, yang menyaksikan rakan peserta, Zehra Zambri yang memperoleh markah tertinggi iaitu 80%.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
View this post on Instagram
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI