
Pelakon, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencipta kejayaan bersama apabila berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu, Sabah hari ini.
Khabar itu dikongsikan sendiri oleh Bella menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Menurut Bella yang juga anak kelahiran Sabah, eksplorasi pendakian tersebut amat bermakna, lebih-lebih apabila mereka turut berkesempatan untuk menggayakan busana tradisional di puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara itu.
View this post on Instagram
“Akinabalu sudah kami tawan. Alhamdulillah kami berjaya lakukannya. Pakai baju raya mendaki Gunung Kinabalu.
“Pendakian bermula jam 3 pagi,” tulisnya.
Jelas penyanyi lagu Bermanja-Manja ini lagi, segala penat lelahnya seakan hilang begitu sahaja saat menyaksikan keindahan ciptaan tuhan di puncak gunung.
“Pendakian yang penuh bermakna. Penat dia saya tak boleh nak ungkap dengan kata-kata tapi bila tengok pemandangan, mashaAllah memang tidak ternilai cantik betul Akinabalu,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum dengan pencapaian yang membanggakan itu.
“Alhamdulillah. Tahniah buat kalian berdua.
“Tahniah Bella dan Syed Saddiq. Walaupun tak pernah dibuat orang daki gunung pakai baju melayu dan kurung tapi korang berjaya lakukannya.
“I love this for you. Going on new adventure with someone new and healing from the past,” antara komen-komen netizen.
Malah, ada juga yang sempat mengusik agar Bella dan Syed Saddiq segera mendirikan rumah tangga.
“Terus la photoshoot prewedding. Baju dah ‘ngam’ tu.
“Bukan teaser wedding kan?
“Okay lulus boleh kahwin. YB nak test serasi ke tidak tu. Kata orang, kalau betul-betul nak kenal seseorang, kena pergi bercuti dan hiking sekali.
“Kahwin la cepat. Tak sabar nak tengok naik pelamin pula,” antara komen-komen netizen.
Difahamkan Bella dan Syed Saddiq memulakan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu pada Khamis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI