Pelakon Eyra Hazali menzahirkan rasa syukur apabila berjaya menghadiahkan sebuah kereta pacuan empat roda jenis Proton X70 buat kedua orang tuannya, Hazali Ramli dan Qhuzie Mohd Johari.
Tidak menyangka dimurahkan rezeki sejak awal tahun ini, ibu beranak satu berusia 22 tahun ini juga kekal berazam untuk terus membahagiakan ibu dan bapanya selepas ini.
“Alhamdulillah syukur, selalu tertanya2 bila la dapat belikan mummy and ayah kereta yg lebih selesa, siapa sangka, rezeki melimpah ruah pada awal tahun buat Young Living and selepas tggu dari bulan February, tepat pada masanya.
Ads
“Alhamdulillah dapat serahkan sendiri dekat my parents (ada appointment doctor). Hadiah ni tak sebesar jasa mumy and ayah untuk besarkan kami 7 beradik,selagi ada kudrat,eyra akan buat apa saja untuk senangkan mummy and ayah,” tulisnya sambil memberikan kredit.
Isteri kepada pemain bola sepak, Muhammad Haziq Nadzli ini juga turut membeli sebuah kereta jenis Velfire bagi kegunaannya sekeluarga.
Ads
Sekadar informasi, Eyra dan suaminya mendirikan ruh tanyga pada 1 November 2019 dan setakat ini bahagia harmoni bersama permata hati, Muhammad Hayder Qhalish yang dilahirkan pada 14 Ogos tahun lalu.
Komposer dan penyanyi, Hafiz Hamidun yang dilantik sebagai duta bagi program Raikan Ramadan anjuran Yayasan Maghfirah menyambut baik kesudian rakan selebriti yang secara suka rela tampil turun padang untuk terlibat di dalam mana-mana program amal bersempena Ramadan.
Menurut Hafiz, golongan ini perlu tahu menggunakan platform media sosial mereka dalam hal yang baik yang boleh menyumbang sesuatu kepada orang di luar sana.
“Masyarakat pandang selebriti ini sebagai satu daya penarik untuk mempromosi sesebuah majlis dan kita tahu menjelang bulan Ramadan lazimnya banyak program amal.
“Jadi bagi saya, siapa lagi yang nak membantu untuk hebahkan kalau bukan golongan selebriti.
“Sebenarnya, kita menggunakan apa yang ada daripada segi platform di sosial media. Bukanlah nak kata kami datang ke program sebagai seorang selebriti semata-mata.
“Tetapi lebih kepada untuk menyantuni golongan yang menyokong kerjaya kita selama ini,” katanya yang turut berbesar hati apabila rakan artis, Syatilla Melvin turut sama mengikuti sesi agihan yang dilakukan yayasan terbabit di Dataran PPR Pantai Ria, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Berkongsikan pengalaman, Hafiz yang sebelum ini pernah terlibat di dalam program sama sejak tahun lalu menjelaskan, ada di antara penerima yang benar-benar memerlukan.
“Ada di antara mereka merupakan ibu tunggal yang mempunyai anak ramai tetapi perlu keluar bekerja. Bila pagi keluar bekerja dan petang baru pulang, anak-anak akan makan apa sahaja yang dimasak ibunya ketika bersahur. Sampai macam tu sekali.
“Kita bukan mahu menyalahkan sesiapa, tetapi rupanya masih ada golongan miskin bandar. Saya rasa tidak ramai yang melihat mereka sebagai satu prospek yang perlu kita bantu,” katanya lagi.
Terdahulu, Yayasan Maghfirah mengambil inisiatif menyerahkan bantuan berupa agihan pek bekalan makanan kepada golongan memerlukan dan juga berpendapatan rendah di beberapa lokasi di seluruh ibu kota.
Pengurus Besar Yayasan Maghfirah, Aulia Rahman Zulkarnain berkata, projek ini merupakan antara usaha mereka untuk menyantuni masyarakat PPR khususnya golongan asnaf yang tergolong dalam kelompok miskin bandar.
“Miskin bandar merupakan fokus utama Yayasan Maghfirahkerana kita dapati kebanyakan masalah sosial lahir daripada komuniti yang mendiami kos perumahan rendah.
“Menjadi tanggungjawab bersama untuk kita sebagai masyarakat yang prihatin membantu mereka memperbaiki taraf kehidupan dan pendidikan golongan miskin bandar,” katanya.
Dalam pada itu, Aulia menambah, program agihan yang berlangsung bakal menjadi penggerak kepada program agihan seterusnya, selain program berbuka puasa bersama para asnaf.
Menerusi program Mega Agihan Ramadan kali ini, sebanyak 300 kotak pek Ramadan dan Syawal bernilai RM18,000 akan diserahkan untuk setiap PPR, dengan 5,000 kotak bakal diedarkan sepanjang bulan.
“Duit raya sebanyak RM50 juga turut disertakan dalam setiap pek Syawal. Ia termasuk 6,000 pek iftar yang juga telah diagihkan bermula 1 Ramadan lalu dengan sasaran 35,000 penerima manfaat.
Sasaran penerima program termasuklah keluarga fakir miskin, keluarga ibu tunggal, golongan orang kelainan upaya (OKU), warga emas, asnaf, rumah perlindungan anak yatim dan rumah perlindungan pesakit HIV.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad ada berkongsi cerita yang dialami dirinya bersama pengikut di laman media sosial Instagram.
Uyaina atau nama lengkapnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad mendedahkan, ada kala ketikanya berasa stres oleh kerana sering memikirkan perkara negatif dalam diri.
Malah lebih teruk, situasi berlaku menyebabkannya terjaga awal pagi.
“Few days ago, I had a severe mental breakdown. Macam2 rasa yang negatif ada dalam diri. Tiba2 rasa sedih, takut, penat, risau tapi tak tahu apa yang dirisaukan, stress sampai migraine. And paling teruk bila terjaga pukul 3-4 pagi, berpeluh2 lepas tu tak boleh tidur sedangkan badan rasa sangat2 penat. Rasa worthless.
“Pastu Yana tanya dekat igs. Apa yang korang selalu buat kalau rasa down. Thank you kepada yang respond and share dengan Yana. I really appreciate it. Rupanya ramai yang rasa macam tu. In fact, ada yang pernah rasa lagi teruk dari tu,” tulisnya.
Gambar
Selepas berkongsi bersama peminat, pengacara berusia 29 tahun ini meluahkan rasa lega kerana berpeluang untuk berkongsi perasaan yang dialaminya bersama peminat.
Malah, bintang drama bersiri Curi-Curi Cinta ini menasihati kepada orang ramai untuk sayangi dan terima kekurangan diri sendiri.
“Alhamdullilahhh I’m feeling a lot better now. Apa yang Yana boleh kongsi is kita jangan menidakkan perasaan ni. Jangan suppress atau pendam sorang2. Luahkan dekat orang yang kita percaya.
“FEEL the feelings and ALLOW the feelings to pass. It’s just a bad phase, not a bad life. Paling penting, kita kena TERIMA diri kita & SAYANGI diri kita sendiri.
“Minda kita memainkan peranan yang sangat penting. Kalau kita fikir negatif, trust me negatif lah hidup kita. I’m trying to self-reflect and look at what Allah has bestowed upon me. Banyak sangat nikmat Allah bagi yang patut disyukuri. Alhamdullilahhh.
Semoga rasa negatif ni akan berlalu pergi dan digantikan dengan kegembiraan yang berpanjangan. Aamiinn Also, swipe left to see some beautiful comments & tips dari mereka yang turut berkongsi P/s: Styled by @eraasmira,” tulisnya lagi.
Jurusolek selebriti, Emmy Agung dilaporkan telah pergi mengadap Illahi pada lewat petang Isnin.
Khabar mendukacitakan itu dimaklumkan menerusi akaun Instagram Allahyarham yang dikemas kini oleh ahli keluarganya.
“Dukacita dimaklumkan Emmy telah menghembuskan nafas terakhir selepas maghrib tadi.
“Insya-Allah jenazah akan dikebumikan malam ini juga di Tanah Perkuburan Sungai Pusu.
“Didoakan semoga Allah mengampunyi, merahmati dan menempatkan beliau bersama-sama para Nabi, syuhada dan solihin,” tulis pengendali terbabit.
Emmy atau nama sebenarnya, Yusshaimi Mohamed Yunus terlebih dahulu dilaporkan dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri sejak minggu lalu dan difahamkan punca kematian akibat kanser.
Sepanjang kariernya, jurisolek berkenaan telah menatarias ramai selebriti tanah air. Malah ada di antara mereka yang turut mengenang seterusnya memberikan penghormatan terakhir buat arwah.
Pelakon, Anzalna Nasir misalnya kembali mengimbau memori kerjasamanya dengan Emmy yang diabadikan menerusi Insta Stories.
Jelas Anzalna, dia pernah berkerjasama dengan jurusolek berbakat itu ketika penggambaran pra-perkahwinannya, beberapa tahun lalu.
“Pernah bekerjasama bersama @emmyagung untuk pre wedding, dia mekap masa tu. Arwah seorang yang amat disenangi dan disayangi ramai. Sentiasa happy dan tak pernah dengar dia mengata orang.
“Al-Fatihah. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman,” tulis Anzalna yang disertakan dua keping foto lamanya.
Foto: Instagram Emmy Agung, Anzalna Nasir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.