Penyanyi Ewal Ismail kini tampil menerusi single Romansa sebagai single terbaharu dan ia mengisahkan mengenai percintaan antara dua insan.

Menurut Ewal atau nama sebenarnya Ikhwal Hafiz Ismail, 32, walaupun Romansa melambangkan sebuah percintaan yang lazimnya dikaitkan dengan balada lagu, namun liriknya yang cukup mendalam membuatkannya dia bersetuju untuk merakamkan lagu berkenaan.

“Saya tak nafikan lagu ini pada pandangan orang lain mungkin ia sekadar lagu cinta seperti kebanyakan yang mereka dengar. Tetapi pada pandangan saya lagu ini mempunyai keunikannya tersendiri.

“Romansa menceritakan mengenai pengorbanan seseorang kepada individu yang dicintainya. Cinta yang telah dibina itu enggan dipersiakan dan kalau boleh ingin kekal abadi seperti mana digambarkan menerusi bait lirik, menuju puncak di awan biru.

“Jadi Romansa mempunyai maksud yang mendalam dan saya kagum dengan penulis lirik lagu ini yang menyusun seni kata cukup indah,” katanya.

IKLAN

Ewal Ismail Lancar Romansa, Jelaskan Status Terkininya Bersama Kristal Ewal Ismail Lancar Romansa, Jelaskan Status Terkininya Bersama Kristal Ewal Ismail Lancar Romansa, Jelaskan Status Terkininya Bersama Kristal

Romansa merupakan ciptaan Fatin Sazwani dan liriknya ditulis oleh Faizal Sapuan dan kedua-dua pengkarya seni ini merupakan anak kelahiran Singapura.

Ewal menambah, dia terpaksa menunggu hampir dua tahun untuk melancarkan Romansa berikutan terikat dengan pelbagai komitmen sebelum ini.

IKLAN

“Saya masih lagi bersama kumpulan Kristal sebagai vokalis utama. Jadi untuk Romansa, ini adalah projek untuk karier solo dan dalam masa yang sama Kristal adalah karier berkumpulan saya.

“Untuk Romansa, saya mula rakamkan lagu ini sekitar dua tahun lepas dan ia mengambil masa yang agak lama kerana sebelum ini saya terikat dengan pelbagai komitmen.

“Jadi saya terpaksa selesaikan terdahulu komitmen tersebut sebelum fokus dengan projek yang sudah lama dirancang termasuk single ini. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

IKLAN

“Harapan saya supaya pendengar-pendengar dapat menilai dan menerima Romansa dengan baik tanpa mengira umur dan bangsa. Saya percaya muzik itu adalah bahasa rohani kerana melodi dapat membuatkan setiap individu meluahkan apa yang tersirat,” katanya lagi.

Romansa yang diterbitkan oleh Jaybon dan Faizal Sapuan boleh diperdengarkan melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music bermula 31 Mei 2024.

Sementara video muziknya juga boleh ditonton secara eksklusif menerusi saluran YouTube.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI