Genap mencecah usia 49 tahun pada Khamis (9 Februari), penyanyi dan pelakon, Erra Fazira menyahut cabaran mencuba tugasan baharu iaitu bergelar penyampai radio Sinar FM.
Bergandingan dengan deejay Faliq Hikyle serta Hefny Sahad, Erra atau nama sebenar Fazira Wan Chek berkata dia teruja diberi kesempatan bergelar penyampai radio, menambahkan lagi resume kerjaya seninya yang telah bergiat aktif sejak lebih 30 tahun dahulu.
“Kalau berlakon dan menyanyi dah bertahun, Alhamdulillah.
“Bila diberi peluang untuk jadi penyampai radio, task serta cabaran dia baharu.. Tapi sebenarnya, hakikatnya seronok juga jadi penyampai radio ni.
“Pencapaian baru yang terindah buat saya,” kata Erra menerusi satu hantaran video yang dikongsikan di Instagram Sinar FM.
Sementara itu, ibu kepada Engku Aleesya, 14, itu juga turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua peminat yang telah mengirimkan doa serta hadiah sempena ulang tahun kelahirannya.
“Alhamdulillah, hari jadi yang sangat bermakna buat saya bersama keluarga baharu dalam Sinar.
Ads
“Tak sangka orang bagi hadiah, bunga, kek dan kopi dan doa daripada Sinarians (pendengar Sinar FM) semua.
Untuk info, Erra pernah memenangi gelaran Miss World Malaysia 1992 sebelum disambar penerbit dan pengarah, Datuk Yusof Haslam untuk membintangi filem Sembilu yang menjadi fenomena pada zaman 90-an.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pengacara, Burn akui berang dengan tindakan pemain hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn yang didakwa melontarkan komen berbaur perkauman di media sosial berhubung konsert AR Rahman di Stadium Bukit Jalil, Sabtu lalu.
Menurut Burn atau nama sebenarnya Rueben Thevandran Ramanath, sebagai pesonaliti televisyen bagi saluran sukan, Astro Arena, tindakan tersebut sememangnya mengguris hati banyak pihak termasuk dirinya sendiri.
Serius beb! Aku malu kenal dan pernah interview kau! ntah ntah dlm hati benda sama kau pikir masa duduk depan aku!! 😔🤦🏾 Kalau dah ‘racist’ mintak maaf 10,000 kali pun tak tentu tetiba kau benti jadi racist!! mentaliti takkan ubah hanya kerana ditegur semata mata! #rembatrasismepic.twitter.com/H1Vmf5m7D4
“Serius beb! Aku malu kenal dan pernah interview kau. Entah-entah dalam hati benda sama kau pikir masa duduk depan aku,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas peserta Akademi Fantasia musim pertama itu menerusi sebuah ciapan di akaun Twitter miliknya.
Katanya lagi, permohonan maaf juga seakan tiada makna sekiranya mentaliti seseorang itu terhadap kaum lain tidak diubah.
“Kalau dah ‘racist’ mintak maaf 10,000 kali pun tak tentu tetiba kau berhenti jadi racist. Mentaliti takkan ubah hanya kerana ditegur semata-mata,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan tersebut selain turut berharap agar perbuatan seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang.
Terdahulu, Hanis didakwa secara berseloroh telah menegur mengenai ‘bau’ persekitan di Bukit Jalil sewaktu konsert AR Rahman sedang berlangsung.
Menyedari komennya itu telah mengguris hati banyak pihak, Hanis telah pun membuat permohonan maaf menerusi sebuah kenyataan yang dikongsikan di laman Instagram miliknya.
Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menyiasat komen berbaur perkauman yang dimuat naik pemain itu berhubung konsert AR Rahman di Stadium Bukit Jalil, Sabtu lalu.
Menterinya, Hannah Yeoh berkata, pihaknya sudah berhubung dengan Majlis Sukan Negara (MSN) berkenaan perkara itu selain sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) untuk tindakan selanjutnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Harian Metro, Twitter & Instagram Burn AF & Instagram Hoki Kita
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas muncul sebagai salah seorang model yang memperagakan koleksi baju Melayu di acara pertunjukkan fesyen jenama pakaian hari raya, Bulan Bintang baru-baru ini, nama pelakon meningkat naik, Mierul Aiman menjadi perhatian ramai.
Mierul yang mengenakan sepersalinan lengkap baju Melayu rona merah dilihat amat segak. Malah, ketampanannya turut terserlah sewaktu melalui pentas runaway.
Video yang memaparkan Mierul sedang memperagakan baju Melayu itu turut tular di media sosial.
Korang tengok la budak high council pakai baju melayu bulan bintang, herloknyaaaaa hang. pic.twitter.com/0usbxjZsec
Rata-rata netizen memuji penampilan Mierul yang dikatakan mempunyai ciri-ciri lelaki Melayu sebenar. Selain itu, jawline atau rahang pipinya turut menjadi perhatian.
Ramai betul perempuan mengutuk muka lelaki ni. Everyone has their own charms. Just keep it to yourself kalau tak find someone attractive. Tak perlu kot cakap muka beli ais ke apa. https://t.co/mRU6IWGNJ2
Ketika ramai yang memuji, tidak kurang juga segelintir pihak yang tidak bersetuju dan mengatakan wajah Mierul ini tidak kurang seperti lelaki-lelaki kebanyakkan ketika memakai baju Melayu.
Malah, ada juga yang mengatakan wajah-wajah seperti Mierul ini boleh dilihat di kedai-kedai runcit sewaktu kebanyakkan lelaki bersesak untuk membeli ais di pagi raya.
Ketika dihubungi MH, pelakon drama Projek High Council ini mendedahkan dirinya tidak berasa hati dengan komen-komen selain turut menyifatkan ia merupakan lumrah selaku anak seni.
“Bila ada yang kata wajah saya ni biasa-biasa sahaja dan seperti orang kebanyakkan, saya tak tersinggung. Mereka berhak untuk berkata apa sahaja dan itu lumrah sebagai anak seni.
“Bila sudah bergelar public figure, kehidupan kita automatik akan menjadi tontonan dan perhatian umum melalui hasil-hasil kerja atau segala tindak tanduk ketika di luar.
“Apabila mereka bercakap mengenai saya, secara tidak langsung, kehadiran saya di dalam industri ini makin disedari ramai. Apa yang bermain difikiran mereka, sudah tentu mereka akan sampaikan melalui pelbagai cara.
“Mereka hanya berikan pendapat. Bercakap soal pendapat, pada saya tiada yang betul atau salah. Saya hanya akan mengambil aura-aura yang positif. Yang penting, saya akan terus ikhlas bekerja,” katanya.
Dalam pada itu, juara Hero Remaja 2022 ini turut merasakan kecantikan bukan sahaja tertumpu pada luaran tetapi dalam juga sangat penting.
“Soal rupa dan fizikal ini merupakan pemberian tuhan sejak kita lahir. Siapalah kita nak mempersoalkannya. Soal cantik ini bukan hanya sekadar luaran semata, kita juga boleh tunjukkan kecantikkan itu dari segi personaliti dan sikap.
“Ditambah pula kita ini sebagai orang Melayu yang kaya dengan adat dan adab. Adab merupakan tiang seri dalam kehidupan. Saya menghargai setiap padangan orang luar terhadap diri saya,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, pada malam pertunjukan fesyen itu, dia hanya melakukan apa yang disuruh oleh pihak penganjur.
“Pada malam tersebut, saya sebenarnya sedang bekerja. Saya bukan datang saja-saja. Saya ditugaskan untuk mencipta persembahan pada malam tersebut.
“Apapun, saya gembira dengan apa yang telah saya pamerkan. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menunjukkan sokongan terhadap saya dan artis-artis lain,” akhirinya.
Imbas kembali, Mierul yang sebelum belajar dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal merupakan alumni Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Mierul Aiman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Doktor pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri, 36, yang kini berkhidmat di London membanggakan rakyat Malaysia apabila namanya dipilih untuk mewakili negara selepas dijemput menghadiri majlis resepsi Raja Britain, Raja Charles III yang berlangsung di Istana Buckhingham, London baru-baru ini.
Difahamkan majlis itu diadakan bersempena merayakan komuniti masyarakat Inggeris Timur dan Asia Tenggara yang menetap di negara tersebut.
Amalina berkongsikan momen manis itu di laman Instagram miliknya, khas buat tatapan pengikutnya.
“Ia adalah satu penghormatan untuk bertemu Duli Yang Maha Mulia Raja Charles III dan Permaisuri, Camilla Parker Bowles pada majlis resepsi di Istana Buckingham, mewakili Malaysia.
“Kali terakhir saya bertemu dengan Baginda ialah pada 2017 (baginda bergelar Putera Wales ketika itu), apabila baginda datang melawat Hospital Diraja London (tempat saya bekerja) selepas serangan pengganas di London Bridge. Saya adalah salah seorang doktor dalam pasukan yang merawat mangsa.
“Saya berbesar hati dijemput untuk bertemu dengan ahli keluarga diraja dan meluaskan rangkaian berkenalan dengan orang lain daripada pelbagai lapisan masyarakat yang telah membuat sumbangan kepada komuniti mereka sendiri di United Kingdom (UK) dan juga di luar negara,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen serta selebriti tanah air turut menzahirkan perasaan bangga dengan pencapaian Dr Amalina yang sering mengharumkan nama negara di mata dunia.
“Nice one Dr Amalina, kamu mewakili Malaysia dengan sangat elegan, sama seperti baju yang kamu gayakan juga,” tulis penerbit dan pelakon, Puan Sri Tiara Jacquelina.
“Wuhooo, you go girl,” titip usahawan, Datin Vivy Yusof.
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.