Tahniah diucapkan buat usahawan kosmetik, Eriyca Baiduri Abdul Rashid atau lebih mesra disapa sebagai Madammu yang akhirnya mengesahkan dirinya kini hamil tiga minggu.

Pengumuman tersebut dikongsikan penaja utama Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) lalu itu menerusi hantaran yang dimuat naik pengguna TikTok @syhimran, pada Selasa.

Menerusi video berkenaan, Madammu dilihat mengusap-ngusap ‘baby bump’ sambil berjalan menuju ke kereta untuk menghadiri sesi temu janji dengan doktor.

“Tapi umur dia dah tiga minggu dah,” katanya ringkas sejurus ditanya mengenai usia kehamilan.

@syhimran Alhamdulillah Semoga dipermudahkan Segala Urusan Madam Touch By Me @Noir #ladynoir #Bedrest #ivfjourney #fypシ゚viral #fypdongggggggg #foryoupage ♬ Menghitung Hari (Piano Version) – Gaius Yeong

Sementara itu menerusi platform sama, Madammu turut meluahkan rasa syukur memandangkan usia kandungannya kini sebenarnya sudah mencecah usia lima minggu.

IKLAN

“Alhamdulillah selepas 7 tahun penantian #ivf #ladyofnoirmalaysia #noir  #5weekspregnant,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen buat tatapan umum.

@eriyca.baiduri Alhamdulillah selepas 7 tahun penantian #ivf #ladyofnoirmalaysia #noir #5weekspregnant ♬ Takkan Terganti – Maulana Ardiansyah

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat yang turut sama teruja mengucapkan tahniah buat Madammu dan suami, Muhammad Azri Che Noh kerana akhirnya usaha mereka untuk memiliki zuriat akhirnya dimakbulkan.

Ini antara komen yang ditinggalkan pada hantaran terbabit;

IKLAN

“Congratulations madammuuu @Noir I’m happy for you. Cikma faham perasaan menunggu. Lama tu. Semoga satu hari rezeki cikma jugak dapat zuriat.”

“Allah tiupkan malaikat kecil dalam rahim puan, Allah tarik malaikat kecil dalam rahim isteri saya. perancangan dan rahsia Allah tiada siapa tahu, tahniah.”

“Alhamdulillah Congratulations Madammu. Suka betul tengok aura Madammu ni.”

“Alhamdulillah. Saya doakan untuk semua ibu ibu pejuang dua garis, yang saya pula senang lekat, sampai always kena jaga jaga.”

IKLAN

“Seronoknya, tahniah Madammu. Semoga satu hari nanti Allah tiupkan juga malaikat kecil dalam perutku dan perut ibu-ibu ttc (‘Trying To Conceive’, wanita yang cuba untuk mengandung) yang lain, amin.”

Terdahulu, Madammu menerusi MH ada membuat perkongsian mengenai hasrat serta keterujaaannya bercerita mengenai proses Persenyawaan In Vitro (IVF).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI