Ibu kepada penyanyi terkenal Ziana Zain dan Anuar Zain, Hajjah Robiah Abdul, 74, meninggal dunia akibat kanser kira-kira jam 10.44 malam tadi di sebuah hospital swasta di Klang, Selangor.
Ziana memaklumkan, jenazah ibunya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Elmina pagi ini.
“Emak menghembuskan nafas terakhir di depan mata saya dan pergi selepas nazak di hospital malam tadi.
Ads
“Semua adik beradik sempat menghadap Mak dan kami reda dengan pemergian insan kesayangan kami.
“Ampunkan segala dosa Mak saya dan doakan arwah Mak ditempatkan dalam kalangan kekasih Allah,” katanya.
Ads
Pergi Menyusul Arwah Bapa Selepas 100 Hari
Ziana turut menambah, pemergian ibunya berlaku selepas kira-kira 100 hari mereka sekeluarga kehilangan bapa tersayang iaitu pada 26 Ogos lalu.
Ads
“Mereka memang sehati sejiwa, kami reda dan saya sempat berjanji kepada arwah Mak akan jaga semua adik beradik,” katanya lagi.
Sejak kebelakangan ini, ada beberapa penyanyi dilihat memilih untuk melancarkan lagu baharu bersempena dengan majlis perkahwinan mereka.
Namun bagi Nadeera Zaini, situasinya sedikit berbeza.
Ini kerana lagu terbaharunya berjudul Peluk, duet bersama Hael Husaini, hanyalah sebuah projek kolaborasi.
Malah menurut Nadeera, ia langsung tiada kena mengena dengan spekulasi dia bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.
“Saya hanya ‘berkahwin’ dalam muzik video sahaja. Realitinya belum ada lagi. Spekulasi itu tidak benar sama sekali. Saya belum terfikir nak mendirikan rumah tangga.
“Calon suami pun belum jumpa, macam mana saya nak kahwin? Saya belum ada insan istimewa itu dan fokus saya ketika ini hanyalah terhadap bidang nyanyian.
“Nak dapat peluang seperti sekarang bukanlah mudah. Jadi, saya fokus dengan hal-hal yang sepatutnya sahaja,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Bukan Lagi Kita itu ditemui ketika menghadiri program MeleTOP, baru-baru ini.
Katanya lagi, soal jodoh diserahkan sepenuhnya kepada perancangan Allah SWT.
“Saya pun tak tahu apa niat orang berkata sebegitu. Saya serahkan segalanya kepada rezeki. Kata orang, untuk mendirikan rumah tangga ini, biarlah kita betul-betul bersedia.
“Kalau Allah kata tahun depan saya berkahwin, kahwinlah saya. Saya percaya jodoh ini akan sampai pada waktu yang tepat,” kongsinya lagi.
Ketika ditanya sama ada kisah kegagalan rumah tangga rakan selebriti membuatkan dirinya takut untuk berkahwin, Nadeera menolak andaian tersebut dan percaya setiap orang melalui perjalanan hidup yang berbeza.
“Nak kata trauma, tidaklah. Nasib dan rezeki seseorang itu tidak sama. Siapa tahu kalau rezeki kita bertemu dengan orang yang tepat,” ujarnya.
Jelas Nadeera, kehidupannya kini penuh dengan rasa syukur dan kebahagiaan, dikelilingi keluarga serta rakan-rakan rapat.
“Ketika ini, saya gembira hidup bersama orang-orang tersayang seperti ibu bapa dan rakan sekerja.
“Ada kalanya, perasaan sunyi itu pasti ada. Namun, ketika ini saya gembira dengan perjalanan kehidupan dan kerjaya. Ketika ini, saya memang berada di fasa gembira.
“Keluarga juga sangat menyokong apa yang saya kecapi saat ini. Mereka juga tidak mendesak saya untuk berkahwin,” akhirinya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan usahawan, Shiha Zikir menjelaskan keputusan menghentikan operasi cawangan kedua Restoran Shiha Zikir Nasi Ayam di Shah Alam, Selangor bukanlah satu kegagalan
Sebaliknya ia dianggap sebagai langkah berani demi bangkit semula dengan perancangan perniagaan yang lebih kukuh selepas ini.
Menerusi satu hantaran di Threads, penyanyi lagu Kalam itu memaklumkan cawangan berkenaan telah menamatkan operasi pada Isnin.
“Dengan hati yang berat, Shiha ingin memaklumkan bahawa cawangan Seksyen 7, Shah Alam telah menamatkan operasi bermula 15 Disember 2025.
“Keputusan ini bukan mudah, tetapi saya percaya ia adalah langkah terbaik buat masa ini,” jelasnya.
Walaupun operasi di Shah Alam dihentikan, Shiha bagaimanapun memberitahu cawangan di Wisma Infinitum, Kampung Baru, Kuala Lumpur masih beroperasi seperti biasa, sekali gus memberi jaminan kepada pelanggan setia.
“Jangan risau ya, cawangan Kampung Baru masih beroperasi seperti biasa dan sentiasa menanti kehadiran anda semua,” kongsinya lagi.
Menurut Shiha, dunia perniagaan menuntut keberanian untuk mencuba, gagal dan bangkit semula, termasuk berani membuat keputusan besar pada masa yang tepat.
“Dalam bisnes, kita kena berani try and error. Selepas hampir dua tahun, saya rasa kena hentikan operasi dulu dan cari lokasi yang lebih strategik dan boleh untung.
“Ini bukan bermaksud saya ‘down’ atau lemah semangat. Sebaliknya, ini satu proses untuk bangkit semula. Daripada terus menanggung kerugian, lebih baik saya ambil langkah ini dan susun semula perancangan,” jelasnya.
Dalam pada itu, Shiha turut meluahkan rasa terharu dengan sokongan pelanggan setia, khususnya mereka yang sering membuat pesanan melalui platform dalam talian.
“Sokongan pelanggan, terutamanya pelanggan tetap di Shah Alam, benar-benar menyentuh hati saya. Ia beri semangat untuk saya terus kuat dan melangkah ke hadapan,” katanya.
Shiha kini mahu memberi fokus sepenuhnya kepada cawangan di Kampung Baru dan terbuka untuk terus mencari lokasi baharu yang lebih sesuai bagi fasa seterusnya.
“Sekarang saya fokus dulu di Kampung Baru. Insya-Allah, saya percaya akan ada jalan yang lebih baik selepas ini,” tambahnya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dalam dunia yang mementingkanimej, kebenaranselalunyamenjadimangsapertama. Namun, bagibarisanpelakon Impiana: Karma, merekamemilihuntukmenanggalkan topeng tersebut, walaupunhanyauntukseketika.
TikTok baru-baruinidigemparkandengansebuahfragmen video yang memaparkansisi paling rentan (vulnerable) barisan bintang drama hit ini.
Tidak hairanlah video tersebutpantastular; dalam era kepura-puraan media sosial, kejujuranadalahkomoditi paling mewah yang dicari oleh peminat.
Video digital istimewabertajuk “Confession Cam” yang kinirancak di lamansosial Astro dan sooka, bukansekadarbahan promosibiasa. Iaadalahsatubentuk psychological deep-dive.
Kita melihat nama-nama besarseperti Fasha Sandha, Mimi Monirah, dan Amir meluahkan‘kisahhitam’ yang sangat relatable dengannaratifgelapsiri drama yang sedang hangat ditayangkan.
Melaluilensakamera, para pelakoninidihujanisoalan-soalantajam yang mencabarprinsip. Namun, apa yang menarik perhatianadalahketenanganmereka.
Pendedahanpenuhinibolehdisaksikan di saluran YouTube Astro Malaysia sebagai “aperitíf” buatpenontonsetia drama ini.
Impiana: Karma adalahsebuahkarya yang membedahanatomiobsesi. Iamembawapenontonkedalamsebuah dewan cermin penuhilusi, di mana sebuahkeluarga yang kelihatansempurna dariluarsebenarnyasedangmereput di dalam.
Kisahinimenelusuritigajiwa yang terperangkapantara ego yang melangit dan tekananhidup yang menghancurkan.
Apabilarahsiamulamemboloskandiridarialmarisimpanan, merekaterjatuhkedalampusaran karma yang tidak mengenal simpati.
Iaadalahperingatanbuatkitasemua: dalammengejar kesempurnaan, sering kalikitakehilanganjiwa.
Saksikanrangkaian drama pilihan yang menggabungkankisahlokal dan antarabangsamelalui Astro One, semuanyadengan hanya RM49.99 sebulan. Strimsehingga 4 peranti.
Tidak sempat di rumah? Teruskanmenonton di aplikasisooka, di mana sahajaandaberada, muatturun dan strimsecara percuma.
Langgansekarang dan nikmatipengalamanhiburantanpa batas!
Siri Impiana: Karma bersiaran pada setiap Rabu dan Khamis, 9 malam di saluranAstro Ria (104), Astro One &sooka.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin tampil memberikan penjelasan susulan dakwaan yang tular menerusi aplikasi Threads berhubung isu pembayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melibatkan pekerja di syarikatnya.