Bintang versatil, Elly Mazlein yang masih berteka-teki mengenai telahan orang ramai bahawa dia kini sudah berbadan dua mengakui suaminya, Mohamad Azlan Che Noh juga menanti-nantikan sekiranya dikurniakan rezeki zuriat pertama mereka.
Menurut Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, dia juga tidak berniat untuk berahsia sebaliknya berjanji akan mengumumkan di platform media sosial sekiranya benar dia sedang hamil.
Dia pada masa sama turut meminta ramai agar mendoakan yang baik-baik.
“Doakan yang baik-baik, sekiranya ada berita yang baik dan ‘confirm’ saya berbadan dua, saya akan bagitahu apa sahaja perkembangan mengenai diri ini.
“Sesuatu yang baik dan bahagia ini… semua tahu saya tidak berahsia mengenai kisah peribadi saya. Cuma saya mohon untuk diberikan masa.
“Suami pun sentiasa menunggu (cahaya mata). Bila sudah sampai, memang akan beritahu dan saya cuba untuk berlaku adil dengan berkongsikan ia di media sosial. Tapi buat masa sekarang ini belum lagi.
Ads
“Harapan saya memang sangat besar,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai reaksi puteri tunggalnya, Putri Sara Sephia yang kini mencecah usia 5 tahun, penyanyi Dusta Cinta itu tidak menafikan pertamat hatinya itu juga sudah menanti adik buat sekian lama.
“Sefhia sejak dulu lagi sudah bertanya mengenai adik. Kita cubalah tengok macam mana Allah SWT aturkan, buka lembaran baharu.
Ads
“Saya mohon… Saya tahu ramai yang sayangkan saya dan sentiasa mendoakan yang baik-baik. Nak tengok anak bersama suami dan Sefhia punyai adik. Saya pun mahu, siapa yang tak nak kan? Doa-doakan,” pintanya lagi.
Sebelum ini tular spekulasi Elly kini sedang hamil selepas sebuah video TikTok Suria FM menampakkan seolah-olah kelihatan baby bump penyanyi tersebut.
Malah sebelum ini menerusi program Muzikal Lawak Superstar, Elly dikatakan kerap memegang perutnya saat mengendalikan program tersebut.
Ads
Elly ditemui ketika majlis pelancaran Program Ramadan Astro yang berlangsung di Astro Bukit Jalil, pada Selasa.
Tahun ini, Elly terpilih sebagai sebahagaian daripada kempen Ramadan Astro ‘Skuad Lembaran Baharu’, yang turut dibarisi Alif Satar, Cik B, Radin ERA, Dina Nadzir Sinar, Shah Gegar, Isha Norshsm dan pasangan karekter animasi Islamik popular, Omar & Hana selaku duta.
Imbas kembali, Elly berkahwin dengan Muhammad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari tahun lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Elly sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014 sebelum bercerai pada 15 Oktober 2015.
Hasil perkahwinan itu, bintang tersebut dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Kenapa ALLAH pilih kita jd singlemom? …sbb ALLAH tau kita mampu hidup tanpa lelaki. ALLAH tau kita kuat, ALLAH xkn uji di luar kemampuan kita.
“Kenapa ALLAH tarik suami dr dlm hidup kita?… sbb ALLAH syg kita n xnk kita bersedih. Setiap apa yg DIA bg, semua ada sbb …percaya dgn apa yg DIA beri pd kita.
“Redha n bersyukur…kerana itu lah hadiah dr DIA…kenapa kita perlu mengeluh? seolah2 kita menolak hadiah ALLAH,” tulisnya.
Pelakon drama Voice Note ini juga turut menambah, dia turut menjalani kehidupan dengan penuh nikmat meski masih sendiri.
“Dan kenapa sisturr masih sendiri hingga skrg? Kerana sisturr tgh menikmati hadiah dr DIA. Yg xde sape pon dpt rasa dan nampak nikmat yg ALLAH beri pd kami…hanya kami je yg dpt rasa.
“So utk singlemom yg ada DM sisturr mintak kekuatan, tgh bersedih, tolong bangkit dan sedar ‘ia’ adalah 1 hadiah yg xternilai yg korang mmg xnmpk apa yg ada di dpn tp DIA lebih tau apa yg dia beri pd kita. Percaya pd perancangan ALLAH.
“Hat ada laki xyh la galak nk jd singlemom pulak. Masing2 ada bahagian masing2..tp kena ingat,suami n anak2 tu hanya pinjaman sj..xyh dok sombong sgt ‘aku berlaki, kau ade??’ ‘Laki aku syg aku’. Mati nnti pon hang dlm kubuq sorg2 jugak bukan dok berketui dgn laki hang,” tulisnya lagi.
Foto: Instagram Rita Rudaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas melahirkan anak keduanya pada 2 Januari lalu, pelakon dan usahawan Mawar Rashid mendedahkah dia kini telah kembali berkerja demi membantu keluarganya.
Mawar atau nama lengkapnya Wan Mawar Shaputri Wan Rashid memaklumkan anak perempuannya, Raden Seri Rossabella Cinta itu juga sudah genap mencecah usia lebih dua bulan.
“Sorry Raden Seri mommy. Mommy terpaksa bekerja walaupun Cinta baru 2 bulan.
Menerusi pautan foto permata hatinya itu, rata-rata peminat memuji kecomelan wajah anak perempuan Mawar di ruangan komen.
Mawar dan suaminya, Raf Yaakob mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raden Muhammad Rafael, yang kini berusia 2 tahun.
Foto: Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan kepada hos dan penyampai radio Suria FM, Issey Fazlisham yang telah pun berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Noor Aimi kini disahkan hamil empat bulan.
Issey atau nama sebenarnya, Fazlisham Mat Hussin, berkata dia berasa syukur dan awalnya terkejut sebaik dimaklumkan mengenai hal itu oleh isterinya.
“Alhamdulillah satu perasaan yang sukar untuk saya gambarkan. Saya agak terkejut dan terharu apabila isteri memaklumkan dia kini hamil.
“Saya dan isteri bersepakat untuk tidak menghebahkan berita ini terlalu awal kerana kandungan ketika itu masih baru.
“Namun selepas membuat pemeriksaan di klinik dan doktor memberikan kad untuk pemeriksaan, barulah saya sedia kongsikannya.
“Walaupun ini adalah kehamilan keempat isteri tapi dia pun teruja sama sebab ini adalah anak pertama kami,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.
Terdahulu Issey turut berkongsi berita tersebut di Instagram dan akaun rasmi YouTube miliknya sambil merakamkan gelagat spontan tiga anak mereka, Muhammad Uqashah, Muhammad Qayyum, dan Cataleya Humairah.
Sebelum berkahwin dengan Issey, Aimi adalah ibu tunggal anak tiga hasil perkongsian hidup dengan arwah suami.
Sementara itu, dia yang berasal dari Kelantan turut berkongsi mengenai reaksi anak-anak.
“Kalau dilihat pada video yang dikongsikan memang seperti tiada perasaan atau ‘krik-krik’ tapi selepas itu macam-macam soalan mereka tanya kami.
“Insha-Allah Aimi dijangka bersalin pada bulan Ogos ini. Kami masih belum membuat keputusan sama ada Aimi bersalin di sini atau di kampung halaman kami di Kelantan.” Katanya.
Issey dan Aimi berkahwin pada 22 Disember 2019 di Kota Bharu, Kelantan.
Menerusi Instagram, para peminat serta rakan artis juga menzahirkan rasa syukur selain menitipkan ucapan tahniah buat dia dan isteri.
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.