Tahniah diucapkan kepada hos dan penyampai radio Suria FM, Issey Fazlisham yang telah pun berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Noor Aimi kini disahkan hamil empat bulan.

Issey atau nama sebenarnya, Fazlisham Mat Hussin, berkata dia berasa syukur dan awalnya terkejut sebaik dimaklumkan mengenai hal itu oleh isterinya.

“Dia Teruja Sama Sebab Ini Anak Pertama Kami,” – Isteri Dijangka Bersalin Ogos, Makin Besar Famili Issey Fazlisham

“Alhamdulillah satu perasaan yang sukar untuk saya gambarkan. Saya agak terkejut dan terharu apabila isteri memaklumkan dia kini hamil.

“Saya dan isteri bersepakat untuk tidak menghebahkan berita ini terlalu awal kerana kandungan ketika itu masih baru.

“Namun selepas membuat pemeriksaan di klinik dan doktor memberikan kad untuk pemeriksaan, barulah saya sedia kongsikannya.

“Walaupun ini adalah kehamilan keempat isteri tapi dia pun teruja sama sebab ini adalah anak pertama kami,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.

IKLAN

“Dia Teruja Sama Sebab Ini Anak Pertama Kami,” – Isteri Dijangka Bersalin Ogos, Makin Besar Famili Issey Fazlisham “Dia Teruja Sama Sebab Ini Anak Pertama Kami,” – Isteri Dijangka Bersalin Ogos, Makin Besar Famili Issey Fazlisham

Terdahulu Issey turut berkongsi berita tersebut di Instagram dan akaun rasmi YouTube miliknya sambil merakamkan gelagat spontan tiga anak mereka, Muhammad Uqashah, Muhammad Qayyum, dan Cataleya Humairah.

“Dia Teruja Sama Sebab Ini Anak Pertama Kami,” – Isteri Dijangka Bersalin Ogos, Makin Besar Famili Issey Fazlisham “Dia Teruja Sama Sebab Ini Anak Pertama Kami,” – Isteri Dijangka Bersalin Ogos, Makin Besar Famili Issey Fazlisham

Sebelum berkahwin dengan Issey, Aimi adalah ibu tunggal anak tiga hasil perkongsian hidup dengan arwah suami.

IKLAN

Sementara itu, dia yang berasal dari Kelantan turut berkongsi mengenai reaksi anak-anak.

“Kalau dilihat pada video yang dikongsikan memang seperti tiada perasaan atau ‘krik-krik’ tapi selepas itu macam-macam soalan mereka tanya kami.

“Insha-Allah Aimi dijangka bersalin pada bulan Ogos ini. Kami masih belum membuat keputusan sama ada Aimi bersalin di sini atau di kampung halaman kami di Kelantan.” Katanya.

Issey dan Aimi berkahwin pada 22 Disember  2019 di Kota Bharu, Kelantan.

IKLAN

“Dia Teruja Sama Sebab Ini Anak Pertama Kami,” – Isteri Dijangka Bersalin Ogos, Makin Besar Famili Issey Fazlisham

Menerusi Instagram, para peminat serta rakan artis juga menzahirkan rasa syukur selain menitipkan ucapan tahniah buat dia dan isteri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by issey (@isseyfazlisham)

“Dia Teruja Sama Sebab Ini Anak Pertama Kami,” – Isteri Dijangka Bersalin Ogos, Makin Besar Famili Issey Fazlisham “Dia Teruja Sama Sebab Ini Anak Pertama Kami,” – Isteri Dijangka Bersalin Ogos, Makin Besar Famili Issey Fazlisham “Dia Teruja Sama Sebab Ini Anak Pertama Kami,” – Isteri Dijangka Bersalin Ogos, Makin Besar Famili Issey Fazlisham

Ikuti video penuh pengumuman ahli keluarga baru kepada anak-anaknya di sini;

https://youtu.be/ICovunv4His

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI