Pelakon, Ruhainies memberitahu dia amat mementingkan penjagaan rambut selain kulit wajah.
Sebagai seorang pengiat seni, Ruhainies atau nama lengkapnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas mengakui berasa sedikit cerewet mengenai penjagaan diri.
Dalam pada itu, bintang drama bersiri Jejak Karmila ini mendedahkan dirinya juga tidak melakukan kaedah sambung rambut atau ‘hair extension’ bagi mendapatkan ilusi rambut yang lebih tebal.
“Yes this is my real hair! No extensions no nothing. selain anis mementingkan penjagaan kulit, anis juga sangat cerewet and very particular when i comes to penjagaan rambut.
“Ye lah dah semakin berusia kan rambut pun makin cepat gugur dan rapuh sebab hari2 anis akan blow rambut dan curl my hair guna curler panas tu. especially bila nak attend events dan shooting.
“As for now, all i can say and share, anis always consume @hellobabes_official as my daily supplements untuk kekalkan rambut yang sihat dan cantik!
“Not only that, penjagaan shampoo juga penting! Cuba teka anis pakai shampoo apa? sapa betul anis akan pin comment dia!,” tulisnya sambil memberikan kredit.
Foto: Instagram Ruhainies
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bila Sudah Cukup bersedia, Saya Akan Kongsikan,” – Hisyam Hamid Ulas Status Rumah Tangga
Pelakon Hisyam Hamid masih belum bersedia untuk mengulas lanjut mengenai status rumah tangganya bersama isteri, Rosmawati Hanafi atau Mel ketika ini, selepas timbul dakwaan sedang ditimpa ujian.
Mengharapkan yang terbaik, Hisyam, 39, menjelaskan dia perlu mempertimbangkan banyak perkara sebelum berkongsi kisah peribadi kepada umum.
“Dalam setiap perkahwinan sudah tentu ada pasang surutnya. Apa yang saya boleh katakan sekarang, saya belum bersedia untuk mengulas tentang perkara ini.
“Tunggulah apabila saya sudah cukup bersedia, saya akan kongsikan. Banyak faktor yang perlu saya ambil kira. Terutamanya melibatkan soal jaga hati dan perasaan anak-anak.
“Saya faham sebagai public figure, orang nak tahu tentang diri kita. Saya faham ramai peminat yang sering bertanya dan ada juga yang mendoakan,” katanya kepada MH.
Hisyam berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka & Sambutan 25 Tahun Global Stesen Sdn Bhd di Kemensah Heights, Kuala Lumpur, malam tadi.
Dalam pada itu, Hisyam mengakui hubungannya bersama Rosmawati masih baik malah mereka sekeluarga turut meraikan Aidilfitri bersama pada April lalu.
Aktor itu menambah, isterinya juga kini masih menguruskan kerjaya seninya.
“Hubungan kami sampai sekarang masih okay. Hari raya tempoh hari pun kami keluar bersama anak-anak, tiada masalah daripada segi hubungan.
“Malah dia (isteri) masih menguruskan kerjaya saya sebagai seorang pelakon. Tiada masalah,” katanya lagi.
Pada Oktober tahun lalu, Hisyam pernah menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa dia dan isteri sudah berpisah.
Kata Hisyam, dia mengambil pendekatan untuk menjaga nilai eksklusiviti dengan tidak terlalu berkongsi kisah peribadi di media sosial.
Bagaimanapun, status rumah tangga pelakon asal Singapura itu masih lagi menjadi bualan netizen sehingga kini.
Untuk rekod, Hisyam mendirikan rumah tangga dengan Rosmawati pada 2006.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15 tahun.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Akui Pernikahan Kami Dapat Tentangan Keluarga, Kami Akan Harungi Bersama,” – Marissa
Anak kepada pasangan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim memohon maaf kerana mengambil masa yang agak lama untuk membuka mulut mengenai kontroversi pernikahannya dengan jejaka berstatus suami orang dikenali Aslam secara senyap pada Disember tahun lalu.
Memetik laporan Harian Metro, Marissa maklumkan dirinya harus mengambil kira pelbagai aspek termasuklah nama baik keluarga.
“Saya mohon maaf kerana sudah melukakan hati banyak pihak termasuk keluarga.
“Saya bukan mahu mengelak atau melarikan diri, sebaliknya saya mahu menjaga nama baik keluarga dan semua pihak yang terbabit,” katanya seperti yang dipetik.
Katanya lagi, dia dan Aslam kini sedang beruasaha untuk memperbaiki segala kemelut yang sedang melanda keluarga mereka saat ini.
“Ini adalah jalan yang saya dan Aslam pilih (hidup berpoligami). Jadi saya mohon semua pihak beri ruang untuk kami menyelesaikan masalah rumah tangga tanpa campur tangan pihak luar.
“Insya-Allah semuanya akan baik-baik saja. Saya sedang berusaha ke arah itu dan doakan semoga semuanya berjalan lancar,” katanya.
Ditanya mengenai hubungannya bersama suami denga keluarga kedua-dua belah pihak, ini jawapan yang diberikan oleh Marissa;
“Saya akui pernikahan kami mendapat tentangan daripada keluarga. Tiada ibu bapa yang bersetuju dengan pilihan seperti ini, lebih-lebih lagi usia saya yang masih muda.
“Saya dan Aslam tidak mahu hubungan kekeluargaan ini terputus atau dilanda masalah. Jadi kami kuatkan semangat dan harunginya bersama.
“Walau apapun rintangan yang datang, saya dan Aslam akan cuba selesaikan masalah yang berlaku satu demi satu,” kongsinya lagi.
Dalam masa sama, Marissa enggan menyentuh atau memberi sebarang komen mengenai hubungan dengan madunya, Umisya Mazlan.
“Doakan semoga semuanya baik-baik saja untuk kami berdua,” akhirinya.
Sekadar informasi, Aslam dan Marissa berkahwin di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.
Kisah pasangan ini tular apabila Marissa didakwa sebagai orang ketiga dalam hubungan rumah tangga Aslam dan isterinya, Umisya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Marissa Dania Hakim & Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mommy Syira Kecewa Soal Kosmetik Timbang Kilo, Isu Sudah Lama Sensasi Di Media Sosial!
Ketua Pegawai Eksekutif yang juga pengasas Charms, Nur Bashirah Hussin atau lebih dikenali dengan sapaan Mommy Syira mengingatkan pengguna supaya berhati-hati ketika membuat pilihan terhadap produk kecantikan di pasaran yang menjanjikan perubahan dengan pantas atau ‘sekelip mata’.
Ini kerana, setiap produk kecantikan sebenarnya perlu diproses di kilang yang mempunyai kelulusan Amalan Pengilangan Baik (GMP), Kementerian Kesihatan (KKM) serta lulus ujian makmal sebelum di pasarkan.
“Saya berasa amat kecewa dan terkilan apabila masih ramai lagi pengguna yang masih mendapatkan produk kosmetik tiruan di pasaran yang dicemari kotoran dan berbahaya untuk kesihatan.
“Bahan produk kosmetik timbang kilo ini kebiasannya tidak mengutamakan kebersihan serta mengandungi campuran bahan meragukan serta dihasilkan tanpa penyelidikan dan analisis makmal.
“Disebabkan itu, ramai pengguna yang mengadu wajah mereka mengalami kegatalan, kulit makin berjerawat, menggelupas, kulit terbakar, melepuh dan muncul tompok hitam jeragat,” katanya.
Terdahulu, produk kosmetik tiruan di pasaran amat membahayakan dan isu ini sebenarnya sudah lama diperkatakan hingga mencetuskan sensasi di media sosial.
Penggunaan produk tiruan atau kosmetik timbang kilo yang tidak terkawal mampu mengancam nyawa serta memberi kemudaratan kepada kesihatan pengguna pada jangka masa panjang.
Lebih membimbangkan bahan-bahan terlarang seperti hydroquinone, merkuri dan tretinoin antara yang dikesan paling banyak terdapat dalam produk timbang kilo di pasaran ketika ini.
Tambahnya lagi, kandungan merkuri dan tretinoin yang tidak terkawal dalam produk kosmetik timbang kilo bakal memberi risiko tinggi kepada pengguna apabila berdepan masalah seperti ruam dan iritasi pada kulit, juga penyakit kronik seperti buah pinggang dan kerosakan saraf.
Lalu, Charms tampil memberikan yang terbaik kepada para pengguna dalam masa sama tidak mengabaikan kualiti produk serta menitikberatkan soal keselamatan produk.
Pihaknya kini sedang bekerjasama dengan Pusat Penyelidkan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) bagi menjalankan kajian analisa produk mengenai anti penuan, komposisi kimia serta validasi halal terhadap kesemua produk kecantikan yang diusahakan.
Menurutnya, kajian dan analisa produk yang menelan kos lebih RM50,000 itu akan mengambil masa selama enam bulan sejak November lalu sebelum keputusan ujian dikeluarkan.
“Pihak UTHM juga akan mengambil masa 18 bulan bagi menerbitkan jurnal berkaitan serta memasuki pertandingan produk kosmetik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Keseluruhan kos yang berjumlah lebih RM50,000 akan digunakan dalam menjayakan keseluruhan projek ini.
“Kerjasama dua hala ini juga selaras dengan saranan kerajaan Malaysia dalam melahirkan tenaga mahir mencukupi yang sesuai dengan keperluan sektor dimana para pelajar UTHM akan menjadi pembantu penyelidik dalam kajian yang dijalankan seterusnya mereka bakal menimba pengalaman sebelum ke dunia sebenar.
“Kami berharap jalinan kerjasama ini sentiasa berterusan dan menjadi titik permulaan kearah industri pengusaha produk yang lebih baik,” katanya.
Diperkenalkan sejak tahun 2012, Charms dihasilkan dari bahan-bahan selamat, bersih dan halal mengikut Syarak serta mendapat pengiktirafan Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), bernotifikasi dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI