Satu perkongsian doa daripada selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa di Instagram menarik perhatian ramai.

Menerusi lampiran yang disertai dengan maksud itu, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohamad Noor, 31, juga meminta ramai untuk mendoakannya dalam doa semua.

“Doakan Saya…,” – Perkongsian Neelofa Curi Perhatian, Instagram Dihujani Komen Baik-Baik, Tak Sabar Tunggu Hari Bahagia! “Doakan Saya…,” – Perkongsian Neelofa Curi Perhatian, Instagram Dihujani Komen Baik-Baik, Tak Sabar Tunggu Hari Bahagia!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

“Dengan rahmatMu aku meminta pertolongan ya Allah. Doakan saya dalam doa-doa kalian,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen.

Malah, posting sama turut dikongsikan bekas hos program MeleTop itu menerusi Insta Stories.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan mengenai sebab dan butiran lebih jelas sebab perkara tersebut dikongsikan Neelofa.

IKLAN

“Doakan Saya…,” – Perkongsian Neelofa Curi Perhatian, Instagram Dihujani Komen Baik-Baik, Tak Sabar Tunggu Hari Bahagia!

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis mendoakan yang baik-baik buat figura asal Kelantan ini selain ada juga yang membayangkan ia bersempena dengan hari bahagianya yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Ameen, cant wait for your big day,” tulis seorang individu.

“Amin… Always doakan. Semoga dipermudahkan segala yang dirancang,” itu kata positif yang ditulis seorang lagi individu.

IKLAN

“Semoga dipermudahkan segala urusan Lofa seperti yang dirancang. Amin ya Mujib. Tak sabar nak tunggu hari bahagia Lofa dan Haris,” komen seorang lagi pengguna Instagram.

Terdahulu, spekulasi mengenai perkahwinannya bersama Haris Ismail, atau PU (Pencetus Ummah) Riz yang didakwa akan berlangsung minggu ini menjadi bualan di media sosial.

Bagaimanapun sehingga kini tiada bukti kukuh berhubung tarikh bahagia yang disebut-sebutkan itu.

Media sebelum ini ada melaporkan kenyataan Neelofa yang menafikan dakwaan yang tular di Internet bahawa dia sudah melangsungkan perkahwinan dengan Riz dan dinikahkan bapa kandungnya di Kelantan.

IKLAN

Pada masa sama, Neelofa turut menafikan tuduhan yang mendakwa kononnya dia terkena ubat pengasih dan memindahkan sejumlah wang yang banyak kepada pendakwah muda itu.

“Doakan Saya…,” – Perkongsian Neelofa Curi Perhatian, Instagram Dihujani Komen Baik-Baik, Tak Sabar Tunggu Hari Bahagia!

Malah, status hubungan mereka turut mendapat perhatian ramai apabila Neelofa dikatakan tidak lagi mengenakan cincin merisik pemberian keluarga Riz.

Bagaimanapun pada awal tahun ini, Juara Dewi Remaja 2009/10 itu dilihat ada memakai cincin terbabit  semula di jari manisnya, sekaligus membayangkan hubungan di antara keduanya masih baik.

Foto: Instagram Neelofa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI