“BismillahiMashaAllah, pada 20 Mei yang lalu, kami sangat bersyukur diatas kelahiran puteri kami.
“Assalamualikum ya Nur Aria Mikayla Muhamad Faris,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon filem Rentap ini turut berharap agar semua pihak dapat menitipkan doa buat anaknya itu agar menjadi insan yang berguna serta berjaya di dunia dan akhirat.
Ads
“Doa adalah penguat setiap harapan.
Doakan puteri kami menjadi antara pemudi solehah yang diberikan kerahmatan berpanjangan, kasih sayang yang tidak henti, tidak putus rezeki di dunia dan di akhiratnya lagi dihiasi dengan kilauan kebaikan budi dan ketinggian pekerti,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa teruja selain turut memuji wajah comel bayi tersebut.
“Ya Allah Aria. Comel sangat. Eh geramnya tengok bibir dia tu,” komen pengacara, Uyaina Arsyad.
Ads
“MasyaAllah. Assalamualaikum Aria sayang. Congratulations El my love,” balas pelakon, Nur Fazura.
“MasyaAllah, semoga membesar menjadi anak solehah,” kata penyanyi, Rafidah Ibrahim.
Penyanyi dan komposer Ippo Hafiz memohon doa ramai agar mendoakan kesejahteraan isterinya, Fara Roslan yang kini menantikan detik melahirkan anak sulung mereka.
Dijangka bakal melahirkan anak lelaki, Ippo sebelum ini turut mendedahkan dia dan isteri sudah pun mempunyai nama buat permata hati sulung.
“Kepada yang mengenali Wife ippo @fararoslanx, Ippo mewakili memohon maaf andai ada terkasar bahasa atau salah & silap.
“Dan ippo pun memohon maaf untuk diri ippo juga,mohon doakan bidadari ippo selamat bersalin “Yusuf Zarin Nur” dipermudahkan segalanya Amin.
“I love you so muchhh sayang, semoga rezki buat seluruh keluarga ippo dengan kehadiran Anugerah Allah ini,” tulisnya menerusi kapsyen entri di Instagram.
Menerusi ruangan komen pula, ada rakan selebriti telah memberikan respon terhadap foto yang dikongsikan usahawan madu lebah itu.
Terdahulu, Shuib dianugerahkan Prestigious Leader In Retail Chain & Lifestyle Industry menerusi perniagaan madu, Bee Factory yang diusahakan kira-kira tujuh tahun lalu.
Majlis penyampaian anugerah berkenaandisampaikan pada majlis Malaysia Prestigious Industry Award 2019 (MPIA) pada 10 November lalu.
Pada masa sama, suami kepada penyanyi Siti Sarah Raissuddin itu juga turut mengamalkan bacaan surah al-Waqiah serta memperbanyakkan amalan bersedekah dalam kehidupan sehari-hari.
Foto: Instagram Shuib
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara Nana Mahazan memaklumkan dirnya kini mengeluarkan dua produk makanan terbaharu iaitu Sambal Bilis dan Sambal Bilis Petai di bawah jenamanya, Selauk Nana.
Di samping mempromosikan produk tersebut bersama pengikut di laman media sosial Instagram, hos berusia 38 tahun ini turut imbau kenangan menu Lempeng air tangan ibunya.
Oleh kerana berasa terlalu rindu dengan ibunya, bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim pertama ini dilihat telah menyediakan menu ringkas tersebut.
Pada masa sama, Nana menambah ibunya sering sediakan juadah berkenaan sewaktu dia kanak-kanak.
“Aku buat lempeng masa ‘Live’ kat Facebook dan masa suapan pertama aku menangis sebab mengingatkan aku dengan Mak, aku rindu gila dekat Mak dan lempeng ni aku dah lama tak buat dekat 10 tahun.
“Aku tak pernah dapat rasa lempeng yang sesedap macam mana Mak buat tapi hari ini sebab teringin sangat nak makan dengan sambal ikan bilis jadi aku pun buat.
“Suapan pertama saya rasa sangat Ajaib, saya teringat zaman kanak-kanak saya sebab saya membesar dulu sebelum pergi sekolah Mak akan buat lempeng,” katanya.
Sekadar informasi, Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan dilahirkan pada tanggal 1 Julai 1983 di Muar, Johor Darul Takzim.
Foto: Instagram Nana Mahazan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nora Danish menzahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli, berjaya menamatkan pengajian di Kolej Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Turut hadir...