Pelakon dan pengacara Elfira Loy terharu apabila dijemput oleh jenama kecantikan Wardah Beauty untuk menghadiri majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Paragon Wardah dan Al Mujadilah Women Center di Doha, Qatar.
Kerjasama global ini menandakan penubuhan pusat pembelajaran perintis dan masjid pertama di rantau berkenaan khusus untuk wanita Muslim.
“Saya benar-benar merasa dihormati kerana berpeluang terbang ke Doha, Qatar, untuk menyaksikan kerjasama global antara Paragon Wardah dan Al Mujadilah.
“Ia sekaligus menghubungkan iman dan kepimpinan global,” kata Elfira.
Dialog Kepimpinan: Suara Wanita Diangkat
Dalam pada itu, Elfira turut menghadiri Dialog Kepimpinan Wanita Global bertema “Leading with Purpose: Women in Faith, Business, and Global Policy”.
Ads
Sesi itu menampilkan tokoh terkemuka antaranya Dr. Sohaira Siddiqui, H.E. Retno Marsudi dan Dr. Sari Chairunnisa serta dimoderatorkan oleh duta jenama Wardah, Dewi Sandra.
“Mendengar panel-panel hebat berbincang tentang kepimpinan wanita benar-benar memberi inspirasi dan mencetuskan pemikiran.
“Pandangan mereka membuatkan saya meremang dan memberi saya visi baharu untuk masa depan,” ujar Elfira, yang turut tersentuh dengan pesanan Retno Marsudi mengenai impak pendidikan wanita terhadap keluarga dan masyarakat.
Pada majlis sama, Wardah mengumumkan pelantikan Dr. Sohaira Siddiqui sebagai Ahli Lembaga Paragon Wardah Stewardship for Global Impact.
Ads
MoU Wardah–Al Mujadilah & Pembangunan Wanita
Menurut Amalia Sarah Santi, EVP dan Ketua Pegawai Perniagaan Global ParagonCorp, surah Al Mujadilah mengangkat martabat suara wanita.
“Kerjasama ini bakal memfokuskan dua inisiatif utama: pembangunan kapasiti dan ekosistem global yang membolehkan wanita berkembang serta memberi impak.
Ads
“Meninggikan suara bukanlah tanda kehilangan rasa malu, tetapi perbuatan keimanan… Kolaborasi ini akan melahirkan program konkrit bagi memperkasakan kepimpinan wanita,” jelas Amalia.
MoU berkenaan telah disaksikan oleh H.E. Retno Marsudi, Dr. Sari Chairunnisa dan delegasi ParagonCorp pada 18 Mei lalu di Al Mujadilah Women Center.
Elfira Loy menyifatkan pengalaman tersebut sebagai momen bersejarah yang membuka mata tentang kekuatan solidariti dan kepimpinan wanita di persada global.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Izzue Islam telah mengejutkan orang ramai apabila dia membuat pengakuan akan mengundurkan diri daripada kumpulan Forteen sebaik sahaja Gegar Vaganza 5 melabuhkan tirai malam ini.
Jelas Izzue ketika bersiaran langsung menerusi GV Live+ yang dihoskan Vicca dan Ali, dia memberitahu bahawa pengundurannya itu disebabkan tiada persefahaman antara ahli kumpulan lain dan telah bersedia untuk membawa haluan sendiri.
“Apabila persefahaman tidak ada, lebih baik saya undur diri.
“Benda ini pernah jadi beberapa kali dan saya tidak mahu ia berulang kembali,” katanya tenang.
Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan menjelaskan bahawa pengundurannya bukan disebabkan kegagalan Forteen untuk melayakkan diri ke peringkat akhir Gegar Vaganza 5, sebaliknya dia tidak lagi sesuai untuk kekal dengan kumpulan tersebut.
“Sejujurnya, saya memang tidak layak untuk menyertai Gegar Vaganza kerana kualiti persembahan saya kurang bagus.
“Saya serius. Cukuplah setakat sampai di sini. Lagi pun Foreteen dah wujud sejak tahun 2011 lagi,” kata Izzue lagi.
Untuk rekod, lagu Berdua Bersatu, Kita dan Dekat Tapi Jauh antara lagu hits kumpulan yang terdiri daripada daripada Amer, Ariz dan One.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan dan selebriti, Neelofa Mohd. Noor bersama suaminya, Muhammad Haris Mohd. Ismail atau PU Riz ke Kelantan baru-baru ini bersempena dengan Majlis Korban Perdana Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan di Tunjong, Kota Bharu.
Menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa, mereka turut menyumbangkan tujuh ekor lembu termasuk dua ekor daripada baka import jenis Charolais bagi tujuan korban.
Ia seterusnya akan diagihkan kepada golongan asnaf di negeri kelahiran bekas hos MeleTOP itu.
Memetik Utusan Online, Neelofa berkata, menerusi majlis korban tersebut, seramai 850 penerima termasuk anggota JBPM Kelantan turut menerima agihan daging berkenaan.
Tambahnya lagi, selain Kelantan majlis korban turut berlangsung di Perak, Kedah dan Selangor.
“Sebanyak 15 ekor lembu dikorban pada tahun ini di semua kawasan terlibat,” katanya dalam sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Pengarah JBPM Kelantan Zainal Madasin.
Sementara itu, PU Rizz memberitahu, sebanyak 62 ekor lembu telah dikorbankan sepanjang sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun lalu.
Katanya, jumlah tersebut melibatkan lebih 6,000 penerima yang terdiri daripada golongan asnaf.
“Untuk tahun hadapan, kita sasarkan untuk membantu lebih ramai lagi penerima.
“Kita akan menjalinkan kerjasama dengan agensi lain seperti yang dilakukan dengan JBPM,” katanya.
Terdahulu, Neelofa turut memuat naik momen sepanjang majlis menerusi beberapa lampiran di Insta Story Instagtam miliknya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Utusan Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“90 peratus hal rumah tangga yang didedahkan di media sosial biasanya tidak dapat diselamatkan.”
Demikian kata pendakwah bebas dan motivator, Ustaz Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusof sebagai mengulas tindakan sesetengah suami isteri yang berkongsi mengenai kemelut rumah tangga mereka di alam maya yang sekali gus boleh membuka aib pasangan.
Ustaz Mohammad Yaakub Yusra yang juga Pengarah Urusan Murtadha Dakwah Centre (MADAD) berkata, hal tersebut bukanlah menjadi jalan terbaik dalam menyelesaikan konflik rumah tangga yang berlaku.
“Sebab itu, saya boleh katakan ia suatu yang normal bila kita berumah tangga akan menghadapi masalah.
“Maka jangan menggunakan media sosial kerana di situ percayalah, lebih ramai orang yang ‘bertepuk tangan’ di atas musibah yang kita hadapi. Berbanding yang nak mendoakan kebaikan.
“Nasihat saya, apapun masalah yang berlaku biarlah apa yang berlaku di dalam (rumah tangga), kekallah di dalam. Pada masa sama kita cari jalan penyelesaian.
“Kalau Allah SWT izinkan… tidak panjang jodoh sekalipun, sekurang-kurangnya kita masih lagi boleh berkawan, mungkin kerana anak dan sebagainya.
“Kita dengan mak ayah pasangan sebagai mertua (pertalian) sampai sepanjang hayat. Jadi tak perlu bergaduhlah,” katanya lagi.
Ustaz Mohammad Yaakub Yusra berkata demikian ketika ditemui di Majlis Penyampaian Profesional Certificate & Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Asri Ahmad Academy dan Maahad Integrasi MADAD di Hotel Tenera, Bangi, baru-baru ini.
Jelasnya lagi, tindakan membuka pekung pasangan juga antara salah satu dosa besar yang tidak sepatutnya dilakukan oleh sesiapa pun.
“Jelas, nabi sebut dalam hadis, di antara perkara yang membawa kepada dosa besar ialah menyebarkan aib pasangan, tak kisah suami, isteri atau pun ahli keluarga terdekat,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hampir dua tahun tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Datin Niena Baharun menafikan dakwaan bahawa suaminya tidak mengizinkannya meneruskan kerjaya seni.