Anugerah Grammys semestinya antara malam penuh bermakna yang meraikan para pemuzik Antarabangsa bagaimanapun, pada tahun ini, ia tidak kelihatan sedemikian apabila beberapa nama besar tidak hadir di Anugerah Grammys Tahunan ke-60, pagi tadi (waktu Malaysia)
Antara yang MH perasan tentunya penyanyi popular, Ed Sheeran yang tidak kelihatan di majlis tersebut. Mungkin terlalu sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan bersama kekasihnya sampai sanggup tak berkesempatan naik pentas untuk terima Anugerah ‘Best Solo Pop Performance’.
Selain itu, nama besar yang Missing in action (M.I.A) seperti Justin Bieber. Untuk pengetahuan pembaca, Luis Fonsi dan Daddy Yankee muncul untuk membuat persembahan lagu berhantu mereka, ‘Despacito’ tetapi penyanyi yang mengangkat lagu ini langsung tidak kelihatan!
Dalam pada itu, terdapat juga nama-nama besar lain yang tidak menghadiri majlis berprestij tersebut. Antaranya ialah;
1. Halsey
2. Justin Timberlake
3. John Mayer
Hmmm pelik pula rasanya nama-nama besar ini langsung tidak kelihatan ketika majlis ini berlangsung.
Acara ini telah dihoskan oleh James Corden buat kali kedua serta diadakan di Madison Square Garden, New York dengan tema #TimesUp.
Sementara itu, Bruno Mars menepati ramalan apabila menang besar dalam majlis berprestij tersebut dengan memenangi tiga kategori utama iaitu Rakaman Terbaik, Album Terbaik dan Lagu Terbaik.
Tahniah MH ucapkan pada pemenang!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI