Bintang terkenal Bollywood, Deepika Padukone telah dilantik sebagai duta baharu jenama terkenal Perancis, Louis Vuitton. Dengan pelantikannya ini, dia mencipta sejarah sebagai selebriti India pertama yang diangkat sebagai duta.

Dia dilihat sering menggayakan pakaian dan juga aksesori Louis Vuitton bahkan pada tahun 2020 dia menjadi selebriti India pertama yang menghiasi iklan jenama tersebut bersama Lea Syedoux dan Sophie Turner.

“Dulu Tak Pandang Sebab Tahu Tak Mampu,” – Kini Deepika Padukone Jadi Selebriti India Pertama Dipilih Sebagai Wajah Louis Vuitton
Deepika dalam persalinan Louis Vuitton.

Wanita anggun ini memiliki pengalamnnya yang tersendiri dengan jenama mewah ini. Ketika ini dia mungkin boleh membeli apa sahaja daripada Louis Vuitton namun apabila mengimbau kembali masa lalu, ada cerita yang beliau kongsikan

“Apabila anda berumur 18 tahun dan baru sahaja mendapat gaji sendiri, anda tidak akan pandang ke dalam Louis Vuitton jika melaluinya kerana tahu anda tidak akan mampu untuk membelinya.

“Ada perkara yang memberikan kita aspirasi dan ada perkara yang langsung tidak terjangkau. Penglibatan saya dengan jenama ini adalah perkara kedua yang saya sebutkan tadi. Saya seorang yang sangat praktikal, pragmatik dalam realiti, tetapi saya terpaksa mencubit diri saya sendiri kerana saya tidak percaya ini benar,” ujarnya menerusi laporan CNN.

“Dulu Tak Pandang Sebab Tahu Tak Mampu,” – Kini Deepika Padukone Jadi Selebriti India Pertama Dipilih Sebagai Wajah Louis Vuitton

IKLAN

Aktres berusia 36 tahun ini yang terkenal menerusi lakonannya dalam pelbagai filem bukanlah asing bagi jenama ini. Deepika telah muncul dalam lebih 30 filem, termasuk “Padmaavat” yang merupakan salah satu filem India dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman.

Dia baru-baru ini dinamakan sebagai sebahagian daripada sembilan orang juri di Festival Filem Cannes tahun ini. Seiring dengan kejayaannya sebagai pelakon, dia dikatakan dan memperoleh pendapatan dengan anggaran USD6 juta pada 2019, menurut edisi terkini senarai 100 Selebriti oleh Forbes India.

BACA JUGA: Priyanka Chopra & Nick Jonas Akhirnya Kongsi Gambar Anak Sulung Selepas 100 Hari Berada Di Unit Rawatan Rapi Bayi

IKLAN

“Dulu Tak Pandang Sebab Tahu Tak Mampu,” – Kini Deepika Padukone Jadi Selebriti India Pertama Dipilih Sebagai Wajah Louis Vuitton

Pengumumannya sebagai duta baharu Louis Vuitton hadir selepas dia dilihat menjadi wajah muka hadapan majalah Vogue India. Menjadikan momen itu lebih menarik, Deepika menggayakan pakaian dan aksesori jenama tersebut untuk penggambaran majalah terkenal itu.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

IKLAN

Kredit foto: Instagram Deepika Padukone

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI