Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow mahu membuktikan bahawa artis hip hop juga mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama penyanyi-penyanyi ternama tanah air untuk sama-sama beraksi di pentas-pentas berprestij.

Menurut Joe, artis hip hop perlu mempunyai impian besar dan dia bersedia untuk membuka jalan bagi memastikan impian tersebut tercapai.

“Dulu Menari Breakdance Kena Halau, Kini Jadi Acara Olimpik,”- Artis Hip Hop Juga Layak Beraksi Di Pentas Berprestij, Joe Flizzow Sedia Buka Jalan

“Setiap kali kami dapat beraksi di pentas-pentas besar, ia merupakan peluang untuk membuktikan yang kami layak untuk berada di situ. Kami yang saya maksudkan itu adalah artis-artis hip hop.

“Membuat persembahan di atas pentas bersama nama-nama besar ini adalah peluang untuk memberikan motivasi dan inspirasi kepada lapisan artis-artis baharu.

“Saya nak tunjukkan bahawa ini tahap yang mereka boleh capai. Bukan nak kata saya bagus tapi saya ada peluang untuk buat persembahan bersama band orkestra dan artis ternama,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu Apa Khabar berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Divas & Diamonds 2024 baru-baru ini.

IKLAN

Pada masa sama, Joe kini teruja apabila stigma terhadap budaya hip hop kini sudah berubah.

“Dulu Menari Breakdance Kena Halau, Kini Jadi Acara Olimpik,”- Artis Hip Hop Juga Layak Beraksi Di Pentas Berprestij, Joe Flizzow Sedia Buka Jalan

“Muzik hip hop ini tiada batasnya. Lihat sendiri temasya Sukan Olimpik Paris 2024, ada acara breakdance. Kena ingat, 20 tahun lepas, kalau penari breakdance menari di tengah Kuala Lumpur, mereka akan kena halau.

“Kini beratur orang nak bergambar dengan mereka. Itu menunjukkan walaupun muzik hip hop ini melalui banyak cabaran, kita telah berjaya tempuh dan harungi.

IKLAN

“Tugas saya juga sebagai seorang yang lebih veteran adalah untuk membuka pintu-pintu buat artis hip hop tempatan agar mereka juga dapat kesempatan seperti ini,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Joe turut memuji karya-karya artis hip hop terutamanya para pendatang baharu yang kini kerap mengungguli carta muzik tempatan.

“Dulu Menari Breakdance Kena Halau, Kini Jadi Acara Olimpik,”- Artis Hip Hop Juga Layak Beraksi Di Pentas Berprestij, Joe Flizzow Sedia Buka Jalan

“Data menunjukkan muzik Hip Hop sebagai genre yang diterima ramai daripada semua lapisan masyarakat. Sebagai contoh lagu daripada artis baharu, 53 Studios iaitu PP Di Bukit Tabur.

IKLAN

“Lagu tersebut berada di kedudukan 5 terbaik carta lagu untuk beberapa bulan tanpa bantuan daripada radio atau tv. Sejak dua tahun lepas, ada banyak lagu berada di carta nombor satu seperti Satu Malam Di Temasek dan Swipe.

“Kalau tengok carta Spotify, dalam 30 lagu, kebanyakkannya artis hip hop. Malah, ada artis underground seperti Gard. Evolusi muzik hip hop kini sudah tiada diskriminasi,” akhirinya.

Terdahulu, Joe bergandingan dengan Datuk Jamal Abdillah, Datuk Seri Rossa dan Dayang Nurfaizah untuk Konsert Divas & Diamonds 2024 yang akan berlangsung di Arena Larkin, Johor Bahru pada 7 September depan.

Tiket sudah pun mula dijual pada harga RM288 sehingga RM888.

Lima peratus daripada hasil penjualan tiket akan disumbangkan buat mangsa negara bergolak Palestin yang akan disalurkan terus kepada pihak kedutaan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI