Penyanyi dan usahawan Mila Jirin ada berkongsi video di Instagram mengenai kelebihan Al-Quran.

Katanya, dia  mengakui bahawa liat untuk membaca Al-Quran satu ketika dahulu.

“Saya  nak kongsikan satu perkara yang memberi manfaat buat kita semua tetang Al-Quran..

“Dulu saya liat nak baca Al-Quran dan memang  tak dinafikan.

“Sampai 1 hari, saya buka TV, ada satu program Al-Quran oleh anak-anak cilik di usia yang sangat muda 7-8 tahun. Mereka dah berjaya hafal Al-Quran..

“Tiba-tiba terdetik dalam hati saya rasa malu sebab dah tua tak hafal Al-Quran,” kongsi Mila.

IKLAN

Tambahnya lagi, dia kini sudah lancar membaca Al-Quran yang dihadiahi ibu mertua.

“Satu hari ibu mertua belikan Al-Quran berserta terjemahannya.

“Dan Alhamdulillah lepas pulang dari umrah bulan 1 haritu, saya berdoa pada Allah saya nak beljar baca Al-Quran.

IKLAN

“Alhamdulillah, sekarang saya ada guru mengaji nama dia Imam Fazli iaitu Imam Besar Masjid Kajang.

“Bila kita baca Al-Quran dan terjemahannya rasa sangat seronok sebab kita faham maksudnya

“Oleh itu mari sama-sama kita tanam rasa cinta terhadap Al-Quran,” akhiri Mila.

IKLAN

https://www.instagram.com/tv/Bxwt-fmgA4B/?igshid=1gbw4gtoyjvhg

Lalu, video yang dirakam Mila sendiri menerima komen positif dari netizen.

“Dulu Liat Baca Al-Quran…,”- Malu Sebab Dah Tua Tapi Tak Hafal Quran, Terkesan Bila Ikuti Kisah Mila Jirin “Dulu Liat Baca Al-Quran…,”- Malu Sebab Dah Tua Tapi Tak Hafal Quran, Terkesan Bila Ikuti Kisah Mila Jirin

Video : IG Mila

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI