Selepas melalui fasa perceraian, penyanyi Shila Amzah tidak menyangka ibunya, Fauziah Sarman, menjadi perhatian dan didekati oleh individu yang ingin mengenali lebih rapat.

Menurut Shila atau nama penuhnya Nurshahilah Amir Hamzah, dia terbukq dan senang hati melihat ibunya kini menjalani kehidupan dengan lebih positif dan bahagia.

“Dulu Kita Kenalkan Pasangan, Kini Terbalik…,” – Ada Cuba Mengurat! Shila Amzah Tak Kisah Ibu Jumpa Orang Baru

“Selepas berkahwin hampir 34 tahun, ibu saya kini berpeluang untuk merasai pelbagai perkara baharu yang terjadi di dalam hidupnya. Dia dapat luang masa bersama kawan-kawan dan mengenali orang baharu.

“Ada yang kata pada usia 57 tahun, lebih baik fokus pada kawan-kawan sahaja. Ternyata ramai juga yang cuba mengurat ibu saya.

“Saya pun agak terkejut dan jadi teringat kepada diri sendiri sewaktu saya hidup solo selepas bercerai dahulu. Rupanya ibu saya juga lalui situasi sama,” selorohnya kepada MH.

Sokongan Anak Sulung Untuk Kebahagiaan Ibu

Malah sebagai anak yang matang, Shila tidak meletakkan sebarang halangan sekiranya ibunya ingin mengenali seseorang secara lebih serius.

Ads

Sebaliknya menyokong penuh kebahagiaan wanita yang telah membesarkannya itu, sekiranya itu yang terbaik.

“Dulu Kita Kenalkan Pasangan, Kini Terbalik…,” – Ada Cuba Mengurat! Shila Amzah Tak Kisah Ibu Jumpa Orang Baru

“Sudah tentu saya terbuka untuk ibu mengenali orang baharu. Saya sentiasa bagitahu ibu yang saya nak dia hidup bahagia.

“Pada saya, bila ibu bapa ada masalah, yang paling terkesan ialah anak-anak. Sebagai anak sulung, sejak awal lagi dan sebelum ia terjadi, saya bagitahu ibu, kalau dia tidak gembira kita boleh pergi sahaja.

Ads

“Pada saya, untuk menggerakkan satu nakhoda keluarga, mak ayah kena gembira dahulu. Mereka harus jadi sepasukan. Kalau tidak, bagaimana mereka nak kendalikan keluarga dengan positif?” ujarnya lagi.

Penyanyi lagu Patah Seribu ini menambah, dia juga sudah diperkenalkan kepada beberapa individu yang menunjukkan minat untuk mengenali ibunya.

“Dulu Kita Kenalkan Pasangan, Kini Terbalik…,” – Ada Cuba Mengurat! Shila Amzah Tak Kisah Ibu Jumpa Orang Baru

“Saya memang menggalakkan ibu saya berjumpa orang baharu. Situasinya sudah jadi terbalik. Dahulu bila kita kenal dengan pasangan, kita bawa berjumpa dengan ibu ayah.

Ads

“Kini, saya pula yang macam ‘menggalas’ tugas tersebut. Ibu pula yang kenalkan orang baharu kepada saya. Tak fasal-fasal Ubai pun terkait sama,” katanya lagi.

Lagu Baharu Yang ‘Deep’

Sementara itu, Shila baru saja melancarkan lagu Pernah Punya Aku, sebuah karya yang diilhamkan daripada kisah hidup ibunya.

Jelas Shila, ibunya menyukai lagu tersebut dan menyifatkannya sebagai satu kisah yang boleh memberi inspirasi kepada wanita lain.

Sebelum ini, rumah tangga ibu bapa Shila menjadi perhatian selepas bapanya, penyanyi Datuk ND Lala berkahwin dua.

Fauziah kemudian memaklumkan mereka bercerai melalui pesanan WhatsApp pada Ogos 2023 selepas 34 tahun mendirikan rumah tangga.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Kredit Foto: Instagram Shila Amzah & Fauziah Sarman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI