Tidak dinafikan, pencarian Dewi Remaja menjadi platform terbaik buat para gadis untuk meneruskan cita-cita, khasnya dalam dunia glamor. Jadi tidak hairanlah ramai ‘produk’ Dewi Remaja kini cukup aktif sama ada dalam dunia lakonan, nyanyian, pengacaraan dan sebagainya.
Siapa yang tidak kenal dengan Neelofa, Anzalna, Syatilla Melvin malah aktres atau bintang tempatan lain terdahulu seperti Datin Juliana Banos, Datin Seri Umie Aida, Izreen Azminda dan lainnya yang sukses dengan pencapaian masing-masing.
Merakam kembali memori, juara Pencarian Dewi Remaja 2005/06 Scha Alyahya misalnya turut mengakui pada peringkat awal, dia memasuki pertandingan berkenaan untuk mengejar cita-cita sebagai pembaca berita.
“Ya, dulu kami join Dewi Remaja sebab nak jadi pembaca berita. Minat punya fasal. Tapi itulah, akhirnya rezeki pada bidang lain pula.
“Cuma kami pun tak tahu dapat jadi ke tidak pembaca berita bila orang dengar suara kami,” katanya seloroh kepada MH.
Terdahulu, bintang Bikin Filem itu ditemui media di set penggambaran drama web, Dua arahan Michael Ang, di Starvilion, Shah Alam.
Turut sama terlibat di dalam drama berkenaan ialah Sharifah Sakinah dan Ben Amir.
Sementara itu, Scha berkongsi momen tersebut apabila edisi terbaru Dewi Remaja 2018/19 bakal dilangsungkan tidak lama lagi.
Malah, barisan 20 gadis bertuah yang bakal mengikuti saingan bagi merebut gelaran Juara Dewi Remaja yang terbaru sudah pun diumumkan menerusi Majalah Remaja, minggu lalu.
Tahniah buat semua yang terpilih dan good luck!
https://www.instagram.com/p/BpY3845BRFI/?hl=en&taken-by=mediahiburanofficial
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI