Media Hiburan kini berada di dalam aplikasi   
Media Hiburan kini berada di dalam aplikasi   
Home Uncategorized “Dulu Hanya Jadi Ekstra, Alhamdulillah Sekarang Sikit-Sikit Makin Dikenali” – Adam Shadan...

“Dulu Hanya Jadi Ekstra, Alhamdulillah Sekarang Sikit-Sikit Makin Dikenali” – Adam Shadan Imbau Zaman Awal Nak Jadi Pelakon

Belum pun ditayangkan, namun drama adaptasi novel, Ti Amor Sweetheart 100 Hari yang masih menjalani penggambaran sudah pun menjadi perhatian. Mungkin kerana senarai para pelakonnya yang dikenali ramai membuatkan ramai yang tidak sabar untuk menantikan tayangan bulan depan.

Bagaimanapun, MH tertarik dengan kelibat salah seorang senarai pelakon drama berkenaan, Adam Shadan, iaitu salah seorang pelakon yang dicungkil bakatnya menerusi Drama Festival Kuala Lumpur 2017 (DFKL2017) lalu.

“Dulu Hanya Jadi Ekstra, Alhamdulillah Sekarang Sikit-Sikit Makin Dikenali” – Adam Shadan Imbau Zaman Awal Nak Jadi Pelakon

Meski baru dua tahun berjinak-jinak dalam lakonan bermula sebagai pelakon ekstra, anak muda asal Kelantan ini sudah mampu melirik senyum panjang apabila skala seninya kian berkembang apabila sejak terpilih sebagai salah seorang pemenang di DKL2017.

IKLAN

“Dulu Hanya Jadi Ekstra, Alhamdulillah Sekarang Sikit-Sikit Makin Dikenali” – Adam Shadan Imbau Zaman Awal Nak Jadi Pelakon

“Dulu hanya jadi ekstra. Alhamdulillah sekarang sikit-sikit makin dikenali dan pastinya peluang bekerjasama dengan team Ti Amo Sweetheart 100 Hari menjadi peluang terbaik saya untuk memperkenalkan diri. Syukur dengan kesempatan yang diberikan dan insya-Allah saya akan lakukan yang lebih baik selepas ini,” katanya kepada MH.

Terdahulu, Adam bersama rakan pelakon drama itu telah pun terbang ke Rom, Italy selama seminggu bagi menjalani penggambaran drama tersebut.

IKLAN

“Dulu Hanya Jadi Ekstra, Alhamdulillah Sekarang Sikit-Sikit Makin Dikenali” – Adam Shadan Imbau Zaman Awal Nak Jadi Pelakon

“Meski tidak pegang watak utama, namun sekurang-kurangnya peluang yang diberikan menjadi antara pendorong terbesar untuk terus maju. Memang bila dikenangkan kembali saat awal terlibat dalam seni, ia tidak boleh dibayar dengan wang ringgit. Pengalaman yang cukup mematangkan. Tak boleh alpa, kena terus fokus untuk capai cita-cita,” luahnya lagi. 

Selain Adam, drama yang didukung Zul Ariffin dan Neelofa sebagai pelakon utamanya itu turut dibarisi bintang popular lain seperti Scha Alyahya, Elvina Mohamad, Fahad Iman dan ramai lagi.

IKLAN

“Dulu Hanya Jadi Ekstra, Alhamdulillah Sekarang Sikit-Sikit Makin Dikenali” – Adam Shadan Imbau Zaman Awal Nak Jadi Pelakon

Foto: Adam Shadan

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI