‘Dulu Dia Pun Sama…’ – Aziz M.Osman

MH Online akui, di zaman kini lambakan pelakon-pelakon baru tumbuh seperti cendawan.

Walaupun kurang pengalaman dan adakalanya agak ‘kayu’ dan kaku apabila berlakon, tetapi siapalah kita untuk mempertikaikan rezeki yang mereka miliki.

Keadaan ini telah menyebabkan ada sesetengah artis veteran ataupun senior mula rasa ‘rimas’ dan terganggu dengan kehadiran orang baru hingga adakalanya mereka gagal untuk mengawal emosi dan terus lantang bersuara.

IKLAN

Menyedari apa yang terjadi, pengarah, penerbit dan pelakon berpengalaman Aziz M.Osman kurang bersetuju dengan tindakan sesetengah senior yang sering tidak puas hati dengan pendatang baru.

“Cuma mampu senyum pelakon lama kutuk pelakon baru. Padehal dulu dia pun sama,” tulisnya di akaun twitter miliknya.

Baginya, pelakon yang sudah lama dalam industri juga telah lalui perkara yang sama seperti ini.

Tweet Aziz bukan sahaja mendapat perhatian peminat industri dunia hiburan, malah beberapa rakan artis juga turut bersetuju dengan kata-katanya contoh seperti Ida Nerina.

IKLAN

Betul juga kata Aziz M.Osman, setiap orang akan lalui pengalaman yang sama. Jadi buat apa kita nak mengutuk sesama sendiri bukan? Pelakon lama haruslah terima secara terbuka dan sekirannya pelakon baru kayu apa salahnya berikan sedikit tunjuk ajar pada mereka, tak gitu?