Baru-baru ini, gambar pelakon dan pengacara, Alif Satar ketika berusia 16 tahun tular di sosial media.

Rata-rata netizen menjadikan gambar tersebut sebagai bahan jenaka selain turut menyifatkan segalanya boleh berubah sekiranya anda mempunyai wang dan berkemampuan.

Bagaimanapun, Alif menempelak kenyataan tersebut dengan menegaskan, wang bukanlah segalanya tetapi hubungan baik dengan tuhan dan keinginan untuk berubah menjadi faktor utama di mana dia berada ketika ini.

“Assalamualaikum everybody!! Man gambar throwback. Ramai yang komen “kau bukan tak handsome, kau cuma takda duit”. Let me tell ya, money probably had only 10% of this change.

“Part of growing up, there’s gonna be a phase where everything is gonna be confusing.. taktau macam mana nak style ( i still cant find one til now), jerawat everywhere (still have it), your braces and your teeth tak siap lagi, your morale is low, self esteem is low dan macam2 lagi,” tulisnya.

IKLAN

Alif menerusi Instagram memberi tahu, semua orang akan melaui fasa untuk mengenali identiti diri dan itu adalah perkara normal.

“It’s not money that is going to help you be better, it’s the drive in you, your connection to Him, and your will to change to be better are the true factors that define who you are.

“So, to all who are going through what i did when i was 16, don’t give up. Find your strength, and search for peace and happiness in this life that is full of trials and tribulations, i pray for each and every single one of you a positive change just like me,” luahnya lagi.

IKLAN

Entri yang menerima hampir 100,000 tanda suka itu memapar Alif berkongsi gambarnya ketika usia 16 tahun.

Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Alif selain turut meminta pengacara Big Stage itu untuk  tidak mempedulikan tanggapan negatif segelinitir pihak terhadap dirinya.

IKLAN

“Duit 10% Je, Tapi..,”- Bila Gambar 16 Tahun Jadi Bahan Lawak, Ini Yang Terpaksa Alif Satar Lalui

“Duit 10% Je, Tapi..,”- Bila Gambar 16 Tahun Jadi Bahan Lawak, Ini Yang Terpaksa Alif Satar Lalui

Alif memulakan karier nyanyiannya pada 2006 selepas dinobatkan sebagai pemenang tempat ke-3 sebuah pertandingan nyanyian yang diberi nama, One In A Million.

Foto: Instagram Alif Satar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI