Projek Video Kenegaraan Bersama Selebriti dan Media terbitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sempena meraikan Hari Kemerdekaan Ke-63 telah dijayakan.
Melalui program ini, dua video berunsur kenegaraan dan patriotik dihasilkan berteraskan kepada dua lagu ciptaan baharu. Single berkenaan, Janji Merdeka ciptaan Datuk DJ Dave dan lirik oleh Pui Tiong Gee. Satu lagu lagi berjudul Genderang Cinta, karya Asfan Shah dan lirik KuAlong.
Lagu Janji Merdeka membabitkan penampilan penyanyi legenda dan superstar iaitu Datuk DJ Dave, Datuk Awie, Ella, Siti Nordiana dan Siti Sarah Raissuddin.
Manakala, lagu Genderang Cinta membabitkan penampilan penyanyi BBNU seperti Wany Hasrita, Aiman Tino, Afieq Shazwan, Luqman Faiz, Neeta dan Asfan Shah.
Ads
Kedua-dua video muzik di bawah arahan Izuan Mokhtar dan dihasilkan atas inisiatif memupuk semangat cintakan tanah air melalui perpaduan bangsa.
“Janji Merdeka adalah luahan kasih sayang terhadap negara yang kita cintai ini. Sejauh mana kita berjalan dan berjaya, Malaysia tetap satu-satunya negara tempat kita berpijak dan berpulang.
“Lagu ini menyuntik semangat dan rasa terima kasih yang tinggi terhadap negara bangsa melalui perjuangan kemerdekaan yang telah digapai oleh nenek moyang kita terdahulu.
Ads
“Merdeka itu bukan sekadar laungan, sebaliknya memerlukan penghayatan dari seluruh jiwa kepada tempat dimana kita dilahirkan, dibesarkan dan membina seluruh kehidupan,” kata DJ Dave yang mengambil masa sekitar seminggu menyiapkan karya baharu itu.
Ads
DJ Dave turut melahirkan rasa terharu dan bertuah dapat menyumbang suara dalam lagu dan muzik video kenegaraan terbitan FINAS ini.
Ini merupakan inisiatif kerajaan melalui FINAS dalam meraikan sambutan bulan kebangsaan ke-63 serta menyemai semangat mencintai tanah air tercinta.
Sementara itu, Asfan Shah yang juga komposer muda prolifik pula menganggap peluang yang diberikan oleh FINAS sebagai sesuatu yang bermakna dalam kerjayanya.
“Peluang mencipta sebuah lagu berunsur patriotik kenegaraan begini tidak selalu hadir. Saya sangat teruja berkolaborasi dengan artis baharu dan lama dalam projek kenegaraan ini,” jelas Asfan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial mengenai pendedahan seorang remaja perempuan yang mendakwa seorang guru lelaki telah membuat jenaka berkaitan isu rogol ketika di dalam kelas.
Pendedahan tersebut nyata menimbulkan kemarahan warga maya yang mengecam sekeras-kerasnya tindakan guru berkenaan.
Antara yang turut meluahkan rasa kecewa terharap perbuatan terkutuk itu termasuk pengarah dan penerbit, Michael Ang.
Jelas Michael, jenaka mengenai rogol serta gangguan seksual bukanlah sesuatu yang boleh dianggap lucu walau diperingkat umur mana sekali pun.
“Salam semua. Whichever TEACHER yang ajar kelas budak ni and buat joke tu, I have one thing nak cakap kat Teacher tu! “Kau dah kenapa gila. Kau graduate dari jamban mana?”.
“Anyway bawah 18 atau atas 18 ke RAPE n SEXUAL HARASSMENT SHOULD NOT AND NEVER SHOULD HAPPEN TO ANYONE GIRL ATAUPUN BOY! Kalau dah sangap naw naw DIY aje atau tengok aje PORN! Apoooooo!
“Luv you all and stay safe! Btw please ban the teacher to ever teach again!,” tulisnya.
Nada kecewa tersebut disuarakan oleh Michael menerusi entri terkini di laman Instagram miliknya.
Malah, dia juga berharap agar guru tersebut akan dikenakan hukuman yang setimpal diatas perbuatannya itu.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan pandangan yang sama selain turut berharap agar perkara seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang.
“Bagus budak ni berani bersuara. Mohon amik tindakan kat cikgu terbabit,” komen seorang pengguna Instagram.
“Mohon report cikgu tu. Takde adab. This kinda sexual harrasment to students,” tulis individu lain pula.
Sebagai seorang penyanyi baru, Layla Sania memberitahu bahawa dirinya cuba untuk terus komited dan fokus terhadap karier seni nyanyian yang diceburinya seawal usia kanak-kanak.
Bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian, remaja berusia 19 tahun ini turut memiliki kebolehan menyanyi dan bertutur dalam Bahasa Mandarin dengan baik.
Meski sudah melibatkan diri dalam dunia nyanyian sejak di bangku sekolah lagi, Layla atau nama sebenarnya, Layla Sania Khairuzikri tidak rasa menyesal apabila terpaksa mengorbankan zaman remajanya semata-mata demi karier.
“Tidak ada rasa rugi, tapi kadang-kadang saya ada juga tertanya-tanya dengan diri kenapa kawan-kawan boleh luangkan masa mereka sebagai remaja.
“Tetapi saya pula kena sentiasa duduk depan komputer, buat lagu ‘cover’ dan sebagainya.
“Kawan-kawan saya boleh keluar lepak bersama setiap minggu, tapi saya tak boleh. Namun sekarang saya sedar betapa berbaloi usaha saya selama ni, Alhamdulillah,” katanya.
Dalam pada itu, Layla memberitahu, ibu bapanya juga tidak pernah menghalang dan sentiasa memberi galakan.
“Sebenarnya mak dan ayah tak pernah halang untuk saya capai impian. Macam ayah, saya dia seorang pemuzik, pelukis. Jadi saya membesar dalam keluarga yang sukakan muzik.
“Dari saya kecil lagi memang saya suka menyanyi. Sebenarnya dulu saya punya cita-cita nak jadi cikgu tapi bila menang dalam satu pertandingan nyanyian ni dulu terus saya rasa nak jadi penyanyi,” kata pelajar ini lagi.
Pelbagai kisah menarik lain yang turut dikongsikan oleh Layla Sania.
Foto: Instagram Layla Sania
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan seluruh negara, pelakon jelita Fasha Sandha gemar berkongsi aktiviti harian bersama peminatnya.
Baru-baru ini, Fasha ada memuat naik satu rakaman video sedang mengajar anaknya.
Lalu, pemilik nama lengkap Nur Fasha Sandha Hassan ini turut meluahkan rasa syukur dengan pencapaian anaknya yang sudah mahir membaca Muqaddam Iqra meski baru berusia 5 tahun.
“Cikgu Fasha Garang! Anak merajuk masuk bilik Depa ni kalau bab tiktok takyah ajaq semua pandai steps, bab nak suruh mengeja mmg liat.
“Now ibu dah ganti cikgu kena mengajaq di rumah. Apapun, walau ibu garang,sebenaqnya im proud of you my two babies, Jemyma baru 5 tahun 3 bulan tapi dah pandai membaca..iqra pun dah iqra 4.
“ok la Alhamdulillah. Slowly but surely . Sapa kat rumah cikgu garang masa MCO, kita gang k,” tulisnya
Menjengah di ruangan komen entri berkenaan, rata-rata peminat memuji sikap Fasha mendidik permata hati.
Fasha sebelum ini turut memuat naik video bersama suaminya, Adil Aziz memohon ramai supaya terus kuat dan patuhi PKP yang telah dilaksanakan sejak dua minggu lalu.
Video: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan usahawan popular, Shuib meluahkan rasa bangga apabila anak sulungnya, Thalita mendapat tawaran untuk membuat persembahan di Konsert ByAjai & Mega Friends yang bakal berlangsung di Singapura pada 10 Mei depan.