Cik B yang juga anak kepada usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida mengakui akan terus berusaha memperbaiki mutu nyanyiannya selepas ini.
Pernah menerima kritikan pada awal kemunculan kerana dikatakan tidak mampu melakukan ‘rap’ dengan baik ketika bersiaran secara langsung, Cik B atau nama sebenarnya Nor Edlynn Zamileen sebolehnya cuba menerima kritikan dengan hati terbuka.
“Masa tu saya akui kena kecam, tapi saya rasa rap saya sedap.
“Tak tahulah… ketika itu saya rasa ‘down’ kerana merasakan adakah suara saya tak sedap? Mama kata sedap, tak kanlah dia nak tipu?
Ads
“Cuma ketika itu saya ‘down’ sekejap saja dan insya-Allah saya akan buktikan boleh buat (rap) dengan lebih baik,” katanya kepada MH.
Ditanya apa reaksi ibunya apabila berdepan dengan situasi demikian, Cik B yang turut berjinak-jinak dalam lakonan mendedahkan, ibu memintanya untuk kuruskan badan.
Ads
“Cik B kuruskan badanlah baru nafas tu tak dengar sangat,” jelasnya ringkas.
Ads
Dalam perkembangan lain, Cik B kini muncul dengan single raya berjudul Its Raya Baby yang turut menampilkan penyanyi, Chubb-E.
Muzik video lagu berkenaan sudah pun boleh ditonton di YouTube dan kini menjadi antara video trending dengan menerima lebih 200,000 tontonan sejak dilancarkan seminggu lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Sweet Qismina meluahkan rasa syukur apabila dia kini sudah kembali sembuh dan pulih selepas disahkan positif Covid-19, pertengahan April lalu.
Sweet atau nama sebenarnya Farhana Qismina Supandi berkata, apa yang telah berlaku menjadi suatu pengalaman sangat berharga, meski terpaksa menjalani tempoh kuarantin bagi mendapatkan rawatan.
“Kalau kita fikir balik, ia merupakan satu pengalaman yang sangat luar biasa. Kita tidak mahu penyakit tu, kita juga tak minta. Tapi Allah SWT dah bagi takdir tersebut dekat kita.
“Jadi bila kita sudah lalui, alhamdulillah. Tahap yang saya alami tidaklah teruk sampai peringkat empat atau lima. Syukur semuanya dipermudahkan dan kembali sihat seperti biasa,” katanya kepada MH.
Bintang berusia 24 tahun ini turut menambah, pengalaman tersebut akan terus diingatinya sampai bila-bila.
“Ya, satu pengalaman luar biasa. Saya juga tak nafikan, rasa rasa sedih ada, menangis pun ada. Cuma nak dikatakan alami depresi tu, tak adalah. Hanya mental sahaja yang tak kuat ketika itu.
“Bagaimanapun bila difikirkan balik, bila sudah pulih ni, rasanya perkara ini akan kongsikan pada anak cucu saya nanti.
“Ini pandemik yang berlaku di seluruh dunia dan kita tak tahu penyakit ini akan wujud sampai bila,” katanya lagi.
Sementara itu, Sweet mengakui ada segelintir pihak yang menunding jari menyalahkan dirinya apabila disahkan positif ketika berada di Perak.
“Pada mulanya, kita rasa marah bila ada orang tunding jari dekat kita kan. Tapi bila kita fikir balik, kita tak boleh nak salahkan sesiapa.
“Saya anggap ia bukan satu isu yang besar dan bila kita tunding jari dekat orang lain pun dah salah sebenarnya.
“Awak tak boleh nak salahkan orang lain kalau awak sendiri pun tak jaga SOP. Jadi pada saya, jika ada yang mendakwa saya ni pembawa atau punca, saya terima dengan hati yang terbuka,” katanya lagi.
Pelakon drama bersiri Bidadari Salju ini ditemui pada majlis iftar Warner Music Malaysia di Kampung Resort Café, Sunway Resort Hotel, Selangor.
Terdahulu, Sweet telah menjalani rawatan selama 3 hari di Hospital Kuala Kangsar, Perak sebelum dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) di Arena Badminton, Perak, selama tujuh hari.
Foto: Instagram Sweet Qismina
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Azhan Rani menasihati semua agar terus menghargai ibu bapa masing-masing dengan menghubungi mereka selalu bagi bertanya khabar.
Azhan Rahi atau nama lengkapnya Azhan Abdul Rani memberitahu, meski belum ada kelonggaran untuk merentas negeri, namun jarak bukanlah penghalang atau pemisah sesebuah hubungan kekeluargaan.
“Yang ada lagi mak ayah tu dah call tanya khabar ke belum?
“Walaupun tak berpeluang balik beraya call je la sementara ada peluang boleh dengar suara diaorang atau video call tengok muka diaorang.
“Takde maknanya handphone canggih2 tapi kalau takat boleh kira dengan jari tangan berapa kali korang telepon diaorang,” jelasnya.
Pelakon Nur berkongsi luahan tersebut menerusi satu entri di Instagram.
Dia pada masa sama turut mengingatkan semua dari mana asal usul.
“Kalau takde diaorang yang basuh berak korang dulu ko ingat ko kat mana sekarang? Haa, sedih? Telefon orang tua ko sekarang!,” tulisnya lagi beserta beberapa hashtag.
Pelakon, Kavita Sidhu ada berkongsi mengenai perkembangan terkininya selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 jenis AstraZeneca pada Isnin.
Jelas Kavita, pada awalnya, dia hanya menghantar ibunya untuk mendapatkan suntikan vaksin namun, dia berasa sangat bernasib baik kerana pihak hospital telah mempelawanya untuk turut sama menerima suntikan atas tiket penjaga.
Katanya lagi, keadaannya pada ketika ini baik-baik sahaja tetapi ada berasa sedikit sengat di bahagian lengan yang telah disuntik.
“Hi semua! Saya sudah dapatakan vaksin AstraZeneca hari ini. Pagi tadi saya telah membawa ibu saya ke janji temu suntikan vaksin, saya bernasib baik kerana saya juga telah dipelawan untuk menerima vaksin atas tiket penjaga.
“Percaya cakap saya yang suntikan ini tidak sakit langsung walaupun saya tak suka suntikan. Terima kasih kepada para doktor, jururawat dan petugas kesihatan yang telah bertugas dengan sangat baik pada hari ini.
“Jutaan terima kasih juga saya ingin ucapkan kepada Dr. Rose Nina. Proses vaksin ini sangat teratur dan semua yang terlibat telah banyak membantu. Setakat ini, saya baik-baik sahaja dan sudah sejam lebih saya cuma berasa sedikit sengal di bahagian lengan yang disuntik,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam itu menerusi entri terkini di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Kavita turut menyeru kepada semua pihak untuk mempercepatkan proses pendaftaran sebagai penerima vaksin Covid-19.
“Saya akan maklumkan lagi mengenai keadaan saya esok. Saya tahu ini adalah pilihan saya sendiri namun, saya sarankan anda juga untuk pergi mendapatkan vaksin selagi masih berpeluang.
“Saya lakukan ini tanpa rasa ragu-ragu selepas membuat perbincangan bersama rakan doktor dan ahli keluarga.
“Ibu saya juga berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Dia sangat bersahaja dan tenang. Kami ambil foto masing-masing.
“Jagalah keselamatan anda dan dapatkan vaksin. Lagi ramai yang mendaftar, lagi cepat kita akan menang dengan wabak penyakit ini,” tulisnya.
Perkongsian Kavita itu nyata menerima reaksi positif daripada ramai pihak terutamanya buat mereka yang berasa ragu-ragu dengan keberkesanan vaksin Covid-19.
Malah, ada juga yang turut memberikan pujian kerana Kavita dilihat tidak kisah untuk menerima vaksin yang sama seperti rakyat kebanyakkan.
Klu nk diikutkan dia ni kelas kayangan. Bnyk advocate kpd benda² positif. Rilek je ambik vaccine yg sama org biasa akn ambik. Up gmbr bercuti pun sekadar dlm negeri dia tinggal. Pergi lwt kubur pkai tudung. Dh follow dia lama. Mmg jenis humble dan menyampaikan kebaikan. Classy! pic.twitter.com/BRAQUPMALL
“Kalau nak diikutkan dia ni kelas kayangan. Banyak advocate kepada benda-benda positif. Rilek je ambik vaccine yang sama orang biasa akan ambil. Up gambar bercuti pun sekadar dalam negeri dia tinggal. Pergi lawat kubur pakai tudung. Dah follow dia lama. Memang jenis humble dan menyampaikan kebaikan. Classy!,” tulis seorang pengguna Twitter.
“Thank you for advocating for this vaccination program when many people are still hesitant. May you and your mother experience less side effects dan baik baik sahaja,” komen netizen di Instagram.
“Yes I cannot wait mine. Do update from time to time,” tulis seorang lagi pengguna Instagram.
Sumber: Instagram Kavita Sidhu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.