Penyanyi, Oja memaklumkan pelakon senior yang juga merupakan abang iparnya, Haeriyanto Hassan kita sedang menerima rawatan di Hospital, Ampang selepas diserang strok.

Menurut Oja atau nama sebenarnya, Daninas Huza Daud, pihak doktor juga telah mendapati terdapat ketulan darah beku di kepala Haeriyanto.

“Doktor Tengah Usaha Turunkan BP Dia…,” – Diserang ‘Mild Strok’, Haeriyanto Hassan Masuk Hospital

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Dasira itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Oja (@aku_oja)

“Abang ipar saya Haeriyanto Hassan dikejarkan ke Hospital Ampang akibat mild strok. Selepas terima keputusan, ada darah beku di kepala 3-4cm.

“Beliau kemungkinan perlu menjalani pembedahan serta merta di HKL pada bila-bila masa. Mohon doa daripada semua,” tulisnya.

IKLAN

“Doktor Tengah Usaha Turunkan BP Dia…,” – Diserang ‘Mild Strok’, Haeriyanto Hassan Masuk Hospital “Doktor Tengah Usaha Turunkan BP Dia…,” – Diserang ‘Mild Strok’, Haeriyanto Hassan Masuk Hospital

Menerusi hantaran terkini yang dikongsikan di ruangan Instagram stories Haeriyanto, isterinya memberitahu, Haeriyanto kini telah pun sedar dan sedang menunggu tindakan selanjutnya daripada pihak doktor.

“Doktor Tengah Usaha Turunkan BP Dia…,” – Diserang ‘Mild Strok’, Haeriyanto Hassan Masuk Hospital

IKLAN

“Sorry tak boleh nak reply whatsapp one by one. Yanto admitted dekat Hospital dia strok. Phone dekat wife dia.

“Dia Alhamdulillah sedar. Doktor tengah usahakan turunkan dulu tekanan darah dia. Then, doktor will advise later stage in what to do.

“Ampun tak dapat reply sorang-sorang. Production yang tengah shooting please tolong inform person in charge ya. Doakan Haeriyanto Hassan kuat dan kembali pulih,” kongsinya.

IKLAN

“Doktor Tengah Usaha Turunkan BP Dia…,” – Diserang ‘Mild Strok’, Haeriyanto Hassan Masuk Hospital

Lantaran itu, isteri kepada Haeriyanto turut berharap agar semua pihak dapat memahami situasi yang dialami suaminya itu.

Malah, dia juga turut memohon kepada semua pihak supaya mendoakan semoga suaminya itu dapat kembali sembuh seperti sedia kala.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Oja & Haeriyanto Hassan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI