Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat mendedahkan sebagai wanita yang kini sedang hamil anak pertama, dia hanya dibenarkan untuk mengambil dua ulas durian sahaja.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi Mata ini selepas ditanya peminat selepas dia dilihat sedang menikmati durian bersama suaminya, Nabil Mahir.
Menerusi video tersebut, Nabil sedang makan durian bersama nasi sementara Ayda pula lebih gemar makan raja buah itu begitu sahaja.
Kalau anda pengikut tegar Instagram Dato Sri Siti Nurhaliza dan juga Aafiyah, pasti anda akan kenal dengan insan bernama Dayah. Merupakan pengasuh Aafiyah, dia sudah menjaga anak sulung penyanyi nombor satu negara itu sejak Aafiyah masih kecil lagi.
Melangsungkan perkahwinan semalam, sehari sebelum perintah ‘lockdown’ dilaksanakan Dayah kelihatan begitu anggun dalam persalinan rekaan Rizman Ruzaini. Paling menyentuh hati, busana tersebut merupakan hadiah dari majikan tersayang buat dirinya.
Dalam satu hantaran di Insta-story, gadis yang berkelulusan diploma kejururawatan ini berkata, “Thank you so much Mak iti & Dato for this hadiah. Really appreciate it! Still tak boleh move on sebab cantik sangat-sangat. Masa nak pakai tadi pun fikir banyak kali layak ke nak pakai dress nikah ni sebab cantik sangat.”
Menurutnya lagi, rekaan gaun nikah tersebut sebenarnya datang dengan dua gaya. Pereka fesyen Rizman Ruzaini mengilhamkan rekaan dua dalam satu untuk digayakan pada dua majlis. Namun disebabkan perintah kawalan pergerakan yang ketat dilaksanakan, satu lagi gaya akan disimpan untuk kemudian hari.
Selain itu, dalam satu ruangan komen di Instagram Rizman Ruzaini pula, Dato’ Sri Siti Nurhaliza mengucapkan terima kasih kepada Rizman Ruzaini kerana menunaikan hajatnya untuk Dayah.
Tahniah MH ucapkan kepada Dayah dan pasangan. Semoga perkahwinan yang dibina ini kekal ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang sihat sempurna.
Pelakon Nabila Huda akhirnya membelikan sebuah iPad buat anaknya, Keisha Laila bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-11.
Meski cuba untuk mendidik anaknya itu agar berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang dihajatkan, namun Nabila yang mesra disapa Abil memilih untuk membahagiakan anaknya, sejurus sihat selepas disahkan positif Covid-19, baru-baru ini.
Dalam kapsyen video IG TV, Nabila menjelaskan anaknya berusaha mengumpul wang demi mendapatkan gajet berkenaan.
“Actually early this year kalau tak silap keisha cakap dia nak kumpul duit beli ipad pro sebab dia tau mummy dia takkan beli kan.
“Abil penah cerita before this i memang takkan spend beli barang untuk keisha kalau dia nak, dia kena usaha.
“So dia usaha kumpul duit yang dia dapat dari mummy, abi or our family. Dan duit gaji dia everytime dia teman mummy pergi kerja jadi asst. Setiap bulan dia akan bagitau jumlah yang dia dah kumpul.
“Abi dia pinjam duit pun dia mintak bayar balik sbb nak beli ipad,” tulisnya.
Melihat kesungguhan Keisha, bintang drama bersiri Diva Popular ini meluahkan bangga selepas melihat anak perempuannya itu tidak patah semangat mengumpul wang.
Lalu, aktres berusia 36 tahun ini telah menghadiahkan tablet seperti yang diinginkan oleh anaknya.
“Latest one dia cakap dia dah kumpul dalam tabung rm450. Dia cakap lagi sikit je dah boleh beli. Sikit apa keisha. 2024 baru dapat beli anak ku!haha!
“I am proud as a mother bila tengok effort dan usaha dia nak kan sesuatu tanpa mintak kat abil.
“Tak pernah dia merengek nak something dari kecik. Pastu masa birthday dia hari tu dia kata tahun ni special sebab her birthday on 11 may and she turns 11. Dia nak celebrate dengan mummy but mummy positive covid.
“I know deep inside her heart dia sedih tapi dia relax je. Then masa quarantine tu i decided untuk beli online ipad tu. Whatever makes her happy
“Tapi sebelum happy kena la marah dulu kan? Sorry @lilkupukupu , You just got punked!,” tulisnya lagi.
Pelakon Arja Lee berkongsi khabar mendukacitakan apabila bapanya, telah pergi mengadap Illahi pada Sabtu, kira-kira jam 4.45 petang.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 78 tahun.
Menerusi hantaran di Instagram, Arja turut memaklumkan impian arwah untuk melihat anaknya memegang ijazah sarjana dan bergelar pensyarah tidak kesampaian.
“Abah, kan adik dah bagi tahu abah yang abah kena ada kena datang dan abah kena tengok scroll master adik tak lama jer lagi bah. Abah cakap hari tu abah nak tengok adik jadi pensyarah kan?
“Abah cakap abah selalu doakan adik dan semua anak anak abah berjaya dalam hidup! Itukan doa abah.
“Tapi hari ni, jam 445ptg tadi lepas asar kenapa abah pejam mata dan abah tak bangun bangun? Adik dah balik ni bah, nak jumpa abah. Abah kena peluk adik tau! Adik tak sabar nak jumpa abah.. (adik dah tak boleh nak menaip , adik sedih sangat sebab adik belum sedia untuk tak dapat jumpa abah lagi).
“Al fatiha buat Abah,” tulisnya sebagai kapsyen yang turut memaparkan foto mereka bersama.
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.