Ezzaty Abdullah berkongsi pengalaman melahirkan anak pertama, Harum Dahlia sempena tarikh kelahirannya.
Dia berbuat demikian menerusi laman Instagramnya.
“Detik ini, setahun yang lepas. Rasa syukur yang tak terhingga dikurniakan anugerah yang terindah dari Allah.
“5 December 2017, 6 petang. Ibu pergi normal weekly check up tiba2 ada contraction lepas tu Dr Fidak check dah buka 2cm.
“Terus ibu kena tolak masuk labor room sebab dr cakap malam ni Harum nak keluar. Ibu nak pergi shopping KLCC pun Dr tak bagi dah.
“Nak balik mandi pun tak boleh. Xpelah ibu dgn ayah duduk dalam labor room tu dating dua orang. Sampai malam awak masih tak nak keluar jugak
Ads
“6 December 2017. 11 pg. Ibu mintak nurse check bukaan baru 3cm je. Ehh? Lama betul ibu tunggu harum.
“4 petang. Dr pecahkan air ketuban dan bukaan jadi 6 cm. Ibu kena induce sebab lambat sangat. Puas dah ibu main bola yang dr bagi tu.
“6 petang ibu minta mak makan nasi sebab risau nanti tak larat nak push awak. Dr pulak dah 4 kali masuk labor room ibu dgn ayah suruh ibu ambil epidural tp ibu tak nak.
Ads
“Alhamdulillah masih belum rasa sakit masa tu walaupun dh induce. 830 malam ibu dah mula rasa bosan tambah excited tunggu Harum ni.
“Ayah pun dah tukar2 dah tido atas katil ibu . Ibu duduk atas kerusi main bola, ayah tido.
“945 malam. Ibu dah rasa macam nak teran Harum. Nurse check dah 10 cm. Semua nurse and Dr Fidak datang bersiap sedia nak sambut Harum.
Ads
“Macam ada pesta dalam labor room ibu. Seronok betul rasa. 1036 malam, Harum selamat dilahirkan ke dunia secara normal tanpa epidural.
“Berat 2.9 KG. Alhamdulillah, Dr letak je Harum atas perut ibu terus ibu rasa macam nak beranak lagi. Seronok betul ibu lahirkan Harum Dahlia. Syukur Ya Allah,” tulisnya.
Ezzaty dan suaminya yang juga merupakan seorang pelakon, Azwan Kombos berkahwin pada Julai 2016 dan dikurniakan Harum Disember tahun lalu.
Foto/Instagram: Ezzaty Abdullah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Izzue Islam sering kali memuat naik foto dan video bersama isteri tercinta, Nurinafilah Waharudin atau lebih mesra disapa Awin menerusi media sosial.
Malah, kemesraan yang ditampilkan pasangan ini nyata mengundang rasa gembira di kalangan para peminatnya.
Terbaru, Izzue ada memuat naik sepotong video sedutan single terkininya yang berjudul Bimbang dengan berlatar belakangkan gambar perkahwinannya.
Menerusi ruangan kapsyen, bekas peserta Gegar Vaganza musim kelima itu ada menitipkan nulikan rasa buat isteri tercinta. Tulisnya;
“Isteriku, aku tahu bahawa pengorbananmu untukku sangatlah besar! Aku tau bahawa wanita itu selalu menjaga hati orang yang dia sayangi sehingga terkadang hatinya sendiri tersiksa! Inilah pengorbanan wanita yang lelaki tak pernah sedar!
“Aku ingin hubungan kita di dunia ini berakhir dengan bahagia, berpisah bukan kerana orang ketiga atau kerana sengketa antara kita, tapi berpisah disaat aku tak lagi mampu berdiri dan bernafas untukmu.
“Jangan bimbang wahai isteriku, sekali engkau menerimaku, maka berjuta kali aku akan setia kepadamu. Insyaallah,” kongsi Izzue.
Lalu, posting yang sudah pun mendapat lebih 22,000 tanda suka itu turut dihujani dengan ucapan tahniah dan semoga kekal bahagia sampai bila-bila oleh netizen.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2 Jun 2013.
Foto: Instagram Izzue Islam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan ada membuat perkongsian mengenai hal rumah tangga, menyatakan isteri yang beruntung andai memiliki suari yang mempunyai enam ciri yang disenaraikan.
Mengambil perkongsian daripada Che Ta menerusi Instagram, isteri paling beruntung adalah isteri yang mempunyai suami yang penyabar dan penyayang.
Ini dia senarai yang dikongsikan pelakon Lelaki Kiriman Tuhan ini;
“Isteri paling beruntung adalah isteri yang dikurniakan Allah seorang suami yang PENYABAR dan PENYAYANG. Penuh kehangatan dan kelembutan, suka menolong dan berhati tulus. Jika dia pergi isteri merindukan. Jika dia ada isteri terus ingin berdekatan.
1) Lelaki terindah di mata wanita bukanlah yang paling tampan wajahnya; melainkan yang bisa membuatnya merasa sang tercantik di dunia
2) Lelaki tergagah di hati wanita bukanlah yang paling kekar ototnya, melainkan yang mampu mendengar, memahami, & mengerti curahan hatinya
3) Lelaki terkaya bagi wanita, bukanlah yang terbanyak hartanya. Tapi dia yang pandai bersyukur & mengungkapkan terimakasih padanya
4) Lelaki tershalih bagi wanita, tak sekedar banyak ilmu agama & rajin ibadahnya; tapi juga dia yang paling mulia akhlaqnya
5) Lelaki terhebat bagi wanita, bukanlah yang mampu membelikan apapun untuknya; tapi yang wajah & bahunya siap menyambut senyum & airmata . 6) Lelaki tercinta bagi wanita; dia yang prasangka tak mengalahkan kemuliaan budinya; yang kekesalan tak mengalahkan pengertian & maafnya
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik diantara kalian ialah yang paling baik terhadap istrinya.” (HR.Tirmidzi)
“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada keluarganya” (HR. Ibnu Majah)
Dan bergaullah dengan mereka (isteri) secara baik. Kemudian jika kamu tidak menyukai mereka maka bersabarlah, karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (QS. An-Nisaa’: 19).
Rezeki datang dalam pelbagai bentuk jika tidak dikurniakan suami yg baik, maka bersabarlah… krn berkat kesabaran isteri akan tiba masanya Allah ubah suami anda menjadi yg terbaik utk anda. InsyaAllah. Aminnnn,” kongsinya.
Pelakon Nadzmi Adhwa telah memuat naik sekeping gambar beserta kapsyen sempena ulang tahun perkahwinan ibu bapanya yang ke-30 tahun.
Namun, dalam memberi ucapan buat kedua orang tuanya itu, dia juga ada menyelitkan mengenai status untuk mempunyai isteri.
“Happy 30 Years Anniversary My Dunya and My Jannah.. May Allah always bless you both with health, wealth prosperity and happiness.. My treasure. Nanti angah hadiahkan menantu ya. Eh! Berangan tak salahkan…,” tulisnya.
Pelakon dan aktivis seni, Datin Seri Umie Aida menzahirkan rasa sedih atas pemergian suami kepada rakan artis, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, Allahyarham...