
Pelakon Tasha Shilla memaklumkan dia dan suami, Muhammad Atiq Idris sepakat memilih nama Raees Zander buat permata hati pertama mereka.
Pendedahan tersebut dikongsikan Tasha menerusi hantaran terkininya di Instagram, pada sabtu genap seminggu kelahiran.
Pasangan ini pada masa sama turut meminta doa ramai agar mendoakan anak mereka membesar sebagai insan yang soleh.
“Syukur Alhamdulillah, sempena hari ketujuh kelahiran anak saya dan suami @atiqidris, kami ingin perkenalkan “Raees Zander bin Muhammad Atiq”.
“Saya memohon dengan keberkatan, agar kalian semua tolong doakan untuk dia semoga menjadi anak yang soleh, penyejuk mata hati Ibu dan ayahnya, beri dia ilmu yang bermanfaat, kuatkan iman dan aqidahnya, dilimpahi rezeki yang luas dan halal.
“It’s our happiest moment to announce that a baby boy “Raees Zander” has arrived in our family. Please keep him in your prayers. Baby Bedding @tinypalms,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat dan selebriti turut sama menitipkan ucapan dan tak kurang yang memuji kecomelan Raees.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ketika Dia Sakit, Kami Terputus Hubungan,” – Azwan Ali Imbas Kenangan Bersama Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini

“Datuk Sharifah Aini is my icon.” Itu kata Azwan Ali apabila ditanya bercerita mengenai Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini apabila foto bersama arwah disuakan kepadanya.
Jarang berkongsi mengenai jalinan persahabatan dengan penyanyi tersohor itu, Azwan secara eksklusif menerusi #MHThrowback di YouTube turut mendedahkan hubungannya bersama Allahyarhamah cukup rapat suatu ketika dahulu.
Bagaimanapun atas sebab tertentu, hubungan akrab di antara keduanya terputus di pertengahan jalan.
“Segala kenangan dengan arwah Datuk Sharifah Aini akan kekal abadi. Sebaklah bila teringat. Arwah buat saya macam adiknya. Jadi memang sedihlah.
“Teringat zaman arwah Datuk hubungi untuk saya ke kediamannya, kami banyak berborak dan berkongsi mengenai pelbagai perkara.
“Malah ketika itu dia siap hidangkan saya Mee Sup.
“Semoga roh dia tenang di sana. Sukar untuk cari seorang diva sepertinya yang hargai saya” katanya jujur.
Dalam nada sebak, Azwan yang sinonim digelar Diva AA juga akui dia sering mengundang bintang tersebut menerusi mana-mana program yang diterbitkannya sebelum ini.
Azwan turut menambah, dia juga tidak berkesempatan untuk menziarahi arwah ketika tidak sihat.
“Terkenangkan dia memang sedih sebab dia sudah tiada. Cuma yang sedih tu sebab ketika arwah meninggal, saya terlalu sibuk.
“Jadi sedihlah kan sebab tak pergi pun… Akan tetapi pasti ada sebab kenapa tak ada rezeki untuk ziarahi arwah meski kami baik.
“Cuma ketika dia sakit, kami terputus hubungan. Kita mahu kacau dia pun tak sesuaikan,” jelasnya lagi.
Ditanya apakah lagu kegemaran arwah, bekas hos itu menggemari lagu Selamat Hari Raya dan turut mengimbau muzik video lagu berkenaan dirakam di kediaman ibuya.
“Lunak suara sukar dicari ganti. Video klip lagu itu di rumah arwah mak saya. sangat bermakna,” akhirinya.
Ikuti temu bual penuh bersama Azwan Ali di sini;
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Beri Komen Mengatakan Suara Saya Bagus,” – Judika ‘Followback’ Di IG, Guru Bahasa Inggeris Fanzi Ruji Bangga Dipuji Idola

“Fanzi Ruji salah satu bakat yang bagus di Malaysia. Kalau ada syarikat rakaman di Malaysia yang mencari penyanyi, boleh ambil dia.”
Itu kata penyanyi Indonesia, Judika buat bakat baharu, Fanzi Ruji yang terpilih dalam sesi ‘Judika Vocal Tips’.
Terdahulu, sesi tersebut dikongsikan penyanyi terkenal itu menerusi Instagram rasmi Judika.
Fanzi Ruji atau nama sebenarnya, Mohd Rifanzie Ruji mengakui ia menjadi satu penghargaan besar apabila video nyanyian lagu Bukan Rayuan Gombal mendapat pujian Judika.
Malah, bintang asal Ranau, Sabah ini turut menjadikan pujian itu sebagai pembakar semangat untuk terus melangkah dalam bidang seni.
“Judika memberi respon nyanyian saya dua kali. Pertama, sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya membuat nyanyian semula lagu Tersenyumlah Sobat.
“Ketika itu, dia buka sesi duet bersama peminat di IG. Mana-mana yang dia suka, dia akan muat naik semula dan saya antara yang terpilih.
“Kedua, menerusi lagu Bukan Rayuan Gombal. Dia pilih mana-mana lagu yang dimuat naik menerusi#JudikaVocalTips.
“Jadi, dia memilih video nyanyian saya dan memberi tips dan komen yang dibuat secara sesi virtual.
“Pada sesi itu, dia memberikan komen dengan mengatakan suara saya bagus, ada warna dan kawalan mantap. Malah, dia cakap rugi kalau label tak ambil saya menjadi penyanyi. Rasa teruja juga apabila dia ‘follow’ saya di IG.
“Diakui dia memang idola saya dan saya memasang impian untuk berduet dengannya suatu hari nanti. Kalau tak dapat berduet lagu sendiri, menyanyi sepentas pun okay,” katanya.
Terlebih dahulu, Fanzi juga bertuah apabila bakatnya disedari pihak syarikat rakaman Nova Music yang melamar dan menyunting dirinya menjadi penyanyi syarikat rakaman itu.
Fanzi yang juga merupakan guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Agama Tun Datuk Mustapha, Kota Kinabalu berkata, tawaran diterima daripada pihak Nova Music sewaktu PKP lalu.
“Tawaran datang selepas mereka melihat video nyanyian cover version saya di YouTube. Dalam masa sama, saya juga ada melancarkan lagu sendiri iaitu Hati Nan Rapuh termasuk di semua platform muzik digital.
“Dari situ, pihak Nova Music menghubungi saya. Tapi, saya ambil masa dua minggu sebelum membuat keputusan. Saya anggap ini rezeki dan peluang yang tak boleh dilepaskan,” katanya lagi.
Berkongsi lanjut, lagu Hati Nan Rapuh adalah hasil ciptaan Fanzi sendiri sementara lirik oleh Ed Widad dan Cik BJ.
“Lagu ini hasil ciptaan saya sendiri dan lirik oleh dua rakanyang juga orang Sabah. Difahamkan lirik ini bercerita mengenai seorang ibu yang rindukan anak sebab berpisah jauhakibat perceraian.
“Kiranya, lirik lagu ini adalah ilham dari kisah benar si penulis lirik. Dari situ, lirik dihasilkan bagi menggambarkan ekspresi rasa rindu pada anak. Pendek kata, lagu ini sebagai luahan hati.
“Lagu ini dirakamkan sepenuhnya di Kota Kinabalu tahun lalu. Kalau ikutkan versi asal lebih empat minit. Tapi untuk Nova Music lagu ini digubah semula dan dipendekkan menjadi tiga minit lebih,” katanya.
Menurut Fanzi, itu adalah lagu pertama ciptaannya yang diketengahkan ke pasaran komersial selepas aktif menyanyi sejak 2009.
“Sebelum ini, saya memang sudah aktif menyanyi secarasambilan di Kota Kinabalu sejak 2009 lagi. Jadi, ini bukan lagu pertama yang dicipta sendiri. Saya mempunyai 15 lagu termasuk dalam bahasa Dusun.
“Kesemua lagu itu saya rakam dan terbitkan menggunakan duit sendiri. Alhamdulillah, lagu Hati Nan Rapuh inimendapat perhatian orang luar dan bawa ia ke peringkat lebihjauh,” katanya.
Mengenai kerjaya sebagai guru, Fanzi berkata dia masih boleh membahagikan masa dengan baik.
“Menyanyi adalah minat saya sejak dulu lagi. Sebab itu, saya kerap menyertai pertandingan nyanyian di sekitar Kota Kinabalu. Kalau waktu kerja, saya fokus pada kerja. Apabila sekolah barulah saya beri tumpuan pada nyanyian.
“Selalunya saya buat video nyanyian semula di YouTube atau membuat persembahan di mana-mana. Anak murid pun tahu saya penyanyi sebab mereka buka YouTube.
“In Sya Allah, setakat ini saya akan berulang-alik ke Kuala Lumpur untuk tujuan promosi lagu Hati Nan Rapuh.
“Macam beberapa hari lepas, saya berada di Kuala Lumpur untuk menjalani penggambaran muzik video,” katanya yang meminati genre pop dan R&B.
Single tersebut terbitan Nova Music (M) Sdn Bhd kini boleh distrim di semua pelantar muzik digital.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sekali Lafaz, Pereka Fesyen Rizman Nordin Selamat Bergelar Suami Di Penghulu Segala Hari

Penghulu segala hari, Jumaat menjadi momen paling bermakna buat pereka terkenal jenama Rizman Ruzaini, Rizman Nordin apabila selamat diijabkabul bersama wanita pilihan, Nurida Suraya dengan sekali lafaz.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga merupakan sahabat kepada pereka fesyen popular itu.
“Alhamdullillah.. subhanallah.. .. Tahniah buat sahabatku.. @rizman.n @nuridasuraya,” tulis Datuk Seri Siti.
Tampil sedondon mengenakan persalinan polos putih nan suci, pasangan sama cantik sama padan ini melangsungkan majlis nikah di Glasshouse at Seputeh, Kuala Lumpur awal pagi tadi.
Dihadiri ahli keluarga kedua mempelai, majlis nikah tersebut turut diraikan teman rapat dan rakan selebriti jemputan.
Tahniah buat pasangan raja sehari ini dari MH, moga kekal hingga ke jannah.
Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI