Pasangan selebriti Janna Nick dan Dini Schatzmann reda apabila impian untuk mengadakan majlis kesyukuran menyambut kehadiran cahaya mata sulung selepas setahun berkahwin tidak kesampaian.
Menurut Janna, majlis yang berlangsung di Marriott Hotel Putrajaya malam tadi sebenarnya sudah tertangguh sejak setahun yang lalu.
“Majlis di hotel ini sepatutnya menjadi majlis resepsi kami pada tahun lepas. Kami sudah membuat pembayaran penuh dan baju juga sudah siap sejak tahun lalu.
“Namun, kami tangguhkan dahulu kerana kami sangat hargai majlis perkahwinan yang pertama. Kami rasa tak perlu ada majlis kedua.
“Bila sudah bayar, kita tak boleh minta wang kembali. Kami tangguh dengan harapan ia akan menjadi majlis baby shower atau aqiqah,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, bekas pengacara program Melodi ini juga berharap agar kehadiran keluarga terdekat dan rakan selebriti dapat menjadi asbab hasratnya untuk menimang cahaya mata akan termakbul.
Ads
“Namun, selepas setahun, kami masih belum mendapat perkhabaran gembira itu.
“Jadi, bila kami adakan majlis resepsi kedua ini, para tetamu yang hadir akan sama sama mendoakan kehadiran malaikat kecil di dalam perut saya.
“Dalam ramai-ramai tetamu yang hadir, kita tak tahu doa siapa yang akan diangkat,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Dini percaya Allah SWT telah pun menyusun aturan yang cantik buat mereka.
Ads
“Kami sangat bersyukur bila tetamu yang hadir turut mendoakan zuriat kami. Itulah perkara yang kami nak sangat.
“Pada masa sama, kami sentiasa ingatkan satu sama lain untuk tidak putus harapan dan percayakan perancangan Allah,” ujarnya.
Pada masa sama, Janna turut mengakui dia sememangnya meletakkan harapan yang tinggi untuk bergelar seorang ibu.
Ads
“Saya memang nak sangat ada zuriat sendiri. Dalam kerjaya dan kehidupan, saya sudah stabil serta meraih segala yang saya inginkan.
“Tiada perkara yang saya nak capai lagi selain menjadi seorang ibu,” akhirinya.
Terdahulu, majlis yang berlangsung meriah malam tadi turut diserikan lagi dengan persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air seperti Syamel, Ernie Zakrie dan Dayang Nurfaizah.
Janna dilihat anggun mengenakan gaun putih manakala Dini pula segak dengan sepersalinan sut hitam.
Sekadar informasi, Janna dan Dini telah mendirikan rumah tangga di Langkawi, Kedah pada 10 Jun 2023.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Walaupun pinggang tak berapa nak ada dah, hati tetap teringin nak pakai kebaya. Sian lahai…
“Kebaya ni saiz S okay, lillah,” tulisnya sambil memberitahu kebaya yang dipakainya itu adalah dari jenama Rumah Kebaya.
Lalu, rata-rata netizen kagum dengan kenyataan pelakon drama Selafaz Cinta ini, malah ada yang memberikan komen humor.
Dalam perkembangan lain, Tilla yang juga merupakan isteri kepada aktor, Shaheizy Sam kini sedang memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses kehamilan anak kedua yang sudah mencecah
Foto: Instagram Syatilla Melvin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, pelakon jelita Datin Paduka Eina Azman dikhabarkan telah dimasukkan ke sebuah hospital akibat deman panas yang dialami.
Selepas empat hari menjalani rawatan di hospital, Eina atau nama penuhnya Ainur Syakina Azman kini dikhabarkan sudah sihat dan sudah boleh kembali ke rumah.
Ibu kepada dua orang cahaya mata ini berkongsi berita gembira tersebut menerusi InstaStories miliknya.
“Assalamualaikum… alhamdulillah Eina dah keluar hospital. Terima kasih semua atas doa u guys semua untuk Eina Insyallah Eina akan mula masak minggu depan #staysafeeveryone,” tulisnya.
Sekadar informasi, Eina mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Paduka Kaiser Gurmit Harden pada 31 Ogos 2014 dan dikurniakan pasangan anak kembar, Arianna Aubrey dan Karl Kareef.
Eina sebelum ini ada memaklumkan mengenai keadaan terkininya menerusi salah satu entri terdahulu.
Doktor bedah telah mengeluarkan serpihan hujung pisau berukusan 2.5 inci yang tertanam berhampiran kawasan tengah tulang belakang Saif Ali Khan selepas diserang oleh seorang...