Disebabkan penyanyi lagu ‘Hati -Hati’, Amira Othman disangka bercinta sering dikenakan ‘pickup line’ oleh penyampai radio Era FM, Radin, mereka berdua disangka ada ‘hubungan’ pula.
MH perasan juga yang kedua-dua mereka ni ada berbalas-balas komen bersemut di media sosial.
Bagaimanapun kata Amira, dia dan Radin hanyalah kawan semata-mata dan tiada hubungan lain.
“Kami tiada hubungan istimewa pun, dia suka-suka sahaja mengacau, bukan saya seorang pun yang selalu kena kacau.
“Kami hanya rapat sebagai kawan, dan dia selalu menyokong kerjaya seni saya. Dia juga merupakan seorang rakan yang baik,” katanya kepada Mstar Online.
Alahai Amira, bagi MH kalau bercinta pun salahnya kan? Dua-dua sama cantik, padan dan masih ‘single’.
Dalam pada itu, Amira turut menegaskan bahawa dia tiada teman istimewa.
“Saya tidak ada kekasih lagi dan kalau boleh biarlah bukan dalam kalangan orang industri.
“Tapi yang selalunya apa yang kita tak nak itulah kita dapat.
“Saya juga harap orang tidak salah faham dan sangka kami (Radin) bercinta,”katanya lagi.
Amboi, MH tertarik dengan kenyataam Amira iaitu ‘yang kita tak nak itulah kita dapat’, ada maksud tersirat sikit.
Apa-apa pun Amira, kalau ada berita gembira, jangan lupa kongsi dengan peminat semua ya.
Oh ya! MH dapat tahu lagu terbaru Amira bertajuk ‘Mimpi Indah’ ciptaan Hael Husaini dan terbitan Edry Abdul Halim ambil masa setahun, lama tu!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI