“Okay sebab dekat twitter ramai tanya ‘Betul ke Ayda Jebat dari AF?’ ‘Awal sangat ke dia terkeluar sebab taktau pun dia masuk AF?
“Yes. Akademi Fantasia 9, tahun 2011. Dikeluarkan dari AF9 sebab perform macam baru keluar dari toilet, biasa-biasa, tah pape,” tulisnya menerusi Instagram.
Ayda bagaimanapun percaya rezeki dan aturan Yang Maha Esa dan cuba belajar bermula daripada bawah.
Ads
“Dulu bila keluar lagu Menuju Puncak, confirm rasa nak terkencing, takut terkeluar. Tapi ternyata apa yang Allah atur tu tepat. Yang pasti buat kamu pasti untuk kamu. Jangan berhenti usaha.
“Biar terkeluar dan kalah awal, dari bawah kita belajar dan kekal, Tanpa disangkal. Love, AJ,” tulisnya memberikan kata semangat.
Lalu sejak itulah, Ayda mulai menongkah arus bergelar anak seni yang dikenali seperti hari ini.
Pelakon dan usahawan, Ardell Aryana tidak dapat menahan tawa apabila melihat penampilan suaminya yang juga pelakon, Nadzmi Adhwa yang tampil ‘polos’ selepas mencukur misai dan janggutnya.
Dalam keadaan yang masih bertelekung sambil beberapa ketika menutup mukanya, bintang itu menyifatkan dirinya seolah-olah tinggal bersama orang lain.
“Lainlah awak cukur misai dengan janggut ni. Saya rasa macam duduk dengan orang lain.
“Macam pengkid. Rasa macam duduk dengan perempuan pakai kupiah pulak aku rasa…,” gurau Ardell.
Dalam pada itu, Nadzmi menerusi ruangan kapsyen pula turut tertanya-apa apakah sebenarnya yang diinginkan golongan isteri.
“Salah ke seorang suami tu nak shave? Orang perempuan ni sebenarnya nak apa? Suka yang ada misai ke yang togel? Kenapa dia gelakkan saya?,” tanya bakal bapa ini lagi.
Demi menghormati saranan kerajaan yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai usaha memutuskan rantaian wabak koronavirus (COVID-19), penyanyi baru, Fadh Majid, melancarkan single sulung, Bukan Takdirku melalui platform media sosial, Instagram (IG) dan Bigo.
Segmen yang dinamakan Borak Santai Bersama Fadh Majid itu telah dilakukan 27 Mac lalu, berjalan secara serentak diIG dan Bigo Live selama 1 jam bermula dari 8.30 hingga 9.30 malam.
Sementara itu, pada jam 9 malam pula, video lirik lagu berkenaan turut dilancarkan menerusi saluran YouTube Todak Music.
Tidak hanya menjawab pelbagai soalan yang diajukan oleh pengikutnya, Fadh juga sempat berinteraksi secara langsung bersama guru vokal, Cikgu Shafie yang mengajarkannya teknik nyanyian; penyanyi terkenal, Shiha Zikir termasuk rakan media dari unit hiburan.
Positif dan memahami situasi yang berlaku di seluruh dunia ketika ini, Fadh turut menjelaskan dia dan syarikat rakamannya Todak Music, bukannya tidak sensitif apabila meneruskan hasrat untuk melancarkan lagu ini ditengah-tengah masyarakat seluruh dunia berasa terancam dengan wabak COVID-19.
Sebaiknya, tarikh pelancaran lagu tersebut sudah dirancang lebih awal.
“Meskipun dalam keadaan penularan wabak COVID-19 dan PKP, ada sesetengah kerja perlu kita laksanakan. Seperti pelancaran hari ini, tarikh yang dipilih sebenarnya sudah lama dirancang.
“Atas dasar kepekaan dan keprihatian, malahdemi kebaikan bersama, saya dan Todak Music mengambil inisiatif untuk menjadikan platform digital seperti Instagram dan Bigo sebagai landasan utama bagi pelancaran dan promosi single ‘Bukan Takdirku’ sepanjangkita mengharungi krisis wabak Covid19”
“Memandangkan ini saja cara terbaik buat masa sekarang bagi memperkenal dan mempromosikan single saya.
“InsyaAllah apabila keadaan sudah reda nanti, pastinya akan ada sebuah majlisdilakukan,” kata pemilik nama lengkap, Muhammad Fadhlullah Abdul Majid ini.
Sejak krisis COVID-19 juga, bintang ini turut menerima apa juga ketentuan Allah SWT dengan hati yang terbuka.
“Sebagai hambaNya saya sudah berikhtiar, terserah kepada Allah SWT untuk menentukan perjalanan lagu ini. Mungkin berjaya atau sebaliknya, mudah-mudahan nasib berpihak kepada saya kerana saya yakin lagu ini mampu pergi jauh,” akuinya.
Terdahulu, single Bukan Takdirku merupakan hasil nukilan dari Fadh sepenuhnya.
Lagu ini mengisahkan cinta yang terputus di tengah jalan dan bagaimana setiap daripada kita harus meredai sesuatu perpisahan yang terjadi.
“Biasanya bila bercakap mengenai lagu putus cinta, ia diekspresikan dengan rasa benci, kesal, menyalahkan pasangan, dendam dan emosi yang bercampur-baur. Jarang lirik lagu putus cinta mengangkat konteks perpisahan itu sebagai takdir Allah SWT yang harus kita terima dengan hati yang terbuka.
“Ayah saya selalu berpesan, jangan terlalu terbawa-bawa dengan perasaan amarah apabila kita kecundang dalam percintaan dan jangan sesekali berdendam.
“Redakan pemergian insan yang kita kasihi kerana mungkin Allah SWT menjanjikan sesuatu yang lebih baik dalam kehidupan kita yang seterusnya,” kata penyanyi berusia 26 tahun ini lagi.
Penyanyi Haqiem Rusli berpandangan peminat tidak seharusnya berhenti memberikan sokongan kepada artis kesayangan mereka hanya kerana selebriti tersebut memilih untuk mendirikan rumah tangga.