Aktres Janna Nick menafikan tanggapan segelintir pihak bahawa dirinya menubuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Wish For Their Hope (WFTH) demi menutup segala kontroversi serta cakap-cakap belakang yang kononnya, demi menutup kontroversi servis video ucapan berbayar yang dilakukan.

Sebelum ini, servis berkenaan yang diperkenalkan menerusi #WishServiceByJannaNick daripada pelakon Leftenan Zana itu mendapat reaksi pelbagai di kalangan netizen.

Bagaimanapun Janna memberitahu, ia sebenarnya sudah pun dirancang awal, demi membantu mereka yang memerlukan.

IKLAN

Sengaja Tubuh NGO Demi Nak Tutup Kontroversi Servis Ucapan Berbayar? Ini Jawapan ‘Zass’ Janna Nick!

“Baik saya tak tubuh NGO kalau nak dikata saya sengaja buat untuk tutup kontroversi tersebut. Hanya buat satu majlis dan beritahu pada orang ramai yang saya ada berikan sumbangan kepada mereka terhadap wang yang saya terima daripada servis berkenaan. Tak perlu susah-susah buat WFTH.

 

“Jujurnya, untuk tubuhkan NGO seperti itu bukanlah suatu hal yang mudah. sebaliknya ia perlu ikut proses dan pastilah ia akan ambil masa,” katanya.

Pada masa sama, penyanyi Akan Bercinta ini juga turut menjelaskan, dia tidaklah akan jadi terllau kaya kalau mahu harapkan servis itu semata.

IKLAN

Akan tetapi dia gembira kerana sekurang-kurangnya, dia dapat memberikan bantuan pada yang memerlukan.

“Saya tak boleh nak kaya pun dengan duit tersebut, tetapi paling tidak saya bolehlah tolong kepada insan yang memerlukan apa yang patut.

 

“Itu yang saya utamakan tapi saya sedar bukan mudah untuk kita nak puaskan hati semua orang,” terangnya lagi.

Minggu lalu, Janna ada menjalankan sesi pemberian sumbangan dan dana bagi tabung WFTH di Rumah Kasih Nurul Hasanah, Ampang. Turut bekerjasama di dalam program berkenaan ialah Mawar Rashid.

IKLAN

Foto: Instagram Janna Nick/ Mawar Rashid

https://www.youtube.com/watch?v=TWVVMyTF4c8

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI