Pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad akui dirinya tidak memilih dalam soal pemilihan jodoh sementelah usianya kini kian matang.

Sherry atau nama sebenarnya, Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad juga berkata kepada MH, dia tiada kuasa untuk menolak takdir dan ketentuan Ilahi.

Malah, pelakon berusia 35 tahun ini menyifatkan, seandainya ada jodoh bersama bukan lelaki bujang, dia sebolehnya cuba terima dengan hati terbuka.

“Sejujurnya, saya masih belum bertemu lagi jodoh sesuai. Nak dikatakan diri ini seorang yang memilih, tidak juga sebenarnya.

“Cuma bagi saya dalam suatu perhubungan hal terpenting adalah komunikasi yang baik.

“Sekiranya saya dijodohkan bersama seorang lelaki duda pun salahnya. Jika lelaki tersebut benar-benar mencintai diri ini.

“Saya tak kisah andai memang itu yang telah ditakdirkan untuk saya.

“Apa yang dijodohkan buat diri saya dariNya, saya terima,” kata Sherry yang sebolehnya cuma untuk elak dari berkenalan dengan hak milik orang.

Dalam perkembangan lain, Sherry kini berjinak-jinak menceburi dalam bidang penerbitan.

Malah bintang ini turut melancarkan sebuah filem televisyen berjudul GENG di Pavilion, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Kongsi Sherry, untuk menjadi seorang penerbit bukan suatu perkara yang mudah dan sangat mencabar.

“Untuk menjadi seorang penerbit bukan satu perkara yang mudah dan sangat mencabar bagi saya.

“Dari segi kekangan masa dan sebagainya merupakan cabaran pada saya sebagai salah orang penerbit untuk projek sebegini.

“Tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar,” kongsi Sherry optimis.

Turut sama terlibat di dalam siri tersebut ialah Lisa Surihani, Nadiya Nisa, Hisham Hamid, Fatimah Abu Bakar dan ramai lagi.

Ia bakal ditayangkan di Astro First Eksklusif mulai 18 Julai ini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI